BTC USD 23,620.4 Gold USD 1,867.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NVIDIA GeForce RTX 4000 Rasmi, Bermula Dengan RTX 4090 & RTX 4080

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,696
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,696
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
Di acara GeForce Beyond yang sedang berlangsung, seperti yang disangka NVIDIA telah memperkenalkan siri kad grafik terbaru mereka, iaitu NVIDIA GeForce RTX 4000 “Ada Lovelace” yang mana Jensen Huang, CEO NVIDIA memperlihatkan dua buah model kad grafik baru.

RTX-4090-950x539.png.webp

NVIDIA GeForce RTX 4090 dan NVIDIA GeForce RTX 4080 adalah dua daripada kad grafik yang diperlihatkan ini, dan kedua-dua kad grafik ini tampil dengan prestasi 2-4 kali lebih berkuasa berbanding dengan model-model kad grafik GeForce RTX 3090 dan RTX 3080 Ti sebelumnya.

RTX-4080-950x533.png.webp

Cip grafik Ada Lovelace dibangunkan bersama-sama dengan TSMC dimana mereka menggunakan proses 4N (4nm) yang khusus untuk membangunkan cip pemprosesan grafik tersebut. Selain daripada kemampuan memproses dan mengolah grafik yang jauh lebih berkuasa, kad-kad grafik terbaru ini juga tampil dengan teras RT generasi ketiga yang memperkenalkan kebolehan mengolah grafik Ray-tracing pada kadar yang lebih cekap.

NVIDIA-SER-950x572.png.webp

Siri kad grafik RTX 4000 memperlihatkan ciri Shader Execution Reordering yang menyusun semula piksel-piksel grafik secara sekata untuk mempercepatkan proses pengolahan pencahayaan Ray-tracing. Ini mempercepatkan pengeluaran bingkai grafik yang secara langsung membantu dalam meningkatkan kadar bingkai permainan yang dimainkan, walaupun pada resolusi yang tinggi.

Bercakap mengenai resolusi tinggi, NVIDIA juga memperkenalkan DLSS 3.0, yang mengolah bingkai beresolusi tinggi daripada pengeluaran bingkai resolusi rendah dengan tetapan grafik yang tinggi. Kelebihan DLSS 3.0 ialah bingkai-bingkai ini boleh dikeluarkan tanpa perlu melalui proses olahan grafik.

NVIDIA-DLSS-3-950x556.png.webp

Gabungan Shader Execution Rendering dan juga DLSS 3.0 dilihat menjanjikan prestasi grafik dalam permainan yang memanfaatkan resolusi tinggi, kadar segar semula tinggi dengan tetapan yang tinggi tanpa sebarang masalah. Daripada video yang diperlihatkan sewaktu acara Beyond, NVIDIA GeForce RTX 4090 dilihat mampu menggerakkan beberapa permainan seperti Cyberpunk 2077 dan Microsoft Flight Simulator pada resolusi dan kadar segar semula tinggi menggunakan SER dan juga DLSS 3.0.

NVIDIA GeForce RTX 4090 akan mula dijual di pasaran global pada harga $1699 (~RM7744) bermula 12 Oktober ini. Untuk NVIDIA GeForce RTX 4080 pula, kad grafik ini akan hadir dengan dua pilihan memori, 16GB GDDR6X dan juga 12GB GDDR6X. Model dengan memori lebih mahal akan dijual pada harga $1199 (~RM5465) manakala model dengan memori lebih rendah akan dijual pada harga $899 (~RM4100) bermula November ini.​
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,696
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,696
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
NVIDIA Sahkan Ketiadaan Sokongan NVLink Pada Kad Grafik GeForce RTX 4000

Bertahun-tahun dahulu, salah satu cara untuk meningkatkan prestasi grafik sebuah komputer ialah dengan memasang dua atau lebih kad grafik pada sebuah komputer. NVIDIA tampil dengan sokongan melalui sambungan SLI dan NVLink. Sokongan SLI telah dimatikan untuk sekian lama, tetapi kini NVIDIA mengesahkan bahawa kad grafik siri GeForce RTX 4000 mereka tidak lagi akan menyokong konfigurasi multi-GPU dengan ketiadaan sambungan NVLink pada kad-kad grafik ini.

RTX-4090-2-950x518.png.webp

Jensen Huang, CEO NVIDIA mengatakan bahawa sokongan NVLink ditamatkan atas beberapa sebab. Pertama ialah kerana mereka mahu mengurangkan kos dan masa yang diperlukan untuk memateri palam I/O NVLink pada kad grafik tersebut, dan kedua ialah kerana mahu memaksimakan kemampuan kecerdasan buatan siri kad grafik ini.

Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 akan tiba di pasaran-pasaran terpilih pada 12 Oktober ini, manakala NVIDIA GeForce RTX 4080 dengan memori GDDR6X 16GB dan 12GB akan tiba pada bulan November kelak.

Sumber asal https://www.techpowerup.com/299107/...nfirms-nvlink-support-in-ada-lovelace-is-gone
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,696
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,696
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
Isu Kabel RTX 4090 Cair, NVIDIA Kata Pengguna Yang Salah Pasang

Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 mempunyai isu dan masalah plug kuasanya yang mencair selepas dipasang oleh pengguna sebelum ini. Dan akhirnya, NVIDIA telah mengulas dan menjawab berkenaan isu tersebut yang sebelum ini menghantui komuniti PC global.

Apa Jawapan NVIDIA?
Mengikut NVIDIA, pengguna GPU tersebut tidak memasangkan plug kuasanya dengan betul. Ketika pemasangan itu dibuat, pengguna memikirkan mereka telah memasang dengan lengkap tetapi tidak sebenarnya.
aid_5413_000.png

NVIDIA juga isu plug kuasa mencair ini boleh berlaku sekiranya ia tidak dipasang dengan betul dan lengkap. Terutamanya, apabila GPU tersebut beroperasi apabila sistem PC itu diaktifkan pengguna.
Screenshot_20221130_053745-768x335.png

Oleh itu, NVIDIA menasihatkan pengguna untuk menghubungkan dahulu GPU dengan kabel sebelum memasangnya pada PC case.

Persoalan?
Walau bagaimanapun, ramai orang berpendapat rekaan plug kuasa yang menghubungkan kabel dengan GPU itu membuatkan ia terlalu susah untuk dipasangkan sepenuhnya. Nak-nak pula, pengguna sudah tentu berhati-hati dalam memasangnya dek kerana tanda harga rasmi yang begitu mahal, USD1,599 (~RM7,150.00). Selain itu, ingin juga saya bertanya kepada NVIDIA kenapa membiarkan GPU itu beroperasi walaupun ketika plug kuasanya tidak dipasang dengan betul pada awalnya. Walaupun saya bukan jurutera, tetapi bukankah kabel sesebuah plug itu tidak sepatutnya menerima sebarang kuasa sekiranya ia tidak disambungkan dengan betul?
NVIDIA mungkin boleh memasang label amaran tentang risiko pemasangan yang tidak lengkap pada plug kabel kuasanya.

Sumber asal Gamer Nexus, Extremetech
 
maxpda

Legendary Member
gem
Messages
11,177
Joined
Jan 15, 2007
Messages
11,177
Reaction score
1,364
Points
201

Byk dah kes cable melt...
Padu juga penggunaan kuasanya..
 
fuhrer_69

Active+ Member
Messages
2,818
Joined
Sep 18, 2013
Messages
2,818
Reaction score
574
Points
81
Byk dah kes cable melt...
Padu juga penggunaan kuasanya..
design flaw, lagi satu 3080 pun pakai 16pin, ni 4090 pun pakai jugak 16pin, giler ke ape. hahaha

aku nye 1080 pun pakai 14pin. lepastu keluar statement merapu, pengguna salah pasang.

ape diorang ingat yang pakai gpu mahal2 ni baru buat pc semalam ke?
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,696
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,696
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
design flaw, lagi satu 3080 pun pakai 16pin, ni 4090 pun pakai jugak 16pin, giler ke ape. hahaha

aku nye 1080 pun pakai 14pin. lepastu keluar statement merapu, pengguna salah pasang.

ape diorang ingat yang pakai gpu mahal2 ni baru buat pc semalam ke?

betul, kekadang pembuatan tak semestinya 100% perfect, ni pulak disalahkan pengguna .. :)

ntah diorang mampu nak refund bro .. mahal kayangan ..
 
maxpda

Legendary Member
gem
Messages
11,177
Joined
Jan 15, 2007
Messages
11,177
Reaction score
1,364
Points
201
design flaw, lagi satu 3080 pun pakai 16pin, ni 4090 pun pakai jugak 16pin, giler ke ape. hahaha

aku nye 1080 pun pakai 14pin. lepastu keluar statement merapu, pengguna salah pasang.

ape diorang ingat yang pakai gpu mahal2 ni baru buat pc semalam ke?
Hahaha itu la pasal..xhabis2 nak salahkan pengguna..
4090 patut kena upgred lagi pin tu..
Dikatakan 4090 ni senang2 je draw 600W dari PSU...mmg power hunger..
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register