BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Penguat Kuasa KPDN Selangor Cedera Ketika Ops Tiris 4.0, Armizan Zahir Dukacita

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,167
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,167
Reaction score
346
Points
141

Dua Penguat Kuasa KPDN Selangor Cedera Ketika Ops Tiris 4.0, Armizan Zahir Dukacita​

f47c417e51e011d0d95622f65f6cfa796a8458df2f592

--kredit Nforceteam KPDN

Dua anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor cedera ketika menjalankan tugas dalam Ops Tiris 4.0 bagi membanteras penyelewengan barang kawalan bersubsidi gas petroleum cecair (LPG) melalui aktiviti decanting.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata Penolong Pegawai Penguat Kuasa Mohammad Fauzi Baharuddin mengalami kecederaan agak serius dan masih menerima rawatan.

Beliau berkata Pembantu Penguat Kuasa R. Yoghanath pula mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

“Doa saya bersama Mohammad Fauzi agar diberikan kesembuhan sepenuhnya dan kekuatan untuk melalui proses rawatan.

“Kepada keluarga beliau, saya memahami keresahan dan kebimbangan yang sedang dilalui ketika ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Armizan juga berharap agar kedua-duanya diberikan kekuatan dan ketabahan.

“Kepada Yoghanath, semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih seperti sediakala,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut menzahirkan dukacita serta simpati dengan insiden itu, dan berkata kejadian berkenaan menggambarkan risiko sebenar yang dihadapi warga penguat kuasa KPDN setiap kali menjalankan tugas di lapangan.

“Di sebalik setiap serbuan dan operasi yang dilaksanakan, ada anggota yang meninggalkan keluarga untuk menjalankan amanah, berhadapan dengan keadaan yang tidak dapat dijangka dan dalam keadaan tertentu, mempertaruhkan keselamatan diri demi melindungi kepentingan rakyat dan negara.

 
Back
Top
Log in Register