BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu tergamak jual anak RM99,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141
jual-anak.jpeg

Suspek menerima wang sebanyak RM99,000 dengan menjual anak lelakinya yang berumur enam tahun. - East2West

KYIV – Seorang wanita ditahan selepas cuba menjual anaknya yang berusia enam tahun pada harga kepada AS$25,000 (RM99,000) kepada seorang lelaki di sebuah restoran piza di Ukraine, lapor akhbar The Sun UK.

Rakaman video kejadian menunjukkan beberapa anggota polis menyerbu masuk ke dalam restoran sebelum memberkas suspek yang sedang duduk di hadapan pembeli anak lelakinya.

Jurucakap polis tempatan berkata, suspek diberkas serta-merta ketika dia cuba meninggalkan kanak-kanak itu kepada pembeli.

“Ibu kepada tiga anak itu berada dalam tahanan dan didakwa di bawah undang-undang pemerdagangan manusia, manakala mangsa berada di bawah jagaan negeri.

“Ini bukan hanya berkaitan dengan jenayah. Ia mengenai seorang kanak-kanak yang dinilai oleh ibunya sendiri dengan harga AS$25,000,” kata jurucakap itu.

Tangkapan dibuat selepas pembeli berkenaan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register