BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Tiris: KPDN Pahang Rampas Diesel, Petrol Bernilai Lebih RM745,000 Sejak Januari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ops Tiris: KPDN Pahang Rampas Diesel, Petrol Bernilai Lebih RM745,000 Sejak Januari​

a07180b3edaac47f74a3dcee4916749a6a2522e9610d9

kredit KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang merampas 144,212 liter diesel dan petrol bernilai lebih RM745,000 menerusi Ops Tiris dalam tempoh lima bulan bermula Januari lepas.

Pengarahnya Jezlily Jamaluddin berkata rampasan dilakukan hasil 826 pemeriksaan dijalankan dengan rampasan terbesar melibatkan 59,000 liter diesel bernilai lebih RM355,000 pada bulan lepas di sini.

“Pelaksanaan Ops Tiris telah memberikan impak positif terhadap pengurusan dan pengagihan diesel bersubsidi di negeri ini di samping mengekang aktiviti penyelewengan dan ketirisan yang boleh menjejaskan bekalan dalam pasaran domestik,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Kuantan antara daerah yang merekodkan bilangan kes tertinggi penyelewengan barang kawalan itu berkemungkinan disebabkan oleh keadaan geografi dan lokasi strategik kerana mempunyai pelabuhan utama serta kawasan industri serta perkilangan yang besar.

“Kepadatan premis dan aktiviti perniagaan yang tinggi menyebabkan bilangan stesen minyak, premis penyimpanan serta pusat pengedaran produk petroleum lebih banyak berbanding daerah lain turut menjadi antara faktor,” katanya.

Jezlily berkata modus operandi pihak terlibat ialah menggunakan kenderaan yang diubah suai untuk mengangkut atau menyimpan bahan api dalam kuantiti yang lebih besar daripada kapasiti asal.

Beliau berkata ada juga yang melakukan pembelian berulang di beberapa stesen minyak bagi mengelak pengesanan, menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan bekalan bahan api bersubsidi secara tidak sah serta menjadikan premis atau kawasan terpencil sebagai stor simpanan bagi menyembunyikan aktiviti penyelewengan.

“Terdapat juga kes penyalahgunaan kemudahan subsidi diesel bersasar yang diperuntukkan kepada sektor tertentu seperti pertanian, perikanan dan pengangkutan, namun diesel tersebut digunakan untuk tujuan lain,” katanya.

Meskipun berhadapan cabaran dalam melaksanakan Ops Tiris seperti kekurangan maklumat risikan yang tepat kerana aktiviti penyelewengan diesel sering dilakukan secara tertutup dan berpindah randah, beliau berkata pihaknya sering bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain.

 
Back
Top
Log in Register