BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kpdn Rampas RM11 Juta Barang Kawalan Melalui Ops Tiris Bersepadu 4.0

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
17ecbe7df816789c6ee45dcc8fd283c569dd050bc53bd

fb KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan nilai rampasan RM11 juta menerusi Ops Tiris Bersepadu 4.0 yang dilaksanakan bagi tempoh 16 Mac hingga 12 April lepas.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata ia hasil 13,759 pemeriksaan di seluruh negara, melibatkan pelbagai komoditi termasuk diesel, petrol dan barang kawalan lain.

Beliau berkata melalui operasi itu, sebanyak 239 kes berjaya dihasilkan dengan 68 individu ditahan atas pelbagai kesalahan.

"Ops Tiris Bersepadu 4.0 melibatkan penguatkuasaan di darat oleh KPDN, di laut dan perairan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sempadan. Pemantauan ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi serta penggunaan sistem berasaskan data bagi mengesan transaksi luar biasa secara masa nyata.

"Rampasan melibatkan 865,205 liter diesel, petrol (26,408 liter) dan Gas Petroleum Cecair (26,408 kilogram). Baki kes membabitkan komoditi lain seperti minyak masak, gula dan tepung," katanya selepas membuat tinjauan pematuhan larangan penjualan dan pembelian petrol RON95 di Stesen Minyak Petronas Tok Adis di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah KPDN Terengganu Mohd Mufsi Lat.

Mengenai masalah ketiadaan bekalan diesel di stesen minyak di beberapa negeri yang tular di laman sosial, Fuziah berkata isu tersebut hanya kes terpencil yang melibatkan bekalan bahan api daripada syarikat asing.

Beliau berkata bagi stesen minyak Petronas yang mendapat bekalan dari dalam negara, tidak timbul isu kekurangan atau ketiadaan bekalan memandangkan kerajaan telah berusaha memastikan rakyat tidak terkesan.

"Ada kenyataan daripada pengedar yang mengatakan ia berkaitan dengan bekalan bahan api dari luar atau syarikat asing.

 
Back
Top
Log in Register