BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak bunuh ibu gara-gara dikejut solat Subuh

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Anak bunuh ibu gara-gara dikejut solat Subuh​

3612198.webp

Suspek dipercayai mencampakkan mayat mangsa ke dalam perigi bersebelahan rumah mereka. - Gambar hiasan

JAKARTA – Seorang lelaki tergamak membunuh ibu kandungnya berusia 77 tahun selepas berang dikejutkan untuk menunaikan solat Subuh sebelum mencampakkan mayat mangsa ke dalam perigi.

Kejadian berlaku di Dusun Puhun, Desa Wanasaraya, Kuningan, Jawa Barat dengan mayat mangsa dikenali sebagai Mak Rusti ditemukan pada kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan pada Sabtu lalu.

Penemuan itu terbongkar selepas seorang saksi melihat kesan darah dari arah dapur yang menghala ke perigi.

Ketua Polis Kuningan, AKBP Bellen Anggara Pratama berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai berang apabila ibunya mengejutkannya untuk menunaikan solat Subuh.

“Suspek yang beremosi kemudian terus menyerang mangsa sehingga meninggal dunia,” katanya pada Isnin.

Selepas membunuh ibunya, suspek dipercayai mencampakkan mayat mangsa ke dalam perigi bersebelahan rumah sebelum melarikan diri.

Suspek kemudian berjaya diberkas anggota Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuningan di rumah isterinya di Kabupaten Brebes tanpa sebarang perlawanan.

Dalam pada itu, polis masih menyiasat dakwaan bahawa suspek mengalami masalah kesihatan mental dan belum membuat sebarang kesimpulan mengenainya selain mengenal pasti objek yang digunakan suspek.

“Kami belum dapat memberikan kenyataan pasti sama ada benar suspek mengalami kemurungan atau terdapat faktor lain kerana proses siasatan masih berjalan,” kata Bellen.

Menantu mangsa, Kurnia, 36, mendakwa suspek sudah lama menunjukkan tanda kemurungan dan keadaan mentalnya semakin merosot akibat tekanan sosial serta ejekan masyarakat sekeliling.

Menurutnya, keluarga sebelum ini pernah mendapatkan rawatan untuk suspek di Tasikmalaya dan Jawa Tengah.

Kurnia turut mendakwa suspek pernah melakukan kekerasan terhadap ibunya sebanyak tiga kali pada waktu berbeza sebelum kejadian terbaharu.

Bagaimanapun, polis menegaskan siasatan masih dijalankan bagi menentukan keadaan sebenar suspek dan motif kejadian. – Agensi

 
Back
Top
Log in Register