BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Rakyat nikmati 5G bermula akhir tahun 2021

5g_1577947163.jpg

Pelaksanaan komersial 5G bermula suku ketiga


KUALA LUMPUR: Pengkomersialan 5G dijangka bermula seawal suku ketiga tahun ini, sekali gus membolehkan sektor telekomunikasi tempatan meneruskan momentumnya.

Kenanga Research dalam makluman terkini mengenai sektor itu berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengenal pasti bahawa pelaksanaan 5G nasional akan dibangunkan pada jalur (spektrum frekuensi) 700MHz, 3.5GHz dan 26/28GHz, dengan penawaran awal menggunakan dua jalur pertama, yang akan diurus oleh konsortium pelbagai pemegang lesen.

Menurut Kenanga, walaupun pengkomersialan 5G dijangka bermula seawal suku ketiga tahun ini, butiran maklumat mengenai aspek tertentu seperti harga komersial, perbelanjaan modal (capex) serta permintaan, belum diketahui.

“Kami menjangkakan pelabur akan menunggu perkembangan serta berita lanjut mengenainya termasuk tugasan seperti spektrum yang disebutkan di atas, selain hubungan lanjut atau kerjasama antara penggiat sedia ada," katanya.

Tender pusingan pertama Pelan Penyambungan Fiber Nasional (NFCP) dijadualkan bulan ini bagi pemasangan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan berasaskan teknologi 3G dan 4G di kawasan terpilih.

“Ini berfungsi untuk memenuhi salah satu objektif untuk mencapai kelajuan sambungan purata 30Mbps di 98 peratus dari kawasan penduduk menjelang 2023,” katanya.

AmInvestment bagaimanapun kekal pesimis terhadap NFCP sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2023 disebabkan kos pelaksanaannya.

“Walaupun pendekatan pragmatik 5G oleh SKMM melegakan sektor ini, kami mengunjurkan kos infrastruktur dan rangkaian adalah tinggi, dan sama ada operator perkhidmatan boleh melepaskan kos itu kepada pengguna dan memperoleh pulangan yang mencukupi ke atas pelaburan,” katanya.

Sementara itu, Public Investment Bank berkata pengumuman 5G oleh SKMM itu akan memacu pasaran dalam tempoh terdekat.

“Bagaimanapun, risiko capex yang tinggi dan permintaan rendah boleh menyeret sektor itu sehingga jangka sederhana. Kami mengekalkan saranan ‘neutral’ ke atas sektor ini,” katanya. - BERNAMA


 
aku sampai skrg x dpt rase beza 3G ke 4G.... Apatah lagi 4G ke 5G.... ape yg kite dpt?

biasa di telefon android boleh switch 3G dan 4G...

aku pernah gak godek2 benda tu, saja try...

bagi aku 4G laju...
3G slow sikit loading..

mmg rasa perbezaan dia..

tp 4G ni tak stabil...masuk bawah bumbung sikit (atau masuk kedai je), terus drop sikit line 4G...
kadang2 takde line terus..

tapi 3G pulak, masuk la bawah bangunan mana pun, line still okay...
cuma speed kurang....

cuba ingat balik waktu 4G takda, nak surf internet bukan main slow....
bila 4G masuk, smooth je internet...
tapi tu lah....signal tak stabil...kadang2 signal tinggi...kadang2 takda signal terus...
kdg2 tengok tempat...sesetengah tempat ok,, sesetengah tempat tak ok....
itu yg leceh 4G....

tp speed, mmg ketara perbezaan nya...



..
..

so 5G ni wallahualam..

harap2 jgn la jadi mcm 4G...kejap ada signal...kejap takda.....
benda yg sepatutnya memudahkan org, kdg2 jadi menyusahkan...

aku hari tu masuk keda 99speedmart...nak bayar pakai boostapp....tengok2 connection error...rupa-rupanya signal 4G dah takda terus....aku keluar sekejap, tiba2 ada balik signal...masuk balik kedai, takda balik signal....hampeh ...last2 bayar pakai cash...nasib baik ada cash... sbb wallet aku skarang dah jarang ada cash...aku lebih prefer online payment..
 
Pelaksanaan komersial 5G bermula suku ketiga

5g_1577947163.jpg


KUALA LUMPUR: Pengkomersialan 5G dijangka bermula seawal suku ketiga tahun ini, sekali gus membolehkan sektor telekomunikasi tempatan meneruskan momentumnya.


Kenanga Research dalam makluman terkini mengenai sektor itu berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengenal pasti bahawa pelaksanaan 5G nasional akan dibangunkan pada jalur (spektrum frekuensi) 700MHz, 3.5GHz dan 26/28GHz, dengan penawaran awal menggunakan dua jalur pertama, yang akan diurus oleh konsortium pelbagai pemegang lesen.

Menurut Kenanga, walaupun pengkomersialan 5G dijangka bermula seawal suku ketiga tahun ini, butiran maklumat mengenai aspek tertentu seperti harga komersial, perbelanjaan modal (capex) serta permintaan, belum diketahui.

“Kami menjangkakan pelabur akan menunggu perkembangan serta berita lanjut mengenainya termasuk tugasan seperti spektrum yang disebutkan di atas, selain hubungan lanjut atau kerjasama antara penggiat sedia ada," katanya.

Tender pusingan pertama Pelan Penyambungan Fiber Nasional (NFCP) dijadualkan bulan ini bagi pemasangan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan berasaskan teknologi 3G dan 4G di kawasan terpilih.

“Ini berfungsi untuk memenuhi salah satu objektif untuk mencapai kelajuan sambungan purata 30Mbps di 98 peratus dari kawasan penduduk menjelang 2023,” katanya.

AmInvestment bagaimanapun kekal pesimis terhadap NFCP sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2023 disebabkan kos pelaksanaannya.

“Walaupun pendekatan pragmatik 5G oleh SKMM melegakan sektor ini, kami mengunjurkan kos infrastruktur dan rangkaian adalah tinggi, dan sama ada operator perkhidmatan boleh melepaskan kos itu kepada pengguna dan memperoleh pulangan yang mencukupi ke atas pelaburan,” katanya.

Sementara itu, Public Investment Bank berkata pengumuman 5G oleh SKMM itu akan memacu pasaran dalam tempoh terdekat.

“Bagaimanapun, risiko capex yang tinggi dan permintaan rendah boleh menyeret sektor itu sehingga jangka sederhana. Kami mengekalkan saranan ‘neutral’ ke atas sektor ini,” katanya. - BERNAMA

 
HQ201908HQ4574_1578442281.jpg


KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

TM uji 5G SA spektrum C-cand dan 700 MHz serentak


KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) berjaya menjalankan ujian Rangkaian 5G khusus Standalone (SA) di kedua-dua spektrum C-band dan 700 MHz secara serentak di rangkaian teras 5G berpusat.

Ini susulan selepas beberapa ujian pertama yang dijalankan TM baru-baru ini. Syarikat itu mengemas kini nod dan peranti Rangkaian Akses Radionya (RAN) untuk menyokong rangkaian 5G khusus 700 MHz SA; memasang rangkaian khusus 700 MHz 5G SA; mencapai 1.5Gbps (gigabit sesaat) bagi ujian kelajuan 5G yang dijalankan di tapak ‘use case’ 5G; dan melengkapi Langkawi dengan 5G, menjadikan ia Pulau Pelancongan Pintar pertama di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin, berkata seni bina SA membawakan keupayaan baharu 5G seperti fungsi-fungsi kependaman ultra rendah dan seni bina rangkaian canggih, yang akan membuka banyak use case baharu terutamanya bagi perusahaan.

“Ditambah dengan spektrum 700 MHz, ini boleh memastikan peningkatan liputan di seluruh negara, di mana banyak perkhidmatan 5G baharu boleh disediakan; yang seterusnya menyediakan capaian lebih meluas kepada penduduk bagi menangani jurang digital,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Kamarul Anuar, berkata sepktrum 700 MHz itu akan membolehkan penggunaan 5G yang pantas dan meluas, dan bersama dengan spektrum C-band, rangkaian itu akan bersedia menerima trafik pelbagai pengendali rangkaian selain perusahaan, sejajar dengan sasaran syarikat tersebut untuk menjadi penyedia prasarana rangkaian 5G negara.

Syarikat itu memulakan sejumlah 11 use case di Langkawi dan menjalankan operasi Pusat Kawalan Operasi Bersepadu, juga dikenali sebagai Pusat Kawalan 5G (5GCC).

Bagi 5GDP di Langkawi, TM menggunakan jumlah use case 5G tertinggi dalam kalangan syarikat telekomunikasi yang menyertainya dan semua rangkaian 5G dan tapak use case dipantau menerusi papan pemuka di 5GCC sepanjang masa oleh pasukan teknikal pakar TM. -BERNAMA


 
TM, Digi jalin kerjasama 5G

tmdigi_1578562259.jpg


KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), menjalinkan kerjasama bagi menguji keupayaan, keberangkalian, dan had perkongsian rangkaian 5G di antara pelbagai penyedia perkhidmatan semasa tempoh Projek Demonstrasi 5G (5GDP).

Menerusi kerjasama itu, Digi yang sedang menjalankan tapak 5GDP termasuk rangkaian radio di tapak dan pusat rangkaian 5G di Langkawi, menjalankan kes kegunaan teknologi itu dengan dibantu oleh TM dengan menyediakan jaringan terhubung ke rangkaian utama di tapak berkenaan.

Kedua-dua syarikat yang pada masa ini terbabit dalam 5GDP yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Syarikat dalam kenyataan bersama, berkata kerjasama itu mencerminkan sinergi di antara penyedia rangkaian talian tetap dan mudah alih dalam membawakan penyelesaian sambungan 5G.

“Tambahan pula, kedua-dua pihak juga sedang menjalankan eksplorasi perkongsian Akses Rangkaian Radio (RAN) di Langkawi,” kata kenyataan itu.

Kerjasama itu diterjemahkan menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai oleh, Ketua Pegawai Strategi TM, Tengku Muneer Tengku Muzani, manakala Digi diwakili Ketua Pegawai Teknologinya, Kesavan Sivabalan.

Mengulas mengenai perkembangan terbaharu itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Annuar Nuruddin, berkata ruang kerjasama dengan Digi yang mencerminkan komitmen, keterbukaan, dan neutralisasi TM untuk bekerjasama dengan pemain industri.

Katanya, kerjasama itu untuk mencapai aspirasi kerajaan untuk pelaksanaan 5G dengan keberkesanan kos.

“Kami berhasrat bukan saja ingin menyediakan ekosistem malah turut merancang untuk menjadi rakan kongsi neutral kepada pemain industri dan bekerjasama dengan rakan penyedia rangkaian ke arah menjadikan masyarakat dan gaya hidup yang lebih digital, perniagaan digital, vertikal industri, serta kerajaan digital.

“Kerjasama ini turut diharap akan memacu penyediaan perkhidmatan 5G ke seluruh negara dengan membawakan manfaat besar kepada pelanggan disamping kami menyediakan perkhidmatan 5G kepada rakyat Malaysia ke seluruh negara, sejajar dengan aspirasi SKMM untuk menjayakan insan ke arah memperbaiki kualiti kehidupan rakyat.

“Menjadi sebahagian daripada 5GDP memberi peluang kepada kami untuk mempamerkan keupayaan kami melaksanakan 5G di Malaysia, di mana kami melaksanakan rangkaian 5G kendiri (SA) khusus yang pertama di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty berkata, menerusi kerjasama dengan TM, ia akan terus komited untuk membina ekosistem rangkaian 5G bersama dengan industri.

Katanya, Digi melihat kerjasama itu sebagai satu langkah positif untuk menyediakan akses secara lebih meluas dan efisyen kepada rakyat Malaysia.

“Hasil penemuan yang dikumpulkan dari ujian 5G akan membantu kami menentukan bagaimana kami boleh melaksanakan 5G dengan lebih terancang membabitkan pelbagai industri, sejajar dengan hasrat SKMM ke arah pelaksanaan 5G menerusi pendekatan secara kerjasama untuk negara,” katanya.

Di Langkawi, Digi melaksanakan dua kes kegunaan, iaitu pelancongan maya di Lapangan Terbang Langkawi, dan pemindahan masa-nyata maklumat perubatan dan ambulans terhubung di Hospital Sultanah Maliha.

TM juga memulakan sejumlah 11 kes kes kegunaan di Langkawi meliputi Bandar Pintar, Pelancongan Pintar, dan kluster Pertanian Pintar, yang memberi tumpuan untuk menjadikan hidup lebih mudah, menepati keperluan dan memperkayakan gaya hidup rakyat.

5GDP Malaysia dimulakan pada Oktober 2019, dengan sasaran untuk membantu, membina dan mendorong pembangunan kes kegunaan 5G yang berpotensi untuk dibangunkan dalam persekitaran sebenar dan konteks yang lebih luas, untuk membangunkan ekosistem 5G di Malaysia.

 
5G Malaysia tersedia dalam suku ketiga

105g_1578615151.jpg

engerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Al-Ishsal Ishak ketika menyampaikan taklimat mengenai perkembangan mutakhir Projek-Projek Demonstrasi 5G di MCMC Tower, semalam. - Foto BERNAMA

CYBERJAYA: Malaysia sudah bersedia untuk melancarkan pengkomersilan teknologi generasi kelima (5G) pada suku ketiga tahun ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak.

Menurut beliau, pelaksanaan teknologi itu bukan saja akan mentakrifkan semula ketersambungan di negara ini tetapi akan membawa kesan positif kepada ekonomi dan memartabatkan Malaysia sebagai salah satu perintis 5G di rantau ASEAN.

"Pelaksanaan 5G agak berbeza dan aplikasinya menjangkau jauh daripada sekadar telefon pintar pengguna. 5G adalah untuk industri serta perniagaan. Sudah tentu, 5G juga tersedia untuk pengguna termasuk bagi akses tanpa wayar yang tetap," katanya semasa memberi taklimat media berhubung 5G di sini semalam.

Beliau ketika merujuk kepada penemuan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia berhubung kesan pelaksanaan 5G ke atas ekonomi Malaysia, menjelaskan penggunaan teknologi itu akan menyumbang sehingga RM12.7 bilion antara 2021 dan 2025 kepada ekonomi negara serta mampu mewujudkan lebih daripada 39,000 pekerjaan baharu.

Ditanya jika pasaran tempatan masih memerlukan 4G, Al-Ishsal memberitahu ia akan kekal relevan untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang dan tidak akan digantikan oleh 5G dalam tempoh terdekat.

Katanya, SKMM menerima 100 kes penggunaan yang dicadangkan kerajaan serta industri, yang mana 72 kes penggunaan akan dilancarkan di tapak 56 tapak 5G secara langsung di Kedah, Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang di bawah sembilan segmen menegak merangkumi pertanian, pendidikan, hiburan/media, penjagaan kesihatan digital, pembuatan dan pemprosesan, minyak & gas, bandar pintar, pengangkutan pintar serta pelancongan.

SKMM, berserta pihak berkepentingan dan syarikat-syarikat seperti Celcom Axiata Bhd, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, Edotco Malaysia Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Petroliam Nasional Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd, sedang menjalankan projek demonstrasi 5G di enam negeri yang membabitkan pelaburan awal sebanyak RM143 juta.

Kata Al-Ishsal lagi, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan merasmikan projek demonstrasi 5G Malaysia di Langkawi, Kedah, pada 19 Januari, membabitkan 11 penggunaan secara langsung di Pusat Arahan 5G Langkawi, Hospital Sultanah Maliha dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

"Sempena acara itu, SKMM juga akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa 5G Malaysia di Langkawi pada 20 Januari bagi membincangkan perkembangan dan prospek pelaksanaan 5G," katanya. - BERNAMA

 
mggu ni Gobind melawat, mggu depan PM pula melawat kat padang masirat
 
TM meterai kerjasama strategik untuk 5GDP di Langkawi

5GIGI_1578841617.jpg

SEORANG pengunjung mencuba kemudahan Realiti Maya (VR) 8K UNESCO Global Geopark Langkawi yang disediakan Telekom Malaysia bagi melihat sekali imbas lokasi-lokasi menarik yang boleh dilawati di pulau itu. Realiti Maya (VR) 8K UNESCO Global Geopark Langkawi adalah satu daripada tiga penggunaan demonstrasi 5G (5GDP) yang telah dilaksanakan oleh TM Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. - fotoBERNAMA

LANGKAWI: Telekom Malaysia (TM) memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi penggunaan 5G di Langkawi sebagai sebahagian daripada Projek Demonstrasi 5G (5GDP) yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

MoC itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin bagi pihak TM manakala MPLBP diwakili Yang Dipertua, Radzuan Osman dan LADA oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dr Ahmad Hezri Adnan.

Noor Kamarul berkata, TM dan rakan strategik baharu kini bersedia meneroka potensi perkongsian penggunaan infrastruktur 5G yang lebih cekap.

“TM akan menyediakan 11 perkhidmatan pintar dan membuka Pusat Kawalan Operasi Bersepadu atau dikenali sebagai ‘5G Command Centre’ (5GCC) di Langkawi.

“Kita juga membangunkan aplikasi pintar ‘My Smart City’ bagi membolehkan pengunjung di Langkawi memperoleh maklumat diperlukan dengan mudah dan cepat,” katanya di sini, hari ini.

Antara ciri utama aplikasi ‘My Smart City’ yang memberi manfaat kepada pengguna adalah kemampuannya merancang perjalanan, mencari tempat letak kenderaan, arah kiblat, perkhidmatan dalam bandar dan butang kecemasan.

Terdahulu majlis memeterai MoC itu disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Firdaus Ahmad.

Noor Kamarul berkata, syarikat sangat teruja untuk bergabung dengan semua rakan kongsinya bagi bersama-sama mewujudkan gaya hidup, pelancongan dan pengalaman runcit untuk komuniti dan pelancong tempatan di Langkawi.

Dengan 5GDP Langkawi kini dilengkapi dengan 5G, menjadikannya Pulau Pelancongan Digital dan Pintar yang pertama di dunia.

Perkongsian dengan MPLBP akan menyaksikan TM menerusi perusahaan dan cabang penyelesaian perniagaan sektor awam, TM ONE dan cabang inovasinya, TM Research & Development Sdn Bhd (TM R & D) bekerjasama dengan MPLBP untuk menggunakan rangkaian 5G dan melancarkan lima kes penggunaan di Langkawi.

Daripada lima kes penggunaan, tiga sudah dibangunkan oleh TM ONE iaitu Penyelesaian Lampu Trafik Pintar, Penyelesaian Tempat Letak Kereta Pintar dan Penyelesaian Keselamatan Pintar di bawah kluster Smart City.

Sementara itu, perkongsian di antara TM dan LADA membabitkan kedua-dua pihak bertukar-tukar data dan maklumat mengenai tempat menarik untuk Aplikasi ‘My Smart City’ Pelancongan Pintar dan UNESCO 8K Realiti Maya (VR) serta data ketibaan pelancong dari Analisis Runcit Pintar ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Terminal Feri Langkawi.

LADA juga akan menggunakan Gerbang Platform Langkawi TM R&D untuk melihat data pada masa sebenar dan maklumat yang disatukan.

Pada majlis sama, TM juga menandatangani MoC dengan enam rakan lain iaitu Kumpulan Haji Ismail (HiG), Nadias Hotel, Hotel Adya Chenang, The Loaf Asia Sdn Bhd, Artisans Pizza dan Jabatan Laut Malaysia.
 
EOOKqYbVAAI_IsH

5G menawarkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat terutamanya di kawasan bandar dan luar bandar, pengusaha kecil dan sederhana (PKS), selain menjadi pemangkin pembangunan ekonomi negara
 
Idham_Nawawi_1579072561.jpg


KETUA Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd, Idham Nawawi

Celcom pertimbang tambah perbelanjaan untuk 5G


PETALING JAYA: Celcom Axiata Bhd masih meneliti kemungkinan meningkatkan kuantum perbelanjaan modal yang diperlukan susulan pengenalan teknologi 5G, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Idham Nawawi.

Beliau berkata, perkara itu masih diteliti memandangkan perbelanjaan modal juga bergantung kepada pelbagai faktor seperti spektrum berkaitan, sambil menegaskan pelaksanaannya akan turut meningkatkan perbelanjaan.

“Jika merujuk kepada trend (sebelum ini), teknologi baharu yang diperkenalkan turut meningkatkan perbelanjaan modal dan akan hanya stabil dua atau tiga tahun selepas itu.

“Kami telah menyaksikan senario itu berlaku menerusi langkah peralihan kepada 2G, 3G dan seterusnya 4G,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini selepas majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) syarikat telekomunikasi itu dengan Alliance Bank Malaysia Bhd bagi menawarkan ketersambungan serba lengkap serta bebas gangguan bagi perusahaan kecil dan sederhana.

Idham berkata, syarikat telekomunikasi itu juga mempunyai panduan perbelanjaan modal antara RM700 juta dan RM800 juta setahun bagi 'senario biasa perniagaan', walaupun akan diselaras semula bagi mengambil kira 5G berkenaan.

Ditanya sama ada Celcom akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi lain dalam bidaan spektrum 5G baharu itu, beliau berkata : “Hanya masa yang akan menentukan dan kami meneliti semua pilihan yang ada.”

Pada masa ini, Celcom sedang menjalankan projek demonstrasi 5G menerusi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan membabitkan pelaksanaan Keamanan dan Keselamatan Bandar Pintar 5G.

Menurut syarikat itu, teknologi 5G akan menawarkan keberkesanan keselamatan dan pengawasan menerusi penggunaan kamera pemantauan video langsung panorama 4K berdefinisi ultra tinggi (UHD) 360 darjah yang dipasang di lokasi popular, Pantai Cenang di Langkawi.

Selain itu, teknologi Kawalan Sempadan Digital 5G Celcom juga sedang dilaksanakan di Pelabuhan Langkawi yang menawarkan penambahbaikan sistem pengawasan keselamatan dan keamanan untuk kemudahan pihak berkuasa pelabuhan Langkawi, Dermaga Tanjung Lembung menjalankan operasi harian secara lancar.

“Ini bukan sekadar demonstrasi projek tetapi kes sebenar yang boleh diteruskan sebagai kaedah baharu bagi sektor-sektor terbabit," katanya.

-BERNAMA


 
Back
Top
Log in Register