BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Rakyat Malaysia semakin gemuk

Malaysia negara gemuk​


IMG-20240629-WA0017.jpg


Oleh LAUPA JUNUS

Saya mengambil sedikit berita tersebut bagi membuka ruang bicara di sini menyentuh isu bahawa kita negara gemuk.

Perbincangan saya dengan dua pakar pemakanan sepakat bersetuju antara faktornya gaya hidup kita. Mungkin disebabkan kebolehcapaian kita kepada makanan dan jenis makanan yang kita ambil. Seorang pegawai diatetik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ahmad Huzaifah Usoh @Yusofff berkata, itu lah kenyataan yang wajar diterima rakyat Malaysia.

Beliau berkongsi maklumat bahawa Malaysia mengatasi Thailand dan Singapura, akan tetapi Malaysia merupakan nombor satu mempunyai rakyat obesiti dalam kalangan negara di Asia Tenggara.

Berkongsi lebih lanjut beliau berkata, gemuk kategorikan melalui Indeks Jisim Tubuh (IJM) atau Body Mass Indeks (BMI) melebihi 30 kg/m2.

Kata beliau, menurut data daripada National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019, dalam kalangan orang dewasa, seramai 19.7 peratus daripada rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti (BMI melebihi 30 kg/m2) manakala seramai 30.4 peratus mengalami masalah berlebihan berat badan (BMI antara 25kg/m2 – 29.9 kg/m2).

Bagi kanak-kanak dan remaja pula seramai 14.8 peratus mempunyai masalah obesiti dan 15 peratus mempunyai masalah berlebihan berat badan.

“Angka ini sebenarnya semakin meningkat tahun ke tahun dan sangat membimbangkan, “ ujarnya,

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, gemuk ditakrifkan sebagai berbadan besar sama ada disebabkan oleh banyak otot atau pun lemak manakala obesiti lebih ditakrifkan kegemukan disebabkan lemak yang berlebihan.

Menurut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO), obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang boleh memberikan kesan kepada kesihatan. Kebanyakan orang yang gemuk boleh dikategorikan sebagai berlebihan berat badan atau obesiti bergantung kepada kategori BMI

Seorang lagi pakar pemakanan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Dr. Barakatun Nisak Mohd. Yusof berkata, antara faktor adalah corak pemakanan yang tidak sihat, tinggi gula. tinggi lemak dan padat kalori serta senaman tidak dibuat secara konsisten yang menjadi faktor asas kepada peningkatan berat badan.

Menurut Ahmad Huzaifah pula , terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah kegemukan.

Punca utama adalah makan dan minum secara berlebihan melebihi keperluan tenaga seharian. Setiap individu mempunyai keperluan tenaga harian yang berbeza. Sekiranya pengambilan tenaga berlebihan daripada keperluan, berat badan akan meningkat.

Punca kedua adalah kurangnya melakukan aktiviti fizikal. Teknologi yang semakin berkembang menyebabkan rakyat Malaysia menjadi semakin malas. Ramai orang lebih suka menghabiskan masa di platform sosial media berbanding melakukan senaman, bersukan dan aktiviti fizikal yang lain.

Punca ketiga adalah pengambilan makanan dan minuman tural yang tinggi gula dan kalori. Kebanyakan makanan dan minuman tural di Malaysia tinggi kalori. Punca yang lain kurang mengambil buah buahan dan sayur-sayuran.

Faktor rakyat Malaysia kurang makan sayur menurut Baraktun Nisak antara lain disebabkan harganya mungkin lebih mahal. Begitu juga buah-buahan.

“Hanya lima peratus rakyat Malaysia makan buah-buahan dan sayur sayuran. Keadaan ini agak menyedihkan kerana buah-buahan dan sayur sayuran membekalkan serat yang penting sebagai khasiat makanan,“ ujarnya.

Dalam masa sama, beliau juga kecewa dengan sikap rakyat Malaysia yang suka makan lewat malam sedangkan tabiat yang disyorkan adalah makan tiga atau empat jam sebelum tidur, tetapi bukan bermakna boleh makan pukul 11 malam sekiranya kebiasaan akan tidur pukul 4 pagi. Tabiat lewat tidur ini juga bukan amalan yang baik.

Ahmad Huzaifah pula mengingatkan rakyat Malaysia supaya mengamalkan konsep pinggan sihat Malaysia iaitu suku suku separuh dalam pengambilan makanan.

Suku bahagian adalah sumber karbohidrat seperti nasi, roti, mi, bihun dan pasta. Suku bahagian juga membabitkan sumber protein seperti ikan, ayam, udang, daging, telur dan separuh adalah sayur dan buah.

Namun, sekiranya telah menghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan pelbagai penyakit kronik yang lain, disyorkan supaya berjumpa dengan Pegawai Dietetik di hospital atau Klinik Kesihatan bagi mendapatkan nasihat pemakanan yang lebih khusus kepada penyakit yang ada. Lakukan juga aktiviti fizikal dengan lebih kerap bagi memastikan badan sentiasa cergas dan sihat. Bersetujukah kita dengan cara yang disarankan pakar pemakanan tersebut.

Ini kerana pelbagai risiko boleh dihadapi apabila kita gemuk. Penyakit tidak berjangkit atau non communicable disease (NCD) adalah risiko utama yang boleh kita dapat. Contoh NCD adalah penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sakit buah pinggang. Selain itu, obesiti juga boleh menyebabkan strok, kematian pramatang, masalah pernafasan, gangguan psikologi dan masalah kesuburan.

Apakah akan berlaku jika ramai rakyat kita gemuk.? Produktiviti mungkin menurun dan semakin ramai menghidap penyakit NCD.

Ini akan menjadikan kos penjagaan kesihatan akan meningkat kerana pelbagai penyakit boleh dihidapi oleh mereka yang mempunyai masalah obesiti.

Ini boleh memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Ini secara langsung atau tidak langsung akan mempengaruhi produktiviti negara. Justeru apa yang disarankan Kementerian Kesihatan bagi menyedarkan rakyat Malaysia supaya menjaga pemakanan perlu diikuti. Tugas kita adalah mengikut saranan yang diberikan.

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah mengubah corak pemakanan kepada cara yang lebih sihat. Kita tidak sepatutnya mencontohi tabiat buruk warga Russia itu yang tidak menjaga pemakanan.

Memang perbuatannya sudah melampau atau kita menjadi lebih teruk berbanding dia iaitu hidup untuk makan bukan makan untuk hidup. Ketika ini seorang daripada dua rakyat Malaysia gemuk dan diharap angka itu tidak bertambah.

Meskipun kita banyak melakukan aktiviti fizikal termasuk yang menjadi kecenderungan sekarang menari di hadapan telefon pintar bagi melayan aplikasi tiktok kita, ia tidak dianggap aktif menjalankan aktiviti fizikal kerana ia bukan perbuatan konsisten.


 
Kajian dah ada.
Result dah ada.
Bukti dah ada.
Buatlah tindakan mencegah.
Ke memang dibiarkan supaya ada pihak boleh mengaut untung?
Hospital? Insurance? Tokey gula?

Tindakan mencegah mcm mana bang?

Naikkan harga gula sekilo rm100?

Mahalkan harga fast food?

Org Malaysia ni kaya raya masalahnya.
 

Tiada kenaikan harga gula - Fuziah​


2708462.jpg

Fuziah

SUNGAI BAKAP - Tiada sebarang kenaikan harga gula yang akan dibuat setakat ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh bagi menjawab spekulasi kenaikan harga bahan itu susulan permintaan pihak industri.

Menurutnya, pihak industri memohon kenaikan itu dengan alasan mereka mengalami kerugian sebanyak 88 sen bagi setiap kilogram gula yang dikeluarkan.

"Mereka mohon untuk naikkan harga tapi apa yang kerajaan buat adalah berikan subsidi bernilai RM42 juta sebulan kepada syarikat-syarikat gula ini untuk stabilkan bekalan.


gula putih --> tenaga ,-- tidak digunakan = lemak gemuk oversiti
 
Back
Top
Log in Register