BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu bunuh anak, unsur kanibalisme disiasat

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Ibu bunuh anak, unsur kanibalisme disiasat​

3579061.webp

Kejadian itu terbongkar selepas wanita berumur 32 tahun itu menyerah diri ke balai polis. - Foto Agensi

SYDNEY - Seorang wanita tergamak membunuh anak lelakinya berusia empat tahun.

Kes tersebut kini disiasat bagi menentukan sama ada unsur kanibalisme dengan kematian mangsa di Wyong, New South Wales, Australia.

Menurut laporan ABC News dan 9News, wanita berkenaan didakwa atas pertuduhan pembunuhan melibatkan keganasan rumah tangga dan tidak dibenarkan ikat jamin.

Kejadian itu terbongkar selepas wanita berumur 32 tahun itu menyerah diri ke Balai Polis Wyong pada 4 Julai lalu.

Menurut polis tempatan, kenyataan wanita itu agak mencurigakan hingga mendorong pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan kebajikan di lokasi berkenaan.

Ia kemudiannya membawa kepada penemuan mayat budak tersebut dengan kesan kecederaan serius pada lengannya.

Sebahagian daripada siasatan kini memberi tumpuan kepada dakwaan rujukan berkaitan kanibalisme.

Pihak berkuasa turut mendapatkan perintah mahkamah untuk menjalankan pemeriksaan forensik terhadap mulut wanita tersebut bagi mendapatkan beberapa sampel termasuk kuku sebagai bahan bukti.

Kes tersebut akan kembali disebut di Mahkamah Wyong pada 1 September depan selepas dia tidak hadir pada sesi pertama. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register