BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Tiris 4.0: KPDN Pahang Rampas 14,870 Liter Diesel Di Tapak Pembinaan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
9800fe4745b21fa0d38e4b69e4cef69869df49e8ced2d

Kredit: KPDN Pahang

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang merampas sebanyak 14,870 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai lebih RM80,000 menerusi Ops Tiris 4.0 di sebuah tapak pembinaan di sini, Isnin lepas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Pahang Md Zaki Abd Samad berkata hasil siasatan awal mendapati minyak yang disimpan dalam sebuah tangki skid itu dipercayai digunakan untuk operasi jentera pembinaan.

"Semasa operasi pihak syarikat gagal mengemukakan permit penyimpanan yang sah bagi lokasi berkenaan meskipun memiliki permit di lokasi lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata KPDN Pahang mengambil tindakan tegas dengan menyita minyak diesel serta peralatan lain di bawah peruntukan Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 (Akta 122).

KPDN Pahang turut menyeru semua pihak supaya mematuhi sepenuhnya syarat permit dan lesen yang ditetapkan serta tidak menyalahgunakan kemudahan subsidi disediakan oleh kerajaan.

"Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas sistem subsidi kerajaan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register