BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Labuan Rampas Petrol Yang Disimpan Tanpa Permit Sah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,190
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,190
Reaction score
346
Points
141

KPDN Labuan Rampas Petrol Yang Disimpan Tanpa Permit Sah​

ad15231564587e1a81362bfadf5948016a2136e4069c3

Kredit: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan menahan seorang lelaki, dan merampas 750 liter cecair yang dipercayai petrol bernilai RM2,940 dalam serbuan di sebuah jeti haram di Kampung Sungai ******, di sini semalam.

Pengarah KPDN Labuan Junaidah Arbain berkata serbuan kira-kira  2 petang itu dijalankan menerusi operasi bersepadu Ops Tiris 4.0, dan pihak penguat kuasa menemukan 20 tong serta dua dram yang mengandungi cecair dipercayai petrol.

“Pemeriksaan lanjut mendapati barangan kawalan berjadual itu dipercayai disimpan tanpa permit sah atau kelulusan bertulis daripada KPDN.

“Semua barangan berkenaan telah disita untuk siasatan lanjut, manakala lelaki yang berada di lokasi turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

 
Back
Top
Log in Register