BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masih relevankah PLKN?

saya bekas pelatih PLKN kurang bersetuju dengan pelaksanaan PLKN.. jika anda mahukan perkara tersebut menjadi maka jadikan.. x mencapai objektif dengan modul, pelkasanaan, latihan dan kesan daripada plkn sedia ada.. harap kajian dijalankan..

kalau dah beri makan cuba pelatih2 nih diajar buat perkara yang produktif skit.. biar nampak macam kerahan tenaga.. kita duk dalam negara nih.. kalau pape jadi kita antara orang yang kene protect negara..
cuma x ske doktrin2 dari modul yang menyuruh support kerajaan aka **** .. support negara ok la ye saya pun tahu beza juga parti2 dengan kerajaan dan negara

betul la,kajian semula objektif,pelaksanaan, latihan ni kena upgrade..
jgn nmpk plkn ni manja2 sgt..biar nmpk mcm latihan PALAPES di IPTA,askar wataniah pada awam..nnt xda la negara jiran ckp pelatih manja2..jentik pn bole kalah 1 company..
 
Komandan PLKN hadapi empat tuduhan rasuah

KOTA BHARU 22 Mac – Seorang komandan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berpangkat Mejar mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan rasuah berjumlah RM2,000.

Mohamad Nazri Osman, 44, komandan Kem PLKN Etnobotani Gua Musang itu didakwa di tiga buah Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini.

Bagi pertuduhan pertama dan keempat, tertuduh yang didakwa di hadapan Hakim Zainal L. Saleh dituduh menerima suapan RM600 dan RM300 daripada Saifuddin Ibrahim melalui pindahan akaun Maybank cawangan Kota Bharu pada pukul 8.58 malam, 11 Mac 2009.

Ia sebagai dorongan menyenangkan urusan berkaitan membekalkan perkhidmatan bas kepada PLKN di kem tersebut.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh yang didakwa di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dituduh mengulangi perbuatan itu membabitkan suapan RM500 pada pukul 8.51 malam, 1 September 2009.

Pertuduhan seterusnya, dia didakwa di hadapan Hakim Irwan Suaibon iaitu menerima suapan RM600 pada pukul 8.58 malam, 11 Mac 2009 daripada lelaki sama.

Bagi keempat-empat pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin berjumlah RM14,000 bagi kesemua pertuduhan dan kes akan disebut semula pada 20 dan 26 April ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Ahsan Abd. Latif.

Isu yg selalu terjadi di kem2 PLKN:(scam:(scam:(scam:(scam
 
rasuah mmg xbole elak bro..mana2 bole jadi rasuah ni..
 
Back
Top
Log in Register