BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
2be47b66a7cf38097478998c276d60c562b7d685eaf3d


Remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari kepah di Pantai Balok di sini semalam ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata mayat Luqman Kamil Jamaluddin, 16, ditemukan pada 2.15 petang tadi.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung kira-kira 400 meter dari kuala oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjalankan operasi sejak semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat pelajar itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mencari kepah bersama rakannya di pantai berkenaan dan pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.02 petang.

 
Back
Top
Log in Register