sir_hepi
Active Member
- Messages
- 2,136
- Joined
- Nov 30, 2018
- Messages
- 2,136
- Reaction score
- 509
- Points
- 81
PRU15 | Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menjadi pimpinan terbaru PAS yang mendakwa Umno dan Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Justeru Razman (atas), yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) di DUN Gunong Semanggol, menyeru pengundi supaya tidak mengundi BN dan PH pada PRU kali ini.
"Yang paling teruk sekali - kalau kita bagi undi dia (BN) pakat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pakat DAP untuk bentuk kerajaan.
“Ingat - undi DAP, undi BN bererti undi beri kuasa kepada DAP untuk membolehkan dia buat apa saja," dakwanya.
Dia berkata demikian ketika menemui pengundi di pasar malam Tebuk Pancur petang tadi.
Pada Khamis lalu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang turut membuat tuduhan serupa terhadap PH dan BN.
Abdul Hadi mendakwa wujud muslihat antara Umno serta BN dan PH dengan memastikan BN menang kurang kerusi untuk memberi kemenangan besar kepada PH.
Dakwa Abdul Hadi, strategi berkenaan bertujuan memudahkan proses penggabungan antara BN dan PH untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU.
Agenda LGBT, komunis
Sementara itu, semasa program walkabout itu, Razman berulang kali memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengundi PH dan BN.
Dia mendakwa Anwar yang mengetuai PH membawa agenda LGBT ke negara ini, malah mahu menghalalkan perkahwinan sejenis.
Selain itu dia juga mendakwa DAP membawa agenda komunis dan juteru umat Islam di negara ini tidak seharusnya mengundi mereka.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim ini kita tau dia nak bawa agenda LGBT ke dalam negara - lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan.
“Kedua - DAP bawa agenda komunis, abu Chin Peng mati di China dia pun mai bawak balik, masa tu juga bendera terbalik, masa tu juga ada perarakan pengisytiharan komunis Malaysia,” dakwanya.
Untuk rekod, Chin Peng yang merupakan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) meninggal dunia di Bangkok, Thailand pada 2013.
Justeru kata Razman, langkah paling selamat adalah mengundi PAS dan PN kerana melalui pentadbiran parti Islam itu di Kelantan sejak 1990, terbukti tidak ada satu pun kes rasuah di negeri itu.
“Kalau tuan-tuan undi lagi BN, bererti undi kepada mereka yang nak bebaskan diri dari kes mahkamah dan membolehkan diri rasuah.
“Kalau undi PH bererti tuan-tuan sokong DAP,” katanya.
Malaysiakini telah menghubungi pejabat Anwar untuk mendapatkan maklum balas.
…..
Anwar tuntut RM5 juta, permohonan maaf pesuruhjaya PAS Perak
Presiden PKR Anwar Ibrahim menuntut ganti rugi RM5 juta dan permohonan maaf secara terbuka daripada Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang menuduhnya mempunyai agenda LGBT dan menjadi boneka DAP.
Tuntutan itu disampaikan dalam surat tuntutan (LOD) bertarikh semalam daripada peguam Anwar, SN Nair & Partners.
Razman pada Ahad berulang kali memberi amaran kepada orang yang lalu lalang semasa berkempen di pasar malam Tebuk Pancur supaya tidak mengundi PH dan BN.
Dia mendakwa Anwar yang mengetuai PH adalah seorang yang mempunyai agenda LGBT yang mahu menghalalkan perkahwinan sejenis.
Dia juga mendakwa Anwar akan menyerahkan kuasa kepada DAP.
![]()
Dalam surat tuntutan itu, ia menyatakan bahawa kenyataan Razman itu - disifatkan memfitnah - menggambarkan Anwar antara lain sebagai seorang yang tidak berprinsip, korup, manipulatif, pro-komunisme, pro-sosialisme, seorang yang berkelakuan menyeleweng, dan seorang Muslim yang jahat.
Razman diberi masa tujuh hari dari tarikh menerima surat untuk menjawab tuntutan Anwar.
Selain ancaman undang-undang, polis juga sedang menyiasat kenyataan Razman selepas laporan dibuat oleh PKR.
Sementara itu, Razman memberitahu Malaysiakini bahawa dia belum menerima surat tuntutan itu.
"Kita tunggu dan lihat," katanya.
Mengulas tanggapan yang menyifatkan ucapannya sebagai fitnah, dia menjawab: “Kita tunggu dan lihat. Lihat kembali 22 bulan ketika Pakatan Harapan memerintah…”
Last edited:
