BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cip Apple M1 Di Laporkan Jadi Sasaran 'Ransomware'

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Komputer Apple yang dikuasakan oleh cip pemprosesan M1 kini dilaporkan telah menjadi sasaran perisian tebusan (ransomware) LockBit. Ia didedahkan oleh penyelidik keselamatan MalwareHunterTeam menerusi akaun Twitter mereka. Serangan ransomware adalah tidak asing berlaku pada komputer yang menjalankan sistem operasi Windows dan Linux. MalwareHunterTeam berkata, mereka tidak pernah menemui sebarang rujukan berkaitan LockBit yang menyasarkan Mac sebelum binaan pertamanya muncul pada November tahun lepas.

Tetapi insiden terbaru ini sekaligus menjadikannya adalah yang pertama dikesan melibatkan komputer yang dikuasakan cip M1 yang dibangunkan oleh Apple sendiri itu. Ransomware biasanya akan mengawal dan mengambil alih sepenuh komputer yang diserang denganmenyekat akses pengguna dan menyulitkan fail mereka. Kemudian penggodam akan menuntut bayaran kepada mangsa bagi membolehkan data yang disulitkan dibuka dan diakses semula.​

 
Back
Top
Log in Register