BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakan Niaga SARA Di Seluruh Negara Meningkat Kepada Lebih 14,000 Kedai - Amir Hamzah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141

Rakan Niaga SARA Di Seluruh Negara Meningkat Kepada Lebih 14,000 Kedai - Amir Hamzah​

c4de9cc149b8c846dcb9aae9138bf85b6a802098d947b

f463e1b33f324e15474f71117191c5936a8020c3c3dfe

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 14,068 kedai setakat 7 Ogos, berbanding hanya sekitar 700 premis semasa program itu mula diperkenalkan pada 2024.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata peluasan rangkaian rakan niaga berkenaan amat penting, bagi memastikan bantuan tunai bersasar yang disediakan kerajaan dapat diakses secara mudah, pantas dan lebih dekat dengan komuniti setempat.

“Kerajaan berusaha melebarkan jaringan rakan niaga SARA di seluruh negara, supaya bantuan yang disediakan ini bukan sahaja dapat ditingkatkan nilainya, tetapi juga mudah diakses oleh semua penerima.

“Inilah pendekatan kerajaan bukan sekadar menyediakan bantuan, tetapi memastikan bantuan itu benar-benar sampai, boleh digunakan dan memberi manfaat kepada kehidupan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan SARA di Pulau Bum Bum dekat sini hari ini.

Amir Hamzah berkata daripada jumlah keseluruhan Rakan Niaga SARA itu, sebanyak 1,495 premis beroperasi di Sabah, termasuk 32 kedai di Semporna dan 115 di Tawau.

Amir Hamzah berkata penggunaan SARA di Sabah amat memberangsangkan, apabila kadar perbelanjaan peruntukan SARA Bulanan mencapai RM501.2 juta, memanfaatkan sebanyak 815,689 penerima setakat 7 Ogos lepas.

Bagi kategori SARA Untuk Semua di Sabah pula, beliau berkata sebanyak RM158.9 juta peruntukan atau 88 peratus telah dibelanjakan oleh sebanyak 1.8 juta penerima dalam tempoh yang sama.

“Pencapaian transaksi tinggi di Sabah membuktikan lokasi terpencil, mahupun kekangan geografi tidak menjadi penghalang untuk rakyat menggunakan kredit bantuan yang disalurkan terus menerusi MyKad mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata liputan produk di bawah sistem SARA, telah ditingkatkan kepada lebih 140,000 jenis barangan keperluan asas merangkumi barangan dapur, perkakasan kebersihan diri serta produk makanan sejuk beku seperti ayam dan nugget.

 
Back
Top
Log in Register