BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis Sambutan Aidilfitri Di Istana Arau Pada Raya Pertama

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
ec02dbe278dc6c74b5ee0b843cec8b266744481065782

Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri @ Istana Arau akan diadakan pada raya pertama di Dataran Majlis (Belakang), Istana Arau selepas solat sunat Aidilfitri, yang bermula 9.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurut kenyataan Pejabat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, para hadirin adalah digalakkan untuk berpakaian kebangsaan dan sopan sepanjang berada di pekarangan Istana Arau.

“Pemakaian seluar pendek dan pakaian yang tidak sopan adalah tidak dibenarkan,” menurut Pejabat Raja Perlis itu.

Pejabat itu memaklumkan, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan berangkat diiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat Istana Arau.

“Solat berkenaan akan diadakan pada 8 pagi. Sehubungan dengan itu, para jemaah khususnya dari Kariah Kota Raja Arau dipelawa hadir bagi bersama-sama menunaikan solat,” menurut pejabat itu.

Para jemaah dinasihatkan membawa sejadah sendiri, hadir dalam keadaan berwuduk dari rumah atau mengambil wuduk di Masjid Negeri Arau terlebih dahulu, dan membawa uncang kasut untuk penyimpanan yang selamat bagi memastikan kelancaran serta keselesaan.

Sekiranya cuaca tidak mengizinkan, solat sunat itu akan dipindahkan ke ruang solat Masjid Negeri Arau dan jalan raya di hadapan Istana Arau akan ditutup sementara.

“Kenderaan boleh diletakkan di sekitar Masjid Negeri Arau atau Dewan Sivik dengan kawal selia polis trafik,” menurut pejabat itu.

 
Back
Top
Log in Register