BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Rakyat nikmati 5G bermula akhir tahun 2021

5G tawar potensi besar

Morten_Bangsgaardss_1573717208.jpg

PENGERUSI MCMC , Al Ishsal Ishak (tengah) bersama CTIO Maxis , Morten Bangsgaard (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Aquaria KLCC, Datuk Simon Foong (kanan) bergambar bersama gimik pelancaran Maxis Pengalaman realiti terimbuh (AR) pertama Malaysia kehidupan marin bersama 5G Maxis di Aquaria KLCC. - Foto NSTP/Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Teknologi 5G yang bakal mewujudkan peningkatan pelbagai aspek dalam kehidupan dan perniagaan menawarkan potensi besar kepada Malaysia untuk terus berkembang dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Ketua Pegawai Teknologi dan Informasi Maxis Bhd, Morten Bangsgaard, berkata syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi dan digital Malaysia komited untuk menawarkan inovasi 5G terbaik untuk dimanfaat oleh rakyat dan perniagaan.

“Teknologi 5G adalah rangkaian yang bakal mengupayakan penyelesaian pintar masa depan dan mengubah cara kita berkomunikasi dan mengalami sesuatu perkara secara dramatik.

“Walaupun masih dalam peringkat eksperimen, kami amat teruja dengan potensi teknologi baharu ini,” katanya kepada media selepas pelancaran pengalaman realiti terimbuh (AR) di AquariaKLCC, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak; dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Aquawalk Sdn Bhd, Datuk Simon Foong.

Maxis memulakan perjalanan 5G sejak beberapa tahun dengan menilai teknologi dan menjalankan ujian makmal.

Pengendali telekomunikasi tempatan itu turut menaik taraf rangkaian untuk menyokong kelajuan gigabait (GB) dan pada masa sama memajukan unsur rangkaian utamanya untuk fleksibiliti dan skalabiliti bagi memenuhi keperluan kapasiti teknologi berkenaan.

Februari lalu, Maxis dan Huawei memeterai perjanjian persefahaman (MoU)untuk bekerjasama dalam percubaan 5G sepenuhnya disusuli satu lagi perjanjian pada Oktober bagi peruntukan 5G.

Menerusi kerjasama itu, Maxis memulakan percubaan langsung 5G pertama di negara dengan mencatat kelajuan muat turun hampir 3Gbps.

Bangsgaard berkata, Maxis juga melancarkan beberapa demonstrasi lain di seluruh negara bagi mengupayakan teknologi berkenaan.

“Pameran di AquariaKLCC adalah demonstrasi kes gunaan 5G ketiga, selepas pameran di Putrajaya dan Persidangan Antarabangsa Ekonomi Digital Sarawak (IDECS) 2019, di Kuching Julai lalu.

“Lebih banyak kes gunaan dijangka dilancarkan termasuk di Langkawi dan Gamuda Cove,” katanya.

 
Teknologi 5G berupaya pacu kemajuan negara

Gobind_Singh_Deo_4_1573915709.jpg

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo (dua dari kanan) dan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari (dua dari kiri) merasmikan Majlis Perasmian Rumah Digital Anjung Gapam, Bemban. Turut kelihatan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew (kiri) serta Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Kerk Chee Yee (kanan). - NSTP/Khairunisah Lokman

JASIN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjangka ‘roll out’ teknologi 5G dapat dilaksanakan menjelang pertengahan tahun depan di beberapa kawasan, terutama membabitkan sektor industri yang memerlukan perkhidmatan teknologi berimpak tinggi itu.

Menterinya, Gobind Singh Deo, berkata kementeriannya sedang menunggu laporan lengkap berhubung penggunaan teknologi itu itu sebelum ia dikemukakan kepada Kabinet bagi mengkaji keberkesanan penggunaannya pada masa depan.

“Kita memulakan projek perintis 5G pada Mei lalu, dengan laporan awalnya sudah dikemukakan. Bagaimanapun, kita sedang menunggu laporan lengkap untuk dikemukakan kepada Kabinet bagi penggunaan teknologi berkenaan.

“Kita juga memerlukan satu dasar nasional bagaimana untuk melancarkan perkhidmatan teknologi 5G. Buat masa ini, ‘roll out’ teknologi 5G akan dilaksanakan di sesetengah kawasan, terutama membabitkan sektor industri yang memerlukan perkhidmatan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Rumah Digital Anjung Gapam, Bemban, di sini hari ini yang dirasmikan Ketua Menteri, Adly Zahari.

Hadir sama Pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM), Rosli Man; Ketua Pegawai Eksekutif TM ONE, Ahmad Taufek Omar dan Pengarah Urusan Bintang Urusjuta (M) Sdn Bhd, Yeow Ho Lock.

Sementara itu, Gobind berkata, pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) adalah umpama membina lebuh raya digital yang memacu pembangunan serta kemakmuran ekonomi kepada semua rakyat, termasuk di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Beliau berkata, kerajaan turut menjangkakan dalam tempoh lima tahun ke hadapan, 90 peratus kawasan di seluruh negara dijangka mempunyai akses sambungan internet berkelajuan tinggi, sekali gus menepati Pelan Strategik NFCP.

“Teknologi pada masa depan bergantung kepada pelan strategik NFCP. Sebab itu, salah satu penekanan NFCP untuk memastikan pembangunan baharu pada masa depan, termasuk perumahan, memberi tumpuan kepada sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi.

“Di Parlimen, memang sudah nyatakan kalau boleh di peringkat pusat, kita hendak keluarkan undang-undang yang mewajibkan semua rumah baharu mempunyai sistem jalur lebar sebelum diberi kelulusan. Akses internet kini sepenting kemudahan air dan elektrik,” katanya.

Pada majlis yang sama, TM ONE dan Bintang Urusjuta (M) Sdn Bhd, pemaju rumah Taman Anjung Gapam turut menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bagi pelantikan TM ONE sebagai rakan strategik untuk pelaksanaan rumah digital di Taman Anjung Gapam.

Ia sekali gus menjadikannya projek perumahan pertama di negeri ini yang akan menikmati pengalaman rumah digital melalui sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Sementara itu, Adly dalam ucapannya, berkata kerajaan negeri sedang mempergiat usaha menambah baik rangkaian komunikasi dan infrastruktur yang mantap melalui penyediaan rangkaian gentian optik menyeluruh di seluruh negeri.

“Saya percaya, TM sebagai penggerak Malaysia Digital dengan infrastruktur rangkaian dan penyelesaian digital yang mantap, boleh membantu hasrat kerajaan negeri melonjakkan Melaka khasnya dan Malaysia amnya seiring dengan ledakan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0),” katanya.

 
Kalo macam sg ke senangla sebab negara kecik.. sini payah kot nak meluas, bukit hutan banyak bole kacau signal. Campur pulak ada segelitir golongan yang protes kalo nak pasang menara pemancar tu konon kena kanser bagai. Orang nak pasang menara ko bising, signal takde line tenet slow pon ko bising. Aptb
 
Kelajuan nanti level 5G ... tapi kuota internet dari telco2 dalam 10 gb :cry::cry::cry:
 
TM sertai projek demonstrasi 5G
TM_1575538382.jpg


KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Berhad (TM) sedang melaksanakan infrastruktur 5G di negara ini dengan menyertai projek demonstrasi 5G oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Projek demonstrasi ini adalah untuk TM menguji ciri-ciri 5G, meneroka sistem teknologi 5G dan menilai cara terbaik untuk melaksanakan infrastruktur 5G seluruh negara.

Syarikat merancang untuk menguji pelaksanaan rangkaian teras 5G bersepadu yang membolehkan ketersediaan bersama

rangkaian bukan kendiri (NSA) dan rangkaian kendiri (SA).

SA adalah masa depan pelaksanaan rangkaian 5G dan demonstrasi ini penting untuk mempercepatkan pelancaran 5G di Malaysia.

Ke arah itu, TM menerusi cabang penyelesaian perniagaan bagi perusahaan dan sektor awamnya, TM ONE, baru-baru ini telah memulakan demonstrasi 5G di Subang Jaya bersama-sama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi menguji penyelesaian-penyelesaian 5G iaitu



Lampu Isyarat Pintar, Keselamatan & Sekuriti Pintar serta Parkir Pintar.

Selain itu, TM turut memperluaskan projek demonstrasi 5G ke Pulau Langkawi dengan demonstrasi lebih banyak kes-kes gunaan 5G.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin, berkata pelaksanaan penyelesaian pintar dipacu 5G yang teruji

serta terbukti di Subang Jaya dan Langkawi adalah bukti komitmen kami dalam mempercepat penawaran perkhidmatan 5G di seluruh negara.

“Ini sebagai sokongan kepada usaha SKMM menjayakan harapan insan ke arah mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat,” katanya.

 
TM sertai projek demonstrasi 5G
TM_1575538382.jpg


KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Berhad (TM) sedang melaksanakan infrastruktur 5G di negara ini dengan menyertai projek demonstrasi 5G oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Projek demonstrasi ini adalah untuk TM menguji ciri-ciri 5G, meneroka sistem teknologi 5G dan menilai cara terbaik untuk melaksanakan infrastruktur 5G seluruh negara.

Syarikat merancang untuk menguji pelaksanaan rangkaian teras 5G bersepadu yang membolehkan ketersediaan bersama

rangkaian bukan kendiri (NSA) dan rangkaian kendiri (SA).

SA adalah masa depan pelaksanaan rangkaian 5G dan demonstrasi ini penting untuk mempercepatkan pelancaran 5G di Malaysia.

Ke arah itu, TM menerusi cabang penyelesaian perniagaan bagi perusahaan dan sektor awamnya, TM ONE, baru-baru ini telah memulakan demonstrasi 5G di Subang Jaya bersama-sama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi menguji penyelesaian-penyelesaian 5G iaitu



Lampu Isyarat Pintar, Keselamatan & Sekuriti Pintar serta Parkir Pintar.

Selain itu, TM turut memperluaskan projek demonstrasi 5G ke Pulau Langkawi dengan demonstrasi lebih banyak kes-kes gunaan 5G.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin, berkata pelaksanaan penyelesaian pintar dipacu 5G yang teruji

serta terbukti di Subang Jaya dan Langkawi adalah bukti komitmen kami dalam mempercepat penawaran perkhidmatan 5G di seluruh negara.

“Ini sebagai sokongan kepada usaha SKMM menjayakan harapan insan ke arah mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat,” katanya.


Berangan la TM nie

Boleh telan air liur je la kat tempat aku

Nak dapat 4G pon susah... phone kena set data 3G ja... kalau set 4G data slow dari 3G

celcom yg dok gah liputan 4G terluas tu, boleh gah coverage je la.. kualiti data 4G hampeh

Yang Unifi pulak data nak LTE... kalau area xdak LTE pakai 3G jenuh beli data mahal...
 
jgn risau, selagi Gobind yang jadi menteri. ISP2 ni semua mesti kecut.

cuma risau 2023 tu, kan PRU 15.. kalau PH jatuh, dapat kat menteri baru.. TM kembali ke takuk lama menindas rakyat.
 
Selangor sedia jadi negeri pintar berkeupayaan 5G
Amirudin_Sharis_1576143282.jpg

DATUK Seri Amirudin Shari bercakap kepada wartawan selepas majlis menandatangani Memorandum Kolaborasi bagi projek Demo 5G antara TM One dan Majlis Perbandaran Subang Jaya di Hotel Empire. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

SUBANG JAYA: Kerajaan Selangor akan menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi tempoh lima tahun sebagai pemangkin mempercepatkan pelaksanaan pelan tindakan memajukan Selangor menjadi negeri pintar menjelang 2025.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata bagi melaksanakan sasaran itu, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM50 juta di bawah inisiatif Smart Selangor yang akan memfokuskan kepada segmen keselamatan.

Katanya, sepanjang tempoh itu, pihaknya menjangkakan sekitar 2,000 hingga 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) akan ditempatkan di beberapa lokasi serta menaik taraf pusat kawalan dengan menempatkannya semula supaya memiliki kemudahan atau sudut penganalisaan yang lebih jitu bagi data yang dikumpulkan.

“Untuk tahun depan, kami akan fokuskan kepada keselamatan iaitu memasang CCTV yang berupaya mengenal pasti wajah, reka bentuk imej rakaman serta pemantauan keselamatan bagi tujuan kawalan keselamatan dan pencemaran.

“Bahkan, kerjasama Telekom Malaysia Bhd (TM) dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada hari ini turut mencatat sejarah sebagai lokasi terawal yang dipilih oleh kerajaan pusat untuk menjalankan ujian rangkaian telekomunikasi termaju 5G di SS15.

“Ia sekali gus membantu kerajaan negeri meningkatkan penggunaan 5G sejajar sasaran negeri pintar menjelang 2025 dan kami anggap ia pengiktirafan kepada Selangor dan Subang Jaya yang kini menjadi antara kawasan pembangunan paling pantas,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu menyaksikan majlis memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) bagi pelaksanaan tiga aplikasi berkeupayaan 5G milik TM ONE iaitu penyelesaian Lampu Trafik Pintar berkeupayaan 5G, Parkir Pintar dan Keselamatan & Pengawasan Pintar di SS15.

Memorandum itu dimeterai oleh Naib Presiden Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Taufek Omar bagi pihak TM ONE; manakala MPSJ diwakili Yang DiPertuanya, Noraini Roslan.

Sementara itu, Pengerusi TM, Rosli Man, berkata aplikasi 5G yang dilaksanakan di semua lokasi Projek Demonstrasi 5G (5GDP) itu dipilih secara khusus untuk menangani cabaran tertentu dihadapi penduduk setempat dan pengguna di lokasi terbabit.

Katanya, menerusi projek 5GDP yang dilaksanakan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu, TM berharap dapat menunjukkan keberkesanan sistem integrasi 5G bagi menyelesaikan cabaran membangunkan Bandar Pintar di negara ini.

 
Back
Top
Log in Register