BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Rakyat nikmati 5G bermula akhir tahun 2021

nampak tajuk ingatkan pakai SG.... matawang SG... terperanjat...
 
Celcom terokai teknologi 5G di Langkawi
celcom_1576408672.jpg


KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd akan melaksanakan penggunaaan teknologi 5G untuk penyelesaian keamanan dan keselamatan Bandar Pintar bertujuan meningkatkan operasi harian peniaga dan pihak berkuasa tempatan, serta memperkasa gaya hidup pengguna secara digital di Langkawi



Dalam satu kenyataan, Celcom Axiata berkata, kerjasama Celcom, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Langkawi dan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telah melaksanakan kes-kes kegunaan keselamatan 5G Bandar Pintar terkini, yang menampilkan kecanggihan dalam keberkesanan keselamatan dan pemantauan menerusi video panorama 360 ° UHD 4K iaitu kamera pengawasan yang dipasang di Pantai Cenang, yang terkenal dengan keindahannya di Langkawi.



Katanya, penyelesaian Bandar Pintar 5G Celcom ditempatkan di empat lokasi di sepanjang Jalan Pantai Cenang dan dua lokasi di Dataran Cenang, Langkawi.



“Penyelesaian Keamanan dan Keselamatan Bandar Pintar 5G Celcom dilengkapi dengan keupayaan kepintaran buatan (AI) dan analisis video yang memanfaatkan keupayaan 5G kependaman rendah serta data berkelajuan tinggi, membolehkan pemantauan masa nyata dan kualiti gambar berdefinisi tinggi.



“Selain itu, Celcom akan memperluaskan kes-kes kegunaan 5G yang turut meliputi Pertahanan Digital di sempadan perairan, Pemantauan Kawalan Orang Ramai, Kawalan Digital Kargo Masuk dan Keluar, Sistem Pengurusan Perkapalan, Geo Fencing & Smart Perimeters dan Akses Tetap tanpa wayar 5G,” katanya



Teknologi 5G dijangka memberi pengalaman keterhubungan kepada pengguna dan perniagaan dengan pengalaman berbeza, di mana ujian awal 5G Celcom di Langkawi mencatatkan kelajuan penghantaran hampir 1.5Gbps dan kependaman selama 16 milisaat.



Menurut Celcom Axiata, rangkaian 5G Celcom di Langkawi menggunakan teknologi 5G New Radio yang mempunyai spektrum C-band, Massive Multiple-Input dan Multiple Output (MIMO 64T64R) menerusi teknologi Peralatan Premis Pelanggan (CPE) 5G.



Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata, Idham Nawawi, berkata, Celcom teruja dapat bekerjasama dengan PDRM Langkawi dan pihak berkuasa tempatan seperti MPLBP dalam menerajui pembangunan dan kegunaan 5G untuk Malaysia.



Katanya, kerjasama Celcom dengan PDRM dan MPLBP di Langkawi membolehkan mereka mewujudkan bandar raya yang lebih selamat dengan penggunaan teknologi 5G.



“Penyelesaian Pintar Keselamatan 5G kami membolehkan sistem pengawasan keselamatan ditingkatkan untuk unit penguatkuasa serta menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan lebih selamat.



"Terdapat banyak kes-kes kegunaan 5G, yang boleh dimanfaatkan oleh perusahaan, pihak berkuasa, sektor swasta dan awam, bahkan kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk membangunkan perkhidmatan 5G yang terbaik.



“Sejajar dengan revolusi industri keempat (IR4.0) Celcom akan terus menyokong negara dalam menjadikan aspirasi ini suatu realiti, kami berhasrat komitmen kami di Langkawi akan menyumbang kepada pembangunan ekosistem digital negara," katanya.



Baru-baru ini, Celcom telah dilantik oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai Rakan Perhubungan Rasmi untuk Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020, membolehkan syarikat-syarikat Malaysia permulaan digital dan berkaitan IR4.0 mempamerkan teknologi seperti Wi-Fi 5G kepada wakil-wakil negara luar sepanjang tahun 2020.

 
Pengguna mudah alih luar bandar masih bergantung 3G
MG080818SH061_1576746778.jpg


KUALA LUMPUR: Pengguna perkhidmatan mudah alih Malaysia, terutama di luar bandar masih terpaksa bergantung kepada teknologi 3G yang lebih perlahan.

Ia meskipun pengendali mudah alih tempatan sudah menunjukkan peningkatan pesat dari segi kesediaan rangkaian 4G.

Opensignal dalam kaji selidiknya berkata, rangkaian perkhidmatan 4G bagaimanapun masih tidak menyeluruh, sekali gus wujud jurang kesalinghubungan antara kawasan luar bandar dan bandar.

Namun begitu katanya, penyedia perkhidmatan dan kerajaan sendiri komited dalam menaik taraf serta mengukuhkan rangkaian perkhidmatan 4G dan menyediakan liputan yang meluas kepada pengguna Malaysia.

Kaji selidik Opensignal menunjukkan daripada lima penyedia perkhidmatan rangkaian di Malaysia, pengguna Celcom menikmati sambungan tertinggi di kawasan bandar dengan ketersediaan 4G lebih dari 90 peratus.

Manakala masa yang dihubungkan ke 4G turun kepada hampir 75 peratus untuk pengguna U Mobile.

Perbezaan ini semakin meluas di kawasan luar bandar yang kurang kepadatan penduduknya, di mana pengguna Celcom menikmati ketersediaan 4G hampir 75 peratus, manakala pengguna U Mobile hanya boleh berhubung dengan perkhidmatan 4G sekitar 40 peratus.

Selain itu, Opensignal turut membuat kaji selidik ketersediaan 4G di semua lima rangkaian pengendali di seluruh negara dan mengelaskan 144 daerah dari 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan menjadi empat kategori berbeza berdasarkan kepadatan penduduk.

Kategori satu, lebih 50 orang penduduk dalam satu kilometer persegi, kategori dua, 50 hingga 100 orang penduduk dalam satu kilometer persegi, kategori tiga, 100 hingga 300 orang penduduk dalam satu kilometer persegi manakala kategori empat lebih 300 orang penduduk dalam satu kilometer persegi.

Berdasarkan kaji selidik itu, pengguna rangkaian Celcom menikmati ketersediaan 4G tertinggi di semua kawasan tanpa mengira kepadatan penduduk.

Manakala, pengguna di kawasan kategori empat dapat menyambung ke 4G lebih dari 90 peratus diikuti oleh pengguna Maxis, unifi, DiGi dan U Mobile, yang boleh menyambung kepada perkhidmatan 4G masing-masing sebanyak 86.1 peratus, 84.4 peratus, 82.7 peratus, 86.1 peratus dan 74.5 peratus.

Masa yang digunakan oleh pengguna untuk menghubungkan ke semua rangkaian data mudah alih perkhidmatan 3G dan 4G, menunjukkan pengurangan perbezaan.

Ketersediaan 3G dan 4G adalah lebih tinggi, yang mana hampir kesemua pengendali melebihi 90 peratus dalam semua empat kategori kepadatan penduduk.

U Mobile menjadi satu-satunya pengendali yang merekodkan peratusan rendah iaitu 86.4 peratus di kawasan yang paling kurang penduduk (Kategori 1).

Ketersediaan 3G dan 4G tertinggi sebanyak 98.4 peratus adalah bagi pengguna rangkaian unifi di kawasan paling padat penduduk (Kategori 4) diikuti oleh rangkaian Celcom sebanyak 98.1 peratus.

 
U Mobile jana 5G untuk konsultasi doktor jarak jauh
umobile_1577001284.jpg


LANGKAWI: U Mobile, penyedia telekomunikasi bekerjasama dengan DoctorOnCall, platform konsultasi perubatan video dalam talian pertama di Malaysia membangunkan DOCpod, perkhidmatan konsultasi perubatan jarak jauh.

Ketua Pegawai Teknologi U Mobile, Woon Ooi Yuen, berkata DOCpod membolehkan pesakit menerima konsultasi jarak jauh daripada doktor bertauliah melalui penstriman video beresolusi tinggi yang menggunakan sambungan rangkaian 5G serta Capaian Tetap Tanpa Wayar (FWA).

Katanya, ia menggabungkan teknologi video dan suara yang canggih dengan menghubungkan pesakit kepada lebih 100 doktor berpengalaman di seluruh Malaysia.

“Selain daripada itu, pesakit boleh juga membuat saringan kesihatan asas seperti pemeriksaan tekanan darah, menguji tahap gula dalam darah dan sebagainya.

“Selain mendapat konsultasi daripada doktor bertauliah, diagnosis pesakit yang menggunakan DOCpod akan dihantar kepada sebuah farmasi dan kemudian, ubat mereka akan dihantar terus ke pintu rumah pesakit,” katanya pada sesi ujian DOCpod di sebuah hotel terkemuka di Langkawi, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengasas Bersama DoctorOnCall, Maran Virumandi, berkata inisiatif membangunkan DOCpod khusus untuk kawasan pedalaman yang mempunyai jurang nisbah pesakit dan doktor yang sangat besar.

“Contohnya di Langkawi sendiri, nisbah antara pesakit dan doktor adalah 1:800. Jadi untuk merapatkan jurang ini, kita bangunkan DOCpod dalam usaha memberi perkhidmatan jaringan kesihatan yang komprehensif kepada penduduk setempat.

“Kerjasama ini juga menunjukkan bahawa perkhidmatan penjagaan kesihatan dapat dinikmati semua rakyat Malaysia tanpa batasan geografi dan status sosioekonomi,” katanya.

Selain bekerjasama dengan DoctorOnCall, U Mobile turut bekerjasama dengan MEDCOM, peranti perubatan yang membekalkan maklumat klinikal, fisiologi dan diagnostik masa sebenar melalui sambungan 5G.

Ketersambungan U Mobile adalah penting untuk menjayakan ujian ini, kerana ia akan membolehkan pakar penjagaan kesihatan menghantar dan menerima data perubatan dan fail bersaiz besar, seterusnya merealisasikan konsultasi jarak jauh serta membolehkan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti.

Selain sambungan WiFi jalur lebar ataupun gentian optik, rangkaian 5G adalah satu-satunya rangkaian yang mempunyai kapasiti kelajuan yang cukup laju untuk menghantar data berkenaan dalam masa nyata.

Antara hospital yang meraih manfaat daripada kes kegunaan U Mobile & MEDCOM 5G ialah Hospital Sultanah Maliha di Langkawi.

 
edotco_1577161385.jpg

edotco, Peatalk meterai MoU teroka teknologi 5G


KUALA LUMPUR: edotco Malaysia dan Peatalk Corporation (Peatalk) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini untuk meneroka penggunaan teknologi 5G dalam menyokong agenda digital Malaysia.

MoU itu ditandatangani susulan ujian rangkaian yang berjaya dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) bagi meningkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih sehingga 10Gbps kepada setiap pengguna melalui rangkaian dan infrastruktur swasta 5G, menurut kenyataan edotco hari ini.

"Projek LIA menyokong projek demonstrasi 5G Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan inisiatif Airport 4.0 untuk meningkatkan pengalaman menyeluruh di lapangan terbang kepada penumpang dan vendor," katanya.

Syarikat itu berkata, ia melaksanakan penyelesaian rangkaian swasta 5G Tetap Tanpa Wayar (FWA) di LIA, membuka jalan untuk menjadi lapangan terbang 5G pertama di Malaysia.

Sementara itu, Peatalk membekalkan teknologi FWA, yang selamat, persendirian, fleksibel dan memberikan lapangan tebang kawalan tunggal ke atas rangkaian, kata edotco sambil menambah bahawa infrastruktur rangkaian neutral akan dapat menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) dan peruncit.

"Peralatan penghantaran gelombang Millimeter dipasang di tiga lokasi - menara edotco Malaysia di Gunung Raya, struktur di LIA dan bumbung terminal lapangan terbang - bagi membawa jalur lebar yang tinggi.

"Peralatan ini dihubungkan ke 19 tapak sel di lapangan terbang, meminimumkan jurang dalam liputan dan menyediakan pengalaman yang konsisten dan lancar," katanya.

Ditubuhkan pada 2012, kumpulan edotco adalah syarikat perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi bersepadu serantau pertama di Asia, menyediakan penyelesaian menyeluruh dalam sektor perkhidmatan menara; dari pajakan menara, lokasi bersama, pembinaan, tenaga, penghantaran, operasi dan penyelenggaraan.

Sementara itu, Peatalk yang berpangkalan di AS ialah syarikat teknologi telekomunikasi terkemuka yang menyediakan penyambungan ‘melepasi 5G’ menggunakan teknologi tanpa wayar gelombang mikro milimeter.

-- BERNAMA


 
Malaysia sedia beralih ke 5G tahun depan
5g_1577178040.jpg


KUALA LUMPUR: Malaysia mahu beralih ke rangkaian 5G tahun depan, dan untuk itu telah melancarkan demonstrasi besar-besaran projek 5G di seluruh negara, menjadikan negara ini sebagai antara yang pertama di Asia memanfaatkan teknologi itu.

Penggiat industri juga selari dengan pendekatan kerajaan yang pragmatik menerusi sokongan padu selain pelaburan - membuktikan komitmen industri ke arah mewujudkan penggunaan yang kukuh dan berdaya maju untuk aplikasi 5G, yang akan mengubah pelbagai industri serta meningkatkan taraf hidup dalam kalangan rakyat Malaysia.

September lalu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak mengumumkan bahawa lapan syarikat komited untuk membuat pelaburan awal sebanyak RM116 juta untuk projek demonstrasi 5G bermula dari Oktober 2019 hingga Mac 2020.

Syarikat-syarikat ini terdiri daripada Altel Communications Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, DiGi.Com Bhd, edotco Group Sdn Bhd, Maxis Bhd, Petronas, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan UMobile Sdn Bhd.

Pada 15 Disember pula, SKMM berkata enam syarikat telekomunikasi yang menjalankan projek demonstrasi 5G (5GDP) di Langkawi, mula menunjukkan hasil yang sangat baik dengan 37 kes penggunaan dalam bidang pertanian, penjagaan kesihatan digital, pendidikan, hiburan, bandar pintar, pengangkutan pintar dan sektor pelancongan.

Kerajaan memperkukuh lagi aspirasinya untuk mengembangkan ekosistem digital Malaysia dengan memperkenal geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta menerusi Belanjawan 2020 untuk menggalakkan inovasi teknologi di negara ini.

Geran itu akan memberi insentif kepada syarikat tempatan untuk menceburi pembangunan 5G, meneruskan inovasi serta mecetuskan permintaan dari seluruh negara.

Selain itu, kerajaan secara rasminya melancarkan Pelan Penyambungan Fiber Nasional (NFCP) lima tahun pada 19 September yang bermatlamat untuk meningkatkan kualiti Internet dan menyediakan sambungan mampu milik kepada pengguna luar bandar.

NFCP bermatlamat merapatkan jurang digital luar bandar, memandangkan penyedia perkhidmatan sedia ada secara umumnya enggan melabur dalam infrastruktur telekomunikasi di kawasan luar bandar, kerana kos yang tinggi disebabkan cabaran seperti kawasan yang tidak teratur dan penempatan yang berselerak.

Oleh itu, SKMM mewujudkan Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dengan menyediakan akses secara kolektif dan individu kepada perkhidmatan telefoni asas dan Internet di seluruh negara.

USP bertindak sebagai mekanisme untuk menyalurkan pelaburan sektor swasta ke kawasan luar bandar yang tidak menguntungkan, dan inisiatif ini hanya dapat dilaksanakan di kawasan yang kurang mendapat perhatian dan kumpulan di kawasan terpencil.

Menurut Maybank IB Research, penugasan 5G sedang berjalan mengikut pelan, dengan butiran mengenai kelulusan spektrum dan model penggunaan dijangka diumumkan pada Januari 2020.

“Pengawal selia mengekalkan sasarannya bahawa 5G akan digunakan mulai separuh kedua tahun depan yang bermakna risiko perbelanjaan modal 5G akan mula dilihat pada 2020, bukannya 2021.

“Kami menjangkakan risiko secara relatifnya boleh diurus, memandangkan kemungkinan akan ada peningkatan dalam perkongsian infrastruktur,” katanya.

Celcom Axiata Bhd dan Maxis Bhd menandatangani memorandum persefahaman untuk meneroka potensi perkongsian yang memberi tumpuan kepada penggunaan bersama infrastruktur 5G di kawasan terpilih.

-BERNAMA

 
ade gak org kaitkan 4g dgn 5g yek, teknologi berbeza, teknologi baru more resistant to faulty, mcm broadband vs fibree.
 
Back
Top
Log in Register