BTC USD 86,197.1 Gold USD 4,143.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masih relevankah PLKN?

En. Rhoma Irama

Super Active Member
gem
Messages
7,565
Joined
Nov 16, 2007
Messages
7,565
Reaction score
707
Points
111
Latarbelakang PLKN

OBJEKTIF
Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:
  1. Menanam semangat patriotisme di kalangan generasi muda atau remaja Malaysia.
  2. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  3. Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni.

PERLAKSANAAN
Dalam melaksanakan Program Khidmat Negara ini, beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu:
  1. Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
  2. Pelaksanaan pada tahun 2004.
  3. Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti di pusat IPTA sedia ada.
  4. Implikasi kewangan.
  5. Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.
  6. Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman

Persoalannya, masih relevankah Program Latihan Khidmat Negara?

Berikut adalah perkara yang harus kita fikirkan dalam mengulas mengenai isu ini. Ada pros dan cons yang harus kita kupas tanpa prejudis.

Pros:
  1. Memberi pendedahan kepada anak muda erti hidup berdikari walaupun hanya selama 3 bulan sekurang-kurangnya pendedahan itu tetap ada. Bagi remaja yang sudah biasa hidup berjauhan dari keluarga memang tiada masalah, tetapi masih ramai yang tidak pernah tinggal berjauhan dari keluarga. Mereka ini lah golongan yang akan diberi pendedahan tersebut
  2. Memberi peluang remaja untuk bergaul serta bersosial dalam keadaan "terkawal". Maksud "terkawal" ini akan dikupaskan dalam hujah tuan-tuan. Sejauh manakah "terkawal" itu dikawal?
  3. Memberi peluang pekerjaan kepada individu yang terlibat dengan setiap kem. Antara mereka adalah bekas-bekas askar, bekas-bekas polis, bekas-bekas bomba, askar, polis, ahli bomba, jururawat, doktor, pekerja am, kerani, pekerja yang terlibat dalam penyediaan makanan untuk pelatih, pengusaha bas dan pemandu bas.
  4. Memberi ruang untuk memajukan perniagaan individu yang terlibat dengan penyediaan pakaian seragam pelatih, jurulatih serta komandan. Pengusaha bas, pembekal makanan, kontraktor yang membina kem dan tuan tanah untuk tapak kem tersebut didirikan.


Cons:
  1. Cukupkah masa 3 bulan untuk pelatih menimba ilmu sebanyak yang mungkin. Kawan ada diberitahu pelatih hanya dapat maksimum 20% sahaja dari apa yang diajar sepanjang 3 bulan tersebut. Ke mana pergi lagi 80%. Setidak-tidaknya 70% pun pada kawan sudah cukup bagus.
  2. Bagaimana kaedah pergaulan "terkawal" yang dimaksudkan? Bercampur gaul sesama lelaki dan perempuan. Bagaimanakah keadaan sebenar di dalam kem sepanjang sesi latihan berjalan?
  3. Di negara lain sebagai contoh negara jiran, tempoh National Service mereka adalah 3 tahun. Mereka diajar cara menggunakan senjata dengan betul sehingga mereka benar-benar "familiar" dengan senjata tersebut. Apa yang kawan difahamkan untuk pelatih PLKN mereka hanya diberi pendedahan hanya sekali untuk menggunakan senjata api M16. Hanya sekali dalam masa 3 bulan. Jika bernasib baik mungkin dapat merasa pegang M16 2 kali. Kawan jamin, 4 bulan selepas tamat tempoh PLKN, pelatih terbabit tidak akan mampu untuk mengguna senjata tersebut sebab dah lupa.
  4. Walapun dikatakan memberi peluang pekerjaan kepada segelintir rakyat, tetapi tidaklah bermaksud memberi pekerjaan dalam erti kata yang sebenarnya. Majoriti dari golongan askar, polis, bomba, jururawat serta doktor, mereka sebenarnya memegang satu jawatan dengan 2 gaji. Sebagai contoh seorang jururawat, dia asalnya bekerja di sebuah hospital. Kemudian dia diserapkan untuk memberi khidmat di dalam kem PLKN. Apabila dia diserapkan, jururawat tersebut akan beroleh gaji sebagai jururawat biasa dan juga gaji sebagai jururawat di dalam kem.
  5. Bagi para usahawan pula, bukanlah sebarang orang yang akan dianugerahkan tender dan peluang yang tersedia ada. Boleh dikatakan majoriti kroni golongan tertentu yang membanjiri PLKN.
  6. Berapakah perbelanjaan bulanan untuk setiap kem yang mampu memuatkan 500 orang pelatih. Kos makan untuk setiap pelatih adalah sebanyak RM10 sehari. Sebulan menjadi RM300. Untuk 500 orang pelatih pula akan menjadi RM150,000 sebulan. Jumlah ini hanya mewakili 1 kem sahaja. Jumlah kem yang ada di seluruh Malaysia adalah melebihi 80 buah kem kesemuanya.
  7. Berapakah kos pengangkutan yang perlu kerajaan bayar untuk setiap kem. Kita ambil contoh lagi perbelanjaan kos pengangkutan pula. Kadar sewa setiap bas kepada pengusaha bas adalah sebanyak RM12,000 sebulan. Setiap kem mempunyai sekurang-kurangnya 5 biji bas. Tuan-tuan boleh congak sendiri berapa kos pengangkutan untuk kesemua lebih 80 kem PLKN.

Adakah ini satu pembaziran wang rakyar atau adakah PLKN ini memberi faedah dalam erti kata yang sebenarnya kepada rakyat jelata...

Kawan tak larat nak tulis panjang. Masih ada banyak point yang belum kawan ketengahkan lagi.

Bersama-sama kita kupas isu ini.
 
Ada bagusnya PLKN ni... yang tak buat ianya bagus mungkin sebab pengurusannya yang lemah dan terdedah tentang isu2 liar contohnya seks bebas dan sebagainyalah...

sepatutnya menda2 ni tidak haruslah terjadi memandangkan PLKN ini diwujudkan supaya anak2 muda generasi sekarang membentuk jati diri yang kukuh dan mantap.. Selain memberi pendedahan dan memperkasakan mereka...

Saya berharap agar PLKN ini diterapkan dngn ketegasan yang lebih terlus agar anak2 muda sekarang tidak terdedah dngn gejala2 negatif yang menyongsangkan akidah Islam serta moral bagi yang bukan Islam...

Ketegasan perlu diterapkan dalam latihan ini agar memantapkan lagi kekuatan rohani dan jasmani generasi sekarang... Mereka perlu diperangi dari segi psikologi agar pemikiran mereka tidak terbabas jauh dari tujuan sebenar...

Saya lebih suka jika sekiranya mereka, iaitu generasi sekarang yang beragama Islam bersatu memerangi musuh agama Islam...

Janganlah dipolitikkan latihan yng bagus sebegini...
 
harap2 masih relevan la.. sbb program ni sgt bagus
 
ade bagus bazirkan duit rakyat sendiri kepada generasi akan dtg dri habis duit tah kemana2..last2 perut semua buncit2 je.
 
Ada bagusnya PLKN ni... yang tak buat ianya bagus mungkin sebab pengurusannya yang lemah dan terdedah tentang isu2 liar contohnya seks bebas dan sebagainyalah...
Ini yang menjadi kemusykilan pada kawan. Sikap pengurusan yang mengambil mudah sesuatu perkara dan pengurusan yang lemah. Perkara ini perlu diatasi segera.

sepatutnya menda2 ni tidak haruslah terjadi memandangkan PLKN ini diwujudkan supaya anak2 muda generasi sekarang membentuk jati diri yang kukuh dan mantap.. Selain memberi pendedahan dan memperkasakan mereka...

Saya berharap agar PLKN ini diterapkan dngn ketegasan yang lebih terlus agar anak2 muda sekarang tidak terdedah dngn gejala2 negatif yang menyongsangkan akidah Islam serta moral bagi yang bukan Islam...

Ketegasan perlu diterapkan dalam latihan ini agar memantapkan lagi kekuatan rohani dan jasmani generasi sekarang... Mereka perlu diperangi dari segi psikologi agar pemikiran mereka tidak terbabas jauh dari tujuan sebenar...

Saya lebih suka jika sekiranya mereka, iaitu generasi sekarang yang beragama Islam bersatu memerangi musuh agama Islam...

Janganlah dipolitikkan latihan yng bagus sebegini...
Jika dilihat anak-anak remaja sekarang sekiranya ingin dibandingkan dengan anak-anak remaja yang lahir pada tahun sebelum 1980 adalah sangat jauh jurang perbezaan dari segi nilai moralnya. Kawan tidak nafikan anak-anak remaja sekarang terlalu banyak pendedahan kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya pada usia yang terlalu muda. Adakah ini penyumbang kepada kejatuhan moral mereka?
 
harap2 masih relevan la.. sbb program ni sgt bagus
Memang benar. Kawan tidak menafikan perkara yang bagus. Cuma yang kawan bimbangkan tentang perkara yang tidak bagus. Kawan berasakan apabila perkara buruk itu melebihi dari perkara yang baik, sesuatu itu tidak relevan sudah.
 
senang nak masuk u atau kerja di badan kerajaan
 
ade bagus bazirkan duit rakyat sendiri kepada generasi akan dtg dri habis duit tah kemana2..last2 perut semua buncit2 je.
Itu yang kawan cuba ketengahkan di sini. Tetapi kita masih belum dapat sebarang kata putus lagi.

Mintak jasa baik kepada mereka yang pernah menjadi PLKN ceritakan pengalaman anda semasa berada di kem.
 
senang nak masuk u atau kerja di badan kerajaan
Adakah menjadi syarat utama untuk seseorang itu diterima kemasukan ke universiti tempatan atau untuk bekerja di sektor awam dia perlu menjadi peltih PLKN terlebih dahulu?
 
PLKN :(scam:(scam
cuma lebih baik dari program realiti tv yg lain2 tuh :p:p
 
Back
Top
Log in Register