BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Kad Prabayar Wajib Daftar Melalui MyDigital ID Menjelang Akhir Tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
1196254d6a03c3686a4defc859b0876868c1492958ec7

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini.

Proses pendaftaran kad SIM prabayar di Malaysia akan menggunakan MyDigital ID sepenuhnya menjelang akhir tahun ini, sebagai usaha memperkukuh aspek keselamatan digital, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata langkah itu akan melibatkan semua syarikat telekomunikasi di negara ini, yang akan diarahkan melaksanakan proses pendaftaran menggunakan pengesahan identiti digital menerusi MyDigital ID.

“Dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) semalam, ada dibincangkan aspek pendaftaran sim card dan syarikat telco akan diarah untuk memastikan proses pendaftaran bagi sim card, akaun prabayar akan mengguna pakai pendaftaran menggunakan My Digital ID.

“Ini akan mula dikuatkuasakan insya-Allah pada hujung tahun ini. Pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan susuli dengan maklumat yang lebih terperinci, ada beberapa aspek keselamatan yang akan lebih baik,” katanya dalam sidang media mingguan di sini hari ini.

Fahmi berkata pendekatan itu penting bagi menutup kelompangan yang wujud dalam sistem sedia ada dan mengelakkan sebarang potensi salah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

 
10.09.2025 - Semua kad SIM prabayar bakal diwajibkan didaftar menggunakan MyDigital ID menjelang akhir tahun ini. Langkah itu bertujuan untuk memperketatkan proses pengesahan usia pengguna dalam menjamin aspek keselamatan, termasuk bagi pengguna media sosial terjamin. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata pendaftaran nombor telefon prabayar itu antara cara untuk menutup sebarang lompang daripada segi keselamatan. Katanya, pada mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) semalam, aspek pendaftaran kad SIM itu ada dibincangkan dan syarikat telekomunikasi akan diarah untuk memastikan proses pendaftaran kad prabayar berkenaan.


"Ini akan juga menggunapakai pendaftaran menggunakan My Digital ID. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan susuli dengan maklumat yang lebih terperinci. Ia hasil daripada keputusan mesyuarat MED4IR semalam, dijangkakan menjelang hujung tahun, mungkin dalam bulan November ataupun Disember. Jadi pendaftaran itu menggunakan My Digital ID, maka ada beberapa aspek keselamatan yang akan lebih baik," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah media tempatan semalam mengenai cadangan kerajaan untuk memperketatkan pengesahan usia dalam platform media sosial seperti TikTok berkemungkinan gagal melainkan kelemahan pendaftaran kad SIM dan sistem identiti digital ditangani terlebih dahulu. Laporan akhbar itu memetik Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil sebagai berkata, walaupun wujud kebimbangan mengenai ancaman dalam talian terhadap kanak-kanak masalah utama sebenarnya bermula melalui kad SIM yang mudah didapati. Fahmi berkata, ketika ini seseorang pengguna boleh mendaftarkan namanya untuk lima kad SIM bagi satu syarikat telekomunikasi pada satu-satu masa. Justeru, katanya, ia menimbulkan kebimbangan membabitkan aspek keselamatan.
1757502482807.png
 
14060093933503637-322131.jpg

14060093933503637-322132.jpg

14060093933503637-322133.jpg


Wajib daftar kad sim prabayar guna My Digital ID akhir tahun ini


PUTRAJAYA – Syarikat telekomunikasi diarahkan untuk memastikan proses pendaftaran bagi kad SIM prabayar menggunapakai My Digital ID yang bakal dikuatkuasakan menjelang hujung tahun ini.

Jurucakap kerajaan yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) semalam.

“Ini akan mula dikuatkuasakan insya-Allah pada hujung tahun ini. Pihak MCMC akan susuli dengan maklumat yang lebih terperinci. Ini hasil daripada keputusan mesyuarat MED4IRN semalam.

“Langkah itu dijangka dikuatkuasakan menjelang hujung tahun ini, mungkin pada November ataupun Disember,” katanya pada sidang media mingguan, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media tempatan yang mendedahkan platform media sosial TikTok sukar membendung kehadiran pengguna di bawah usia 13 tahun sekiranya sistem pendaftaran kad sim masih lemah.

Menurut Fahmi, kadar pendaftaran kad SIM prabayar menggunakan satu nama ketika ini tidak terkawal dan membimbangkan.

“Kita akan menilai aspek-aspek termasuk pada waktu ini jumlah kad SIM yang boleh didaftar atas satu nama, kita dapati adalah sangat tinggi.

“Contohnya seseorang itu boleh mendaftar dengan satu telco sebanyak lima kad SIM. Kalau kita ada 12 telco, maksudnya seseorang itu sendiri boleh ada 60 kad SIM.

“Tapi aspek ini yang kita sedikit risau kerana memang kalau hasrat kita adalah untuk memastikan aspek keselamatan termasuk bagi pengguna media sosial,” katanya.

Katanya lagi, langkah untuk mewajibkan syarikat telekomunikasi menggunakan sistem My Digital ID dalam pendaftaran kad SIM prabayar boleh mengatasi kelompangan itu.

“Jadi pendaftaran nombor-nombor telefon ini juga merupakan salah satu cara untuk kita tutup lubang, menutup kelompangan,” katanya lagi.

Artikel : MalaysiaGazette
 
Back
Top
Log in Register