BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Tiris 4.0 Rekod 983 Kes, Rampasan Bernilai RM38.36 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ops Tiris 4.0 Rekod 983 Kes, Rampasan Bernilai RM38.36 Juta​

0655cfbfe389d8cae3a949581e26a24b69ba0c50568bc

Ketua Pengarah Penguat KPDN Datuk Azman Adam

Sebanyak 983 kes penyelewengan dan penyeludupan barangan kawalan bersubsidi direkodkan di seluruh negara menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu), dengan nilai rampasan berjumlah RM38.36 juta dari 16 Mac hingga semalam.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Datuk Azman Adam berkata kejayaan itu membuktikan usaha kerajaan membanteras ketirisan barang kawalan dan bersubsidi dalam situasi ketidaktentuan geopolitik termasuk konflik di Asia Barat yang memberi tekanan kepada harga minyak serta komoditi.

Beliau berkata kejayaan operasi itu bukan hanya hasil tindakan penguat kuasa KPDN, sebaliknya didorong kerjasama erat orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai agensi penguatkuasaan yang menyalurkan maklumat kepada kementerian.

"Kita dapat menyelamatkan barangan kita daripada diseludup keluar melalui operasi yang dilaksanakan ini. Barang yang sering diseludup keluar ada enam iaitu petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, tepung gandum dan gula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Ride For Patuh dan Advokasi Kepenggunaan Bersama Komuniti Peringkat Negeri Pahang 2026 di Masjid Kampung Padang Rumbia di sini hari ini

Azman berkata lebih 300 individu ditahan sepanjang pelaksanaan operasi itu.

Beliau berkata Ops Tiris 4.0 turut membawa pendekatan baharu seperti mengawal di pintu sempadan negara bersama agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA), manakala KPDN menerajui penguatkuasaan di darat yang melibatkan 2,400 anggota di 75 cawangan di seluruh negara.

“Penguatkuasaan di perairan pula dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, sekali gus mewujudkan rangkaian operasi yang lebih menyeluruh bagi mengekang ketirisan barangan bersubsidi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya menerima 49 aduan berkaitan penjualan durian di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 30 Jun lepas.

 
Back
Top
Log in Register