BTC USD 85,894.5 Gold USD 4,318.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Relevankah PEKIDA?

zulzord8

Fun Poster
Messages
549
Joined
Jul 13, 2011
Messages
549
Reaction score
1
Points
15
Sorry cari threat ni tak jumpa,, so aku cuma nak tanya je,, dari pengalaman aku dan org sekeling,, so kalo ada pandangan sila luahkan secara berhemah,,

sipnopsis : Taman perumahan aku dijaga oleh samseng India (kompom xda lesen dan agak murah dari kawasan setempat) sebagai pengawal keselamatan (sebelum ni memang banyak pecah rumah) alhamdullilah semua terkawal dan mereka pernah berentap untuk pertahan kawasan ni,, dari geng samseng yang lain termasuk PEKIDA,, dan ketua samseng India ni memang ok,, bukan nak puji tapi memang profesional contoh:
1. walaupun deepavali dier akan check kerja anak buah dia
2. dengar keluhan penduduk and take action
3. beberapa cubaan pecah rumah berjaya dipatahkan dan penyamun dibelasah(salah satu factor pecah rumah zero kat taman aku ni skang ni:)cgrock )
4. pernah tangkap pekerja dier berjudi/mabuk/tido masa bertugas (dibelasah)
5. buang pekerja didapati main dadah (mungkin sebab sensiviti kawasan melayu,, dan guard ni pun melayu,, dier just buang je,, walaupun pak guard yang satu2nya melayu ni dari luaran nampak ok)
6. Hubungan yang baik dengan dunia luar (polis ,, samseng etc)

ok baru start topic:
1. Geng Pekida pernah berjumpa wakil penduduk dan pertikai kenapa upah guard India ,, jawapan kami:
1.1. suka hati kami la,, kalo ikut taman taman lain yang dia jaga,, bukan x percaya,, tapi masih ada pecah rumah,,, bukan nak cakap tapi guard melayu mungkin kurang profesioanal,,boleh ke dia org bertugas masa hari raya aidilfitri nanti,, belum lagi masa malam tido
2. Cubaan 2 tahun lepas dier gagal,, ok ni baru jadi isu,, tahun lepas satu family geng pekida masuk menyewa kat salah sebuah rumah di taman ni,, terus dier hasut semua penduduk taman ni buang guard india ni,, dan masukkan geng pekida (sebelum ni kami aman damai je)dah la menyewa je,, sesukahati je tanpa mendapat kebenaran komuniti dier sound geng india ni resingn (alasan tempat melayu biar melayu yang jaga walaupun kami berpuashati dengan servis mereka)so apa hebatnya pekida ni sampai menggangu ketenteraman penduduk di sini? geng india malas bergaduh dan anggap itu pilihan komuniti so dier bagi notis akan beredar dan serah pada geng pekida,, mujur kami dapat pujuk dan bertegas kalo pekida masuk,, kami takkan bayar,, biar penyewa pekida tu bayar sorang2 adilkan? sebab bukan kami yang minta. so bila dengar keptusan komuniti meraka pun x jadi beredar(dengar cerita pekida tu kena sound balik ngan geng india ni pasal menipu kata komuniti yg minta)
3. bapak dah kena sound ngan ahli komuniti (mungkin bapak tak bagitau anak/bini pasal malu) anak2 dier pulak lagak memang samseng (bapak pekida katakan) so kat jalan taman tu die henjut kereta/ moto selaju mungkin,, come on lah beb ni jalan taman,,sebelum dier masuk takde pun isu ni,masing2 paham bebudak ramai ,, x jadi x pa,,kalo jadi,, bapak dah kena tegur,, jadi nampak la perubahan bawa slow,, yang tinggal kini anak bini dier je,, persoalannya hebat sangatkah PEKIDA ni sampai jalan taman ni ko buat cam jalan bapak pekida ko punya? (ni yang best ,, pernah sekali genb india ni x bagi masuk,, suruh jalan kaki balik rumah:eek::eek::eek:tapi sekejap je,, kalo start dari rumah dier,, dier henjut macam tu jugak huh)
4. ok ni yang terbaru,, paham la nak raya,, main mercun? org tak marah,, tapi kalo ko main pukul 1 pagi? sebelah rumah,, kiri kanan depan rumah ko ada ank kecik,, besok org nak kerja,, yang anak ko angkut memeber main mercun kat sini watpe,, kena sound,, dier suruh kita pulak pindah dalam hutan kalo tak nak bising :mad::mad::mad: patutka? taula bapak ko pekida tapi jgn kurang ajar,, bapak la bukan nak marah anak/bini masa kami sound,, dier cuma minta maaf je(ok la tu yang anak bini hang kurang ajaq perasan laki/bapak pekida hebat tu?),, awat hang pekida besaq sangat ka? ikut hang je betul,, tak reti hormat jiran tetangga?

ok sapa PEKIDA sejati? apa tujuan asal pertubuhan ni? menyusahkan ke atau menyesakkan kaum Melayu?? ha jawab jgn tak jawab,, aku siap bagi situasi penuh tu tanpa tokok tambah

Untuk pengethauan TT, Pekida adalah badan Amal bukan badan Kongsi.. Yang tawarkan khidmat macam ni adalah Badan Kongsi seperti di bawah yang menggunakan Moto BERSATU AMAL SEJAGAT..

Jangan menghina pertubuhan pekida kerana pekida tidak sama sekali campur tangan dalam kes kawasan rumah TT. Jika itu yang TT maksudkan, mereka hanya memburukkan nama Pekida kerana mereka yang sebenarnya adalah dari kumpulan Kongsi Merah.

Banyak segi kalau nak bincang bab Pekida ni. Pekida pernah lalui dua zaman; zaman sebelum didaftarkan dan zaman selepas didaftarkan. Semasa zaman sebelum didaftarkan, statusnya adalah sebagai pertubuhan haram atau kongsi gelap. Ahli-ahlinya dipanggil gengster. Aktiviti-aktiviti gengster ini dipanggil gengsterism. Masa ini mereka terdiri daripada kumpulan-kumpulan kecil yang bergerak mengikut nama tertentu (belum dipanggil pekida) berserta lambang.Pergerakannya lebih kepada secara 'bawah tanah' dan rahsia-rahsia. Mereka hanya dapat dikenali melalui isyarat atau simbol tertentu.

Mereka wujud atas beberapa sebab. Antaranya mengimbangi pertubuhan-pertubuhan haram cina yang mula bertapak dengan kemasukan orang-orang cina di zaman British dulu. Kaum cina yang datang ke Tanah Melayu bukan dari wilayah atau suku yang sama. Mereka juga sering berbalah, perebutan kawasan peniagaan candu juga menjadi satu sebab wujudnya kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini.

Sebab-sebab lain penubuhan kongsi gelap Melayu ini ialah pada masa tu Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris, undang-undang pada ketika itu hanyalah cedukan yang sama dengan negara komanwel yang lain. Pada masa ni kepentingan keselamatan Melayu kurang terjaga, parti-parti politik lebih kepada hal-hal kemerdekaan dan institusi raja. Ramai org melayu merasakan undang-undang cedukan ini tidak cukup menjaga mereka.

Pada awalnya mereka lebih bergerak atas nama pertubuhan2 silat tertentu. Tanya orang dulu-dulu tentang mereka .. ada antara mereka adalah pemimpin-pemimpin terekat, guru-guru silat dan pejuang-pejuang setempat.

Bila berlaku sesuatu hal yg melibatkan kepentingan maruah melayu dan agama, kumpulan ini muncul dgn pelbagai cara. Mereka bagaikan tidak dapat harapkan polis yang dasarnya ditentukan oleh inggeris. Bila ada tangkapan oleh polis, kena bicara dan sebagainya. Terlalu banyak prosedur. Jadi pihak ini bergerak ikut cara sendiri. Ini berlaku apabila terasa maruah mereka tercabar, kawasan mereka diganggu dan sebagainya.

Di Malaysia suatu ketika dulu kongsi gelap cina merupakan pertubuhan-pertubuhan yang kaya dengan hasil candu, mereka sangat strategik. Mereka mula membuat hubungan dengan pemerintah, mungkin ada yang tidak tahu Balai Polis Dato Keramat Pulau Pinang, dibiayai oleh sebuah kumpulan kongsi gelap cina. Balai Polis ini wujud hingga hari ini. Apabila keadaan seumpama ini berlaku orang-orang melayu setempat akan merasakan pihak polis akan 'bias' kepada kaum cina waktu itu. Seperti yang dikatakan tadi, kalau berlaku sesuatu insiden melibatkan bangsa/maruah/kawasan, mereka lebih cenderung menggunakan cara sendiri. Lihat sahaja di Muar, Batu Pahat.. tanya org2 lama.

Ada pendapat mengatakan kumpulan ini sangat aktif melindungi orang-orang Islam di selatan Thailand. Apabila kumpulan-kumpulan tak berdaftar Melayu ini mula didekati oleh pemimpin-pemimpin yang sedang berkuasa pada suatu ketika, timbul cadangan untuk mendaftarkan kumpulan kongsi gelap melayu ini. Cadangannya bermula di Kedah.

Peringkat awal pendaftaran, banyak masalah timbul. ada ayahanda-ayahanda yang setuju, ada yang tidak. Bila dah jadi pertubuhan berdaftar, hilanglah status kongsi gelap. Segalanya kena ikut peraturan. Hanya sebahagian yang setuju lalu membentuk pertubuhan gabungan yang dinamakan Pekida. Ada yang dah masuk kemudian keluar. Mereka biasa dgn cara sendiri, tetiba terpaksa melalui mesyuarat agung dan sebagainya. Mungkin ramai yang tidak selesa. Pemilihan ketua mengikut undian juga ada yang tidak terima. Ini kerana ada antara ranting-ranting ini jawatan ayahanda adalah jawatan warisan - bapa kepada anak. Terdapat juga keadaan pemindahan jawatan ayahanda kepada orang kanan atau sepeguruan - bukan mengikut undian.

Jadi, dengan lain perkataan bukan semua berdaftar, ada yang kekal tanpa bergabung dgn Pekida. Inilah punca masalah dalam pekida pada hari ini. Bukan semua pemimpin ada jiwa berpersatuan. Ramai yang tidak pernah jadi' mamat belia' masa muda tetiba jadi ayahanda, abang long dan sebagainya. Khidmat masyarakat barangkali hampir tidak ada, tetiba jadi abang long kiri dan sebagainya. Mereka naik apabila ada pengikut. Kalau yang naik itu background ustaz, maka ahli jemaahnya hampir sedemikian. Kalau yang jadi pemimpin tu guru silat, begitulah pengikutnya. Kalau yang artis..., artis-artislah caranya. Panduan 'amar makruh nahi mungkar' bukan panduan lagi. Bukan senang nak displinkan atau 'memamatbeliakan' orang-orang sebegini. Mereka tidak diasuh sebegini.

Asas penubuhan indah dan suci. Dan; sebenarnya masih ramai yang sebegini tapi mereka tidak menonjol malah bukan itu tujuan mereka yang ikhlas. Yang lebih menonjol adalah mereka yang kelihatan negatif, arak, kaki cikaro, penarik kereta, penjaga kelab malam. Mereka bagaikan "frontline". Sedangkan di belakang takbir ramai yang ikhlas.

Ahli gabungan yang berdaftar kita dapat kenali dgn menyemak kad keahlian, resit yuran. Sebenarnya ramai yang di luar sana tidak berdaftar tetapi mengaku ahli Pekida. Ada ayahanda yang entah siapa lantik, tanpa watikah, tapi ada beratus-ratus orang di bawahnya. Ramai yang 'baiah' dengan ayahanda yang sebegini. Bagi mereka, selepas baiah mereka adalah ahli Pekida tanpa menyedari ayahanda mereka sendiri bukan ahli Pekida yang sah.

Yang berdaftar juga ada yang bermasalah. Biasalah politik pertubuhan, jatuh menjatuh dan sebagainya. ada kumpulan abang-abang long yang tidak setuju dengan ayahanda; dengan lain perkataan membrontak kepimpinan masing-masing, mengambil jalan menubuhkan pertubuhan baru yang seakan sama. Mungkin ada antara kita penah dengar nama pertubuhan Putra. Terdapat juga keadaan ayahanda-ayahanda yang asal sudah semakin tua, lalu mula wujud generasi sekunder. Selain itu terdapat juga kewujudan ranting yang seiringan kewujudan 'kawasan' atau kelompok baru. Pemimpin-pemimpin sekunder ini ada yang merupakan pesara-pesara polis dan tentera. Ada juga yang berstatus artis.
Terdapat juga kumpulan yang asalnya bergabung dengan Pekida bertindak keluar lalu bergabung dengan kumpulan yang terdiri dari pelbagai bangsa. Mereka ini lebih 'terhormat' sebab tidak perlu lagi membawa wardah amar maaruf nahi mungkar.

Kepada anda ahli Pekida, anda mungkin masih ingat janji dalam baiah, malah dipesan apa yang baik ikut, apa yang mungkar tinggalkan. Dalam Pekida ustaz ada, kaki perempuan pun ada, ikutlah yang baik.

Wujudnya sebagian masalah dalam Pekida hari ini kerana "power dan glory". Minat kepada kekuasaan dan kemasyuran amat merosakkan pertubuhan. Bila masuk "Pekida" (sama ada yg berdaftar atau tidak) rasa bangga diri, bongkak, rasa kuat menyerang diri. Ini selalu berlaku kepada ahli-ahli muda. Remaja-remaja yang sudah "join" akan rasa satu perasaan hebat. Rasa hero, rasa besar. Rasa-rasa begini jika dibiarkan subur lama kelamaan, akan menjadi barah kepada pertubuhan. Sekiranya mereka ini dapat kesempatan berpangkat ayahanda ke, abg long ke, memang malang bagi sebuah pertubuhan berdaftar yang bernama Pekida ni. Kadang-kadang saya hampir setuju, pertubuhan ini tak wajar didaftarkan. Biar macam dulu. Biar menjadi benteng ketiga melayu selepas Tentera ( unit RAMD sahaja) dan dan polis. Cadangan saya ialah mudahan Pekida dapat melakukan pemutihan ahli-ahli bagi membersihkan namanya. Elakkan politik berlebihan. Balik kepada asas penubuhan pertubuhan ini sendiri. Semua yang saya taip ini adalah pengalaman saya menyertai pertubuhan ini serta sedikit kajian semasa ambil 3 kertas kriminalogi semasa di universiti dulu. Sekian.
 
Last edited:
Owh baru aku tau pekida ni tawarkan servis pak guard rupenye hehehehehe.
 
PEKIDA dh lari dari perjuangan asal. skrg bnyk yg negatif. antaranya sbg penarik kereta, kaki pukul, pengusaha kelab2 mlm
 
tujuan asal dah hilang..

amal makruf nahi mungkar dah terkangkang...

tu je leh aku cakap...
 
pekida dah sesat skrg..tp x semua..ada lg yg masih dijalan yang benar..apa nak jadi kalau bdk sekolah pon blh main buah..
 
rumah aku siang guard melayu jaga...mlm guard india jaga..bila tanya india jer sanggup jaga mlm ...hahahahhaha...so far mmg tiptop ...jgn jadi kat lagoon perdana pak guard import dari myammar/bangla
 
PEKIDA nih bgs... Tp ada individu yang xbtul merosakkan nama PEKIDA... Terutama bdk2 yang baru nak naik...
 
PEKIDA mmg bagus...tapi dah lari perjuangan..kene brainwash balik budak2 nie
 
Back
Top
Log in Register