BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Relevankah PEKIDA?

pekida dah x relevan..yg relevan skrg PERKASA 1MALAYSIA...MOH JOIN PERKASA 1 MALAYSIA kita jumpa prdsn dia .beri prsdn dia berucap 55minit kita semua akan jatuh cinta dgn ngo ni
 
Banyak segi kalau nak bincang bab Pekida ni. Pekida pernah lalui dua zaman; zaman sebelum didaftarkan dan zaman selepas didaftarkan. Semasa zaman sebelum didaftarkan, statusnya adalah sebagai pertubuhan haram atau kongsi gelap. Ahli-ahlinya dipanggil gengster. Aktiviti-aktiviti gengster ini dipanggil gengsterism. Masa ini mereka terdiri daripada kumpulan-kumpulan kecil yang bergerak mengikut nama tertentu (belum dipanggil pekida) berserta lambang.Pergerakannya lebih kepada secara 'bawah tanah' dan rahsia-rahsia. Mereka hanya dapat dikenali melalui isyarat atau simbol tertentu.

Mereka wujud atas beberapa sebab. Antaranya mengimbangi pertubuhan-pertubuhan haram cina yang mula bertapak dengan kemasukan orang-orang cina di zaman British dulu. Kaum cina yang datang ke Tanah Melayu bukan dari wilayah atau suku yang sama. Mereka juga sering berbalah, perebutan kawasan peniagaan candu juga menjadi satu sebab wujudnya kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini.

Sebab-sebab lain penubuhan kongsi gelap Melayu ini ialah pada masa tu Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris, undang-undang pada ketika itu hanyalah cedukan yang sama dengan negara komanwel yang lain. Pada masa ni kepentingan keselamatan Melayu kurang terjaga, parti-parti politik lebih kepada hal-hal kemerdekaan dan institusi raja. Ramai org melayu merasakan undang-undang cedukan ini tidak cukup menjaga mereka.

Pada awalnya mereka lebih bergerak atas nama pertubuhan2 silat tertentu. Tanya orang dulu-dulu tentang mereka .. ada antara mereka adalah pemimpin-pemimpin terekat, guru-guru silat dan pejuang-pejuang setempat.

Bila berlaku sesuatu hal yg melibatkan kepentingan maruah melayu dan agama, kumpulan ini muncul dgn pelbagai cara. Mereka bagaikan tidak dapat harapkan polis yang dasarnya ditentukan oleh inggeris. Bila ada tangkapan oleh polis, kena bicara dan sebagainya. Terlalu banyak prosedur. Jadi pihak ini bergerak ikut cara sendiri. Ini berlaku apabila terasa maruah mereka tercabar, kawasan mereka diganggu dan sebagainya.

Di Malaysia suatu ketika dulu kongsi gelap cina merupakan pertubuhan-pertubuhan yang kaya dengan hasil candu, mereka sangat strategik. Mereka mula membuat hubungan dengan pemerintah, mungkin ada yang tidak tahu Balai Polis Dato Keramat Pulau Pinang, dibiayai oleh sebuah kumpulan kongsi gelap cina. Balai Polis ini wujud hingga hari ini. Apabila keadaan seumpama ini berlaku orang-orang melayu setempat akan merasakan pihak polis akan 'bias' kepada kaum cina waktu itu. Seperti yang dikatakan tadi, kalau berlaku sesuatu insiden melibatkan bangsa/maruah/kawasan, mereka lebih cenderung menggunakan cara sendiri. Lihat sahaja di Muar, Batu Pahat.. tanya org2 lama.

Ada pendapat mengatakan kumpulan ini sangat aktif melindungi orang-orang Islam di selatan Thailand. Apabila kumpulan-kumpulan tak berdaftar Melayu ini mula didekati oleh pemimpin-pemimpin yang sedang berkuasa pada suatu ketika, timbul cadangan untuk mendaftarkan kumpulan kongsi gelap melayu ini. Cadangannya bermula di Kedah.

Peringkat awal pendaftaran, banyak masalah timbul. ada ayahanda-ayahanda yang setuju, ada yang tidak. Bila dah jadi pertubuhan berdaftar, hilanglah status kongsi gelap. Segalanya kena ikut peraturan. Hanya sebahagian yang setuju lalu membentuk pertubuhan gabungan yang dinamakan Pekida. Ada yang dah masuk kemudian keluar. Mereka biasa dgn cara sendiri, tetiba terpaksa melalui mesyuarat agung dan sebagainya. Mungkin ramai yang tidak selesa. Pemilihan ketua mengikut undian juga ada yang tidak terima. Ini kerana ada antara ranting-ranting ini jawatan ayahanda adalah jawatan warisan - bapa kepada anak. Terdapat juga keadaan pemindahan jawatan ayahanda kepada orang kanan atau sepeguruan - bukan mengikut undian.

Jadi, dengan lain perkataan bukan semua berdaftar, ada yang kekal tanpa bergabung dgn Pekida. Inilah punca masalah dalam pekida pada hari ini. Bukan semua pemimpin ada jiwa berpersatuan. Ramai yang tidak pernah jadi' mamat belia' masa muda tetiba jadi ayahanda, abang long dan sebagainya. Khidmat masyarakat barangkali hampir tidak ada, tetiba jadi abang long kiri dan sebagainya. Mereka naik apabila ada pengikut. Kalau yang naik itu background ustaz, maka ahli jemaahnya hampir sedemikian. Kalau yang jadi pemimpin tu guru silat, begitulah pengikutnya. Kalau yang artis..., artis-artislah caranya. Panduan 'amar makruh nahi mungkar' bukan panduan lagi. Bukan senang nak displinkan atau 'memamatbeliakan' orang-orang sebegini. Mereka tidak diasuh sebegini.

Asas penubuhan indah dan suci. Dan; sebenarnya masih ramai yang sebegini tapi mereka tidak menonjol malah bukan itu tujuan mereka yang ikhlas. Yang lebih menonjol adalah mereka yang kelihatan negatif, arak, kaki cikaro, penarik kereta, penjaga kelab malam. Mereka bagaikan "frontline". Sedangkan di belakang takbir ramai yang ikhlas.

Ahli gabungan yang berdaftar kita dapat kenali dgn menyemak kad keahlian, resit yuran. Sebenarnya ramai yang di luar sana tidak berdaftar tetapi mengaku ahli Pekida. Ada ayahanda yang entah siapa lantik, tanpa watikah, tapi ada beratus-ratus orang di bawahnya. Ramai yang 'baiah' dengan ayahanda yang sebegini. Bagi mereka, selepas baiah mereka adalah ahli Pekida tanpa menyedari ayahanda mereka sendiri bukan ahli Pekida yang sah.

Yang berdaftar juga ada yang bermasalah. Biasalah politik pertubuhan, jatuh menjatuh dan sebagainya. ada kumpulan abang-abang long yang tidak setuju dengan ayahanda; dengan lain perkataan membrontak kepimpinan masing-masing, mengambil jalan menubuhkan pertubuhan baru yang seakan sama. Mungkin ada antara kita penah dengar nama pertubuhan Putra. Terdapat juga keadaan ayahanda-ayahanda yang asal sudah semakin tua, lalu mula wujud generasi sekunder. Selain itu terdapat juga kewujudan ranting yang seiringan kewujudan 'kawasan' atau kelompok baru. Pemimpin-pemimpin sekunder ini ada yang merupakan pesara-pesara polis dan tentera. Ada juga yang berstatus artis.
Terdapat juga kumpulan yang asalnya bergabung dengan Pekida bertindak keluar lalu bergabung dengan kumpulan yang terdiri dari pelbagai bangsa. Mereka ini lebih 'terhormat' sebab tidak perlu lagi membawa wardah amar maaruf nahi mungkar.

Kepada anda ahli Pekida, anda mungkin masih ingat janji dalam baiah, malah dipesan apa yang baik ikut, apa yang mungkar tinggalkan. Dalam Pekida ustaz ada, kaki perempuan pun ada, ikutlah yang baik.

Wujudnya sebagian masalah dalam Pekida hari ini kerana "power dan glory". Minat kepada kekuasaan dan kemasyuran amat merosakkan pertubuhan. Bila masuk "Pekida" (sama ada yg berdaftar atau tidak) rasa bangga diri, bongkak, rasa kuat menyerang diri. Ini selalu berlaku kepada ahli-ahli muda. Remaja-remaja yang sudah "join" akan rasa satu perasaan hebat. Rasa hero, rasa besar. Rasa-rasa begini jika dibiarkan subur lama kelamaan, akan menjadi barah kepada pertubuhan. Sekiranya mereka ini dapat kesempatan berpangkat ayahanda ke, abg long ke, memang malang bagi sebuah pertubuhan berdaftar yang bernama Pekida ni. Kadang-kadang saya hampir setuju, pertubuhan ini tak wajar didaftarkan. Biar macam dulu. Biar menjadi benteng ketiga melayu selepas Tentera ( unit RAMD sahaja) dan dan polis. Cadangan saya ialah mudahan Pekida dapat melakukan pemutihan ahli-ahli bagi membersihkan namanya. Elakkan politik berlebihan. Balik kepada asas penubuhan pertubuhan ini sendiri. Semua yang saya taip ini adalah pengalaman saya menyertai pertubuhan ini serta sedikit kajian semasa ambil 3 kertas kriminalogi semasa di universiti dulu. Sekian.

komen ni aku nak bawa ke depan tq bro
 
kaum2 bangsa2 lain pon bergerak dgn underground society..tp topeng mereka adalah NGO2 berdaftar dan ade yg combine dgn politik..perniagaan..kebajikan & etc..penyatuan mereka lagi mantap & kite sdiri x nmpk & x sedar dgn pergerakan mereka..
 
PEKIDA ni jadi rosak n sesat disebabkan anak2 generasi muda sekarang..

Yang ahli PEKIDA bapaknya tapi anak mereka yg lebih n naik tocang..ada masalah

sikit2 guna nama PEKIDA..guna atas tiket bapak dia padahal anak dia ni yg kurang

hajar yg selalu jadi punca pergaduhan.Bapak diorang ok x menunjuk pangkat dlm

PEKIDA tapi anaknya xleh blah..siap tampal sticker 3 line kat moto diorang pastu

belagak nak mampus mcm xde sorang pun berani pukul dia.Puiiih..
 
tunggu sampai ada melayu kene sembelih kat sana,nanti lu sendiri akan tau apa fungsi pekida dan selempang merah tu nanti.. :):)

aku rasa kat sini takkan kena sembelih ,, baca semua penerangan aku bro

aku tambah
mereka pernah berentap untuk pertahan kawasan ni memang pernah bergaduh geng kat sini ,,, pecah botol bagai,, kami masuk campur suruh kutip balik,,, dia org kutip bro (dia orang repeat kat tempat lain)

tapi mungkin dier lupa kat kawasan perumahan apa yang dier cuba bangga diri tu
jadi kena sound lagi ada la,,, sebab tu skang dier terdiam

dari 80% gov kat sini 40% adalah anggota keselamatan sebab tu kami agak kuat :D masuk tempat org tak bertegur sapa ,, tunjuk hebat ,, tu yang sendiri malu,,
threat ni aku buka,, bukan kerana ,, kami takut pada mereka (kalau takut takkan aku sembang dalam post atas aku yang pergi sound)
tapi wonder,, apa yg menyebabkan mereka ni rasa diri mereka hebat???
tu saja takde niat lain pun,,, sebab aku pun tau asal usul sejarah pekida ni dulu(walaupun tak banyak),,, tapi sekarang,,, aku sendiri pun tak paham,, kawan aku sendiri pun budak pekida sanggup berhenti kerja jadi bodyguard,, tapi perangai takdelah haram jadah camni,,,aku pun pernah muda,, tu yang aku tertanya2 kemana arah tuju mereka sekarang ni,,,
sebagaimana forumer yang lain meluahkan pendapat,,jauh tersasar dengan apa yang berlaku dulu,,,
bukan sekadar menegakkan benang yang basah
berani kerana benar,, memang dah tersesat jauh perjuangan mereka,, ramai yang setuju kot :-?
 
aku rasa kat sini takkan kena sembelih ,, baca semua penerangan aku bro

aku tambah
mereka pernah berentap untuk pertahan kawasan ni memang pernah bergaduh geng kat sini ,,, pecah botol bagai,, kami masuk campur suruh kutip balik,,, dia org kutip bro (dia orang repeat kat tempat lain)

tapi mungkin dier lupa kat kawasan perumahan apa yang dier cuba bangga diri tu
jadi kena sound lagi ada la,,, sebab tu skang dier terdiam

dari 80% gov kat sini 40% adalah anggota keselamatan sebab tu kami agak kuat :D masuk tempat org tak bertegur sapa ,, tunjuk hebat ,, tu yang sendiri malu,,
threat ni aku buka,, bukan kerana ,, kami takut pada mereka (kalau takut takkan aku sembang dalam post atas aku yang pergi sound)
tapi wonder,, apa yg menyebabkan mereka ni rasa diri mereka hebat???
tu saja takde niat lain pun,,, sebab aku pun tau asal usul sejarah pekida ni dulu(walaupun tak banyak),,, tapi sekarang,,, aku sendiri pun tak paham,, kawan aku sendiri pun budak pekida sanggup berhenti kerja jadi bodyguard,, tapi perangai takdelah haram jadah camni,,,aku pun pernah muda,, tu yang aku tertanya2 kemana arah tuju mereka sekarang ni,,,
sebagaimana forumer yang lain meluahkan pendapat,,jauh tersasar dengan apa yang berlaku dulu,,,
bukan sekadar menegakkan benang yang basah
berani kerana benar,, memang dah tersesat jauh perjuangan mereka,, ramai yang setuju kot :-?

Teman setuju sangt pendapat TT ni....sbb hala tuju sesuatu pertubuhan tu mesti jelas,"ammar ma'ruf nahi mungkar" moto perjuangan, tp makin hari makin ramai yg berbi'ah menggunakan Al-Quran jauh terpesong dari intipati Al-Quran itu sendiri...apa yg terjadi sekarang membuatkan Ahli2 yang lama lebih sanggup "tidur" menyimpan buah!! sbb bila ditegur abg2 kawasan ni seolah2 menyorokan kesilapan adik2 dari berkata benar! ISLAM itu indah....xperlu di jadikanya begitu rumit....just my 2cent....
 
Back
Top
Log in Register