BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasuah RM99,000

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
SHAH ALAM – Pengurus Besar Sime Darby Holdings mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menerima rasuah RM99,000 daripada seorang pelabur sebuah syarikat pembinaan dua tahun lalu.

Zamri Mohd. Iderus, 39, yang bertugas di bahagian Marin, Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Projek Antarabangsa didakwa memperoleh dua keping cek bernilai RM50,000 dan RM49,000 daripada Kamarudin Hussin di Warung Junction, Hotel The Summit, Subang Jaya, dekat sini kira-kira pukul 8 malam pada 7 November lalu.

Rasuah yang diperoleh Zamri adalah sebagai upah kerana memberikan maklumat mengenai harga bidaan untuk syarikat Arrow Platform (M) Sdn. Bhd. memperoleh kerja-kerja subkontrak bagi projek pembinaan bernilai RM14.4 juta dan kerja-kerja pemasangan paip tembaga daripada Sime Darby Engineering.

Dia dituduh mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Zamri turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu mendedahkan maklumat berkenaan harga bidaan tersebut untuk mendapatkan keuntungan iaitu menerima dua keping cek berjumlah RM99,000 tanpa kebenaran Sime Darby Engineering.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Sime Darby, Persiaran Kewajipan, USJ 7 Subang Jaya pada pertengahan November 2008.

Berita selanjutnya di akhbar Kosmo!
 
kenapa tak genapkan je 100k??hehehehehe
 
Adoiiii ni kawan satu U dgn aku ni, Petronas scholar.....sian lak aku tengok TV semalam
 
sikit tu......ada yg lebih besau!
 
kawan bro ... fuh .. :o


yup...kitorg panggil dia 'bouncer'...tngk la badan dia besar mana

anyhow, ni sume cover-up je.....Sime Darby rugi 1 billion, tangkap yang 99K punye kes je :)) :))
 
yup...kitorg panggil dia 'bouncer'...tngk la badan dia besar mana

anyhow, ni sume cover-up je.....Sime Darby rugi 1 billion, tangkap yang 99K punye kes je :)) :))

storylah skit bro ttg dia nie cam mana orgnye..biasalah ikan jerung mestilah dilepaskan..pengurus besar masih ikan bilis lagi..sayanglah sbb nak kejar duit abis musnah semua yang dibina selama nie..dpt scholar petro lagi dulu.
 
Back
Top
Log in Register