BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Redmi Book Pro 15 2022 Diperkenal, Guna Cip Alder Lake Dengan RTX 2050

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
redmibook-pro-15-2022.jpg




Model terbaharu untuk barisan komputer riba Redmi iaitu Redmi Book Pr0 15 2022 juga sama dilancarkan dalam acara semalam di samping Redmi K50,

Ia hadir dengan skrin bersaiz 15.6 inci bernisbah 89% skrin-ke-badan dengan resolusi 3200x2000 bersama kadar segar 90Hz. Dijana Intel Core i5/i7 generasi ke-12, ia menggunakan RTX 2050 untuk memproses grafik (model dengan Intel i7).


Dalam pada itu, ia juga dilengkapkan dengan RAM LPDDR sebesar 16GB dan SSD PCIe 4.0 sehingga 512GB.



RedmiBook-Pro-15-2022-design.jpg


Komputer riba ini disertakan dengan dua pembesar suara bersama sokongan DTS, lubang audio 3.5mm dan keseluruhannya seberat 1.8kg.

Dengan harga 5,599 yuan (~RM3,700) untuk model Core i5 bersama GPU bersepadu (integrated) dan 7,499 yuan (~RM4,955) untuk Core i7 bersama RTX2050, pengguna di China sudah boleh membuat pratempah dan ia akan mula dijual pada 24 Mac ini.
 
Back
Top
Log in Register