BTC USD 68,962.4 Gold USD 2,334.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lenovo Perkenal Paparan Skrin Ultra-Lebar ThinkVision Dengan Resolusi Sehingga 4K

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,231
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,231
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
Lenovo tampil dengan sejumlah pengumuman mengenai peranti-peranti yang akan dilancarkan secara rasmi pada awal tahun hadapan, dan salah satu daripada peranti-peranti tersebut ialah siri paparan skrin ultra-lebar Lenovo ThinkVision. Lenovo memperlihatkan dua model paparan skrin ultra-lebar, termasuklah Lenovo ThinkVision P32p-30 yang menggunakan paparan IPS dengan resolusi 4K, kadar segar semula 4K dan juga nilai kecerahan setinggi 350 nit.

View attachment Lenovo-ThinkVision-P32-950x663.webp

Dari segi sokongan warna, paparan skrin ini boleh memaparkan 100 peratus gamut warna sRGB dan 95 peratus warna DCI-P3 tanpa masalah. Dari segi sokongan palam pula, paparan ini memperlihatkan sokongan untuk dua palam HDMI 2.0, satu palam DisplayPort 1.4, dua palam Thunderbolt 4, dua palam USB 3.2 Type-A dan satu palam RJ-45. Lenovo ThinkVision P49w-30 pula ialah paparan skrin bersaiz 49 inci dengan resolusi 5120 x 1440 dan kadar segar semula 60FPS. Kebolehan paparan skrin ini untuk mengolah warna juga sedikit lebih tinggi dimana ia boleh memaparkan 98 peratus daripada gamut warna DCI-P3.

View attachment Lenovo-ThinkVision-P49-950x418.webp

Dari segi sokongan palam pula, paparan lebih besar ini tampil dengan sokongan untuk dua palam HDMI 2.1, satu palam DisplayPort 1.4 dan empat palam USB 3.2 Type-A dan satu palam USB 3.2 Type-C dengan sokongan pengecasan 15W. Satu penambahan pada paparan 49 inci ini ialah ia juga hadir dengan sistem pembesar suara terbina didalamnya. Lenovo juga telah mengesahkan tarikh pelancaran paparan-paparan ini, dimana Lenovo ThinkVision P32p-30 akan dijual pada harga $999 bermula April 2023, manakala Lenovo ThinkVision P49w-30 akan dijual pada harga $1699 bermula bulan Jun 2023.​
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register