BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raya Aidilfitri di UAE jatuh pada Jumaat, 20 Mac

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
379232-379232.jpg


Akademi Sains Astronomi, Angkasa Lepas dan Teknologi Sharjah (SAASST) melalui balai cerap astronominya mengeluarkan penentuan astronomi tepat mengenai anak bulan Syawal 1447 Hijrah, yang dijangka berlaku pada Jumaat, 20 Mac, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Menurut SAASST, 20 Mac akan menandakan hari pertama Aidilfitri di seluruh Emiriah Arab Bersatu, sekali gus mengesahkan yang Ramadan akan genap 30 hari.

SAASST berkata, pengiraan astronomi menunjukkan tiada anak bulan yang kelihatan pada Rabu, 18 Mac (29 Ramadan), iaitu malam cerapan anak bulan.

Pada malam itu, bulan terbenam sebelum matahari di ufuk barat, justeru Khamis, 19 Mac akan melengkapkan bulan Ramadan.

#AWANInews
 
Back
Top
Log in Register