BTC USD 16,497.4 Gold USD 1,753.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rekaan Lenovo RTX 4090 Tertiris - Hadir Dengan Rekaan Empat Slot

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,840
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
38,840
Reaction score
4,909
Points
296
Awards
1
Beberapa rekaan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 yang dijangka akan dilancarkan pada 20 September ini telah tertiris ke arena web, dan kini, tiba giliran Lenovo pula untuk “meniriskan” rekaan penawaran mereka.

LENOVO-RTX4090-hero-1200x892-1-950x706.jpg.webp


Lenovo ialah sebuah jenama yang lebih dikenali untuk penawaran komputer desktop dan komputer riba mereka, tetapi melalui jenama gaming Legion mereka, penawaran desktop gaming mereka secara lazimnya akan memperlihatkan komponen kad grafik yang hadir dengan rekaan mereka sendiri.

Terkini, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 pula yang diperlihatkan dan ia hadir dengan rekaan gergasi yang memakan empat slot pengembangan PCIe di dalam rangka komputer tersebut. Melalui gambar yang diperlihatkan, kad grafik ini juga nampaknya hanya cukup-cukup muat didalam komputer ini.

RTX4090-cooler2-1200x557-1-950x441.jpg.webp


Daripada gambar-gambar yang tertiris ini, kad grafik olahan Lenovo ini juga nampaknya hadir dengan tiga kipas penyejuk dan dikuasakan dengan satu palam kuasa 12VHPWR yang dijangka menggunakan kabel yang menyokong aliran kuasa elektrik sehingga 450W.

Sama seperti kad-kad grafik khas NVIDIA GeForce RTX 4090 yang diperlihatkan sebelum ini, kad grafik ini juga hadir dengan bongkah penyejukan yang jauh lebih besar berbanding dengan papan litarnya.

Sumber asal https://videocardz.com/newz/leaked-lenovo-geforce-rtx-4090-legion-gpu-is-a-true-quad-slot-design
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,389
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,389
Reaction score
2,561
Points
251
Awards
1
Kencang.
. .
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register