BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Relevankah PEKIDA?

knp pekida tak pi belasah namewee yang terang terang hina azan dulu??

Ak pun tak taw..Tme zmn2 aku bljr dlu,siapa ada abg or ayah yg join PEKIDA klau diorg gaduh kt skolah..esok ny abg n ayah diorg bwk 1 kapal tnggu lua skolah pkul budak tak kira cina,india,melayu..jnji yg gaduh dgn adik n anak diorg mmg kat lua kna lauk ramai2..sgala brader kawasan tmpt lain pn diorg bwk turun..padahal kes adik/anak gaduh kt skolah je..
 
Banyak segi kalau nk bincang bab Pekida ni. Pekida pernah lalui dua zaman; zaman sebelum didaftarkan dan zaman selepas didaftarkan. Semasa zaman sebelum didaftarkan, statusnya adalah sebagai pertubuhan haram atau kongsi gelap. Ahli-ahlinya dipanggil gengster. Aktiviti-aktiviti gengster ini dipanggil gengsterism. Masa ini mereka terdiri daripada kumpulan-kumpulan kecil yang bergerak mengikut nama tertentu (belum dipanggil pekida) berserta lambang.Pergerakannya lebih kepada secara 'bawah tanah' dan rahsia-rahsia. Mereka hanya dapat dikenali melalui isyarat atau simbol tertentu.

Mereka wujud atas beberapa sebab. Antaranya mengimbangi pertubuhan-pertubuhan haram cina yang mula bertapak dengan kemasukan orang-orang cina di zaman British dulu. Kaum cina yang datang ke Tanah Melayu bukan dari wilayah atau suku yang sama. Mereka juga sering berbalah, perebutan kawasan peniagaan candu juga menjadi satu sebab wujudnya kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini.

Sebab-sebab lain penubuhan kongsi gelap Melayu ini ialah pada masa tu Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris, undang-undang pada ketika itu hanyalah cedukan yang sama dengan negara komanwel yang lain. Pada masa ni kepentingan keselamatan Melayu kurang terjaga, parti-parti politik lebih kepada hal-hal kemerdekaan dan institusi raja. Ramai org melayu merasakan undang-undang cedukan ini tidak cukup menjaga mereka.

Pada awalnya mereka lebih bergerak atas nama pertubuhan2 silat tertentu. Tanya orang dulu-dulu tentang mereka .. ada antara mereka adalah pemimpin-pemimpin terekat, guru-guru silat dan pejuang-pejuang setempat.

Bila berlaku sesuatu hal yg melibatkan kepentingan maruah melayu dan agama, kumpulan ini muncul dgn pelbagai cara. Mereka bagaikan tidak dapat harapkan polis yang dasarnya ditentukan oleh inggeris. Bila ada tangkapan oleh polis, kena bicara dan sebagainya. Terlalu banyak prosedur. Jadi pihak ini bergerak ikut cara sendiri. Ini berlaku apabila terasa maruah mereka tercabar, kawasan mereka diganggu dan sebagainya.

Di Malaysia suatu ketika dulu kongsi gelap cina merupakan pertubuhan-pertubuhan yang kaya dengan hasil candu, mereka sangat strategik. Mereka mula membuat hubungan dengan pemerintah, mungkin ada yang tidak tahu Balai Polis Dato Keramat Pulau Pinang, dibiayai oleh sebuah kumpulan kongsi gelap cina. Balai Polis ini wujud hingga hari ini. Apabila keadaan seumpama ini berlaku orang-orang melayu setempat akan merasakan pihak polis akan 'bias' kepada kaum cina waktu itu. Seperti yang dikatakan tadi, kalau berlaku sesuatu insiden melibatkan bangsa/maruah/kawasan, mereka lebih cenderung menggunakan cara sendiri. Lihat sahaja di Muar, Batu Pahat.. tanya org2 lama.

Ada pendapat mengatakan kumpulan ini sangat aktif melindungi orang-orang Islam di selatan Thailand. Apabila kumpulan-kumpulan tak berdaftar Melayu ini mula didekati oleh pemimpin-pemimpin yang sedang berkuasa pada suatu ketika, timbul cadangan untuk mendaftarkan kumpulan kongsi gelap melayu ini. Cadangannya bermula di Kedah.

Peringkat awal pendaftaran, banyak masalah timbul. ada ayahanda-ayahanda yang setuju, ada yang tidak. Bila dah jadi pertubuhan berdaftar, hilanglah status kongsi gelap. Segalanya kena ikut peraturan. Hanya sebahagian yang setuju lalu membentuk pertubuhan gabungan yang dinamakan Pekida. Ada yang dah masuk kemudian keluar. Mereka biasa dgn cara sendiri, tetiba terpaksa melalui mesyuarat agung dan sebagainya. Mungkin ramai yang tidak selesa. Pemilihan ketua mengikut undian juga ada yang tidak terima. Ini kerana ada antara ranting-ranting ini jawatan ayahanda adalah jawatan warisan - bapa kepada anak. Terdapat juga keadaan pemindahan jawatan ayahanda kepada orang kanan atau sepeguruan - bukan mengikut undian.

Jadi, dengan lain perkataan bukan semua berdaftar, ada yang kekal tanpa bergabung dgn Pekida. Inilah punca masalah dalam pekida pada hari ini. Bukan semua pemimpin ada jiwa berpersatuan. Ramai yang tidak pernah jadi' mamat belia' masa muda tetiba jadi ayahanda, abang long dan sebagainya. Khidmat masyarakat barangkali hampir tidak ada, tetiba jadi abang long kiri dan sebagainya. Mereka naik apabila ada pengikut. Kalau yang naik itu background ustaz, maka ahli jemaahnya hampir sedemikian. Kalau yang jadi pemimpin tu guru silat, begitulah pengikutnya. Kalau yang artis..., artis-artislah caranya. Panduan 'amar makruh nahi mungkar' bukan panduan lagi. Bukan senang nak displinkan atau 'memamatbeliakan' orang-orang sebegini. Mereka tidak diasuh sebegini.

Asas penubuhan indah dan suci. Dan; sebenarnya masih ramai yang sebegini tapi mereka tidak menonjol malah bukan itu tujuan mereka yang ikhlas. Yang lebih menonjol adalah mereka yang kelihatan negatif, arak, kaki cikaro, penarik kereta, penjaga kelab malam. Mereka bagaikan "frontline". Sedangkan di belakang takbir ramai yang ikhlas.

Ahli gabungan yang berdaftar kita dapat kenali dgn menyemak kad keahlian, resit yuran. Sebenarnya ramai yang di luar sana tidak berdaftar tetapi mengaku ahli Pekida. Ada ayahanda yang entah siapa lantik, tanpa watikah, tapi ada beratus-ratus orang di bawahnya. Ramai yang 'baiah' dengan ayahanda yang sebegini. Bagi mereka, selepas baiah mereka adalah ahli Pekida tanpa menyedari ayahanda mereka sendiri bukan ahli Pekida yang sah.

Yang berdaftar juga ada yang bermasalah. Biasalah politik pertubuhan, jatuh menjatuh dan sebagainya. ada kumpulan abang-abang long yang tidak setuju dengan ayahanda; dengan lain perkataan membrontak kepimpinan masing-masing, mengambil jalan menubuhkan pertubuhan baru yang seakan sama. Mungkin ada antara kita penah dengar nama pertubuhan Putra. Terdapat juga keadaan ayahanda-ayahanda yang asal sudah semakin tua, lalu mula wujud generasi sekunder. Selain itu terdapat juga kewujudan ranting yang seiringan kewujudan 'kawasan' atau kelompok baru. Pemimpin-pemimpin sekunder ini ada yang merupakan pesara-pesara polis dan tentera. Ada juga yang berstatus artis.
Terdapat juga kumpulan yang asalnya bergabung dengan Pekida bertindak keluar lalu bergabung dengan kumpulan yang terdiri dari pelbagai bangsa. Mereka ini lebih 'terhormat' sebab tidak perlu lagi membawa wardah amar maaruf nahi mungkar.

Kepada anda ahli Pekida, anda mungkin masih ingat janji dalam baiah, malah dipesan apa yang baik ikut, apa yang mungkar tinggalkan. Dalam Pekida ustaz ada, kaki perempuan pun ada, ikutlah yang baik.

Wujudnya sebagian masalah dalam Pekida hari ini kerana "power dan glory". Minat kepada kekuasaan dan kemasyuran amat merosakkan pertubuhan. Bila masuk "Pekida" (sama ada yg berdaftar atau tidak) rasa bangga diri, bongkak, rasa kuat menyerang diri. Ini selalu berlaku kepada ahli-ahli muda. Remaja-remaja yang sudah "join" akan rasa satu perasaan hebat. Rasa hero, rasa besar. Rasa-rasa begini jika dibiarkan subur lama kelamaan, akan menjadi barah kepada pertubuhan. Sekiranya mereka ini dapat kesempatan berpangkat ayahanda ke, abg long ke, memang malang bagi sebuah pertubuhan berdaftar yang bernama Pekida ni. Kadang-kadang saya hampir setuju, pertubuhan ini tak wajar didaftarkan. Biar macam dulu. Biar menjadi benteng ketiga melayu selepas Tentera ( unit RAMD sahaja) dan dan polis. Cadangan saya ialah mudahan Pekida dapat melakukan pemutihan ahli-ahli bagi membersihkan namanya. Elakkan politik berlebihan. Balik kepada asas penubuhan pertubuhan ini sendiri. Semua yang saya taip ini adalah pengalaman saya menyertai pertubuhan ini serta sedikit kajian semasa ambil 3 kertas kriminalogi semasa di universiti dulu.
 
bro x tau abis citer ni, bpe lame dah follow masjuki Surya 16 nih?:):):)

x ingat la..last dgn dia thn 2006 rasenye..
sejak duk JB ni mmg dah tinggal abis smua..
bole citer skit? ape citer dr ni?
 
pergidaaaaa tu ada kaitan dgn pekida ke?
 
Pekida ni bagi aku macam pertubuhan persendirian. Bukan boleh masuk pun. Dia angkat sedara mara, kawan2 terdekat je. Diorang guna je nama Melayu dan Islam, tapi?
Kalau korang nak tahu, Pekida ni ada badan koperasi dan yayasan tau. Siapa diantara kita yang melayu islam dulu masuk kolej ditaja oleh yayasan pekida? Atau dapat bantuan bukak bisnes ka dengan koperasi diorang?
Heehehe

:">:">
 
x ingat la..last dgn dia thn 2006 rasenye..
sejak duk JB ni mmg dah tinggal abis smua..
bole citer skit? ape citer dr ni?

ooo....dia nih tragedinya dari thn 2000 sbelum peristiwa Lakum lagi...x perlah ingat still follow ag..
 
Ada teratak dihujung kampung, Bawah cermin kopak ada kotak,Tersembunyi bawahnya tempurung, di bawahnya ada katak melalak...

- inilah yang ramai-ramai komen kat cni....sekian
 
kenalan aku ramai PEKIDA...antara tujuan dorang masuk, senang kalau ada apa2 kes..adehh..yg paling byk aku dgr kes gadoh jer..itu ke tujuannya?? abiss yg tak join PEKIDA xnak tolong ker??
 
Kata Penyanyi Awie - Ini Semua Poyo- Full stop :D
 
Back
Top
Log in Register