akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 60,721
Top Poster #5
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 60,721
- Reaction score
- 6,969
- Points
- 881
- Awards
- 1
Apple MacBook Pro M4 Dan iMac M4 Kini Boleh Dibeli – Harga Bermula RM5,799 – Amanz
Fahim Zahar
Selain Mac Mini M4 yang kini boleh dibeli di Malaysia, Apple turut mula menjual MacBook Pro M4 dan iMac M4. Menariknya, kedua-dua produk ini boleh didapatkan secara lebih awal berbanding Mac Mini.
MacBook Pro baharu ini menawarkan tiga pilihan cip iaitu M4, M4 Pro atau M4 Max. Pilihan saiz skrin turut kekal iaitu 14-inci atau 16-inci. Harga jualan adalah bermula dari RM6,999 untuk Apple M4 dengan CPU 10-teras, GPU 10-teras, Neural Engine 16- teras, 16GB RAM + 512GB SSD. Harga paling mahal adalah RM 31,739 untuk model 16-inci dengan skrin Nano-texture, memori 128GB RAM, 8TB SSD, serta cip Apple M4 Max CPU 16‑teras, GPU 40‑teras dan Neural Engine 16‑teras.
Sementara iMac hanya terhad kepada M4 sahaja. Harga jualan adalah bermula dari RM5,799 dan boleh mencapai sehingga RM12,649. Seperti sebelum ini, setiap pembelian iMac turut akan didatangkan dengan Magic Keyboard dan Magic Mouse dengan warna yang sama.
Untuk penghantaran kedua-dua MacBook Pro dan iMac M4 ini adalah lebih awal berbanding Mac Mini M4 iaitu pada 4 Disember berbanding 10 Disember. Untuk Apple Pick Up pula adalah seawal 10 Disember nanti.