kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,699
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,699
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
LG Perluas Rangkaian LG Subscribe Kepada 130 Kedai Di Seluruh Negara
LG Electronics Malaysia memperluas rangkaian runcit LG Subscribe kepada 130 kedai di seluruh negara, sekali gus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran sewa-beli peralatan pintar rumah di Malaysia di tengah-tengah peningkatan permintaan pengguna terhadap alternatif yang lebih fleksibel berbanding pemilikan konvensional.
Kedai terbaharu di Sunway Pyramid di sini menandakan pembukaan LG Subscribe Brand Store ke-130 syarikat itu sejak program itu diperkenalkan di Malaysia menerusi sebuah kiosk tunggal pada 2019.
Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia Justin Choi berkata pencapaian itu mencerminkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap LG Subscribe serta komitmen syarikat untuk membolehkan lebih ramai dapat menikmati pengalaman kehidupan di rumah lebih premium dengan cara yang lebih fleksibel dan mudah diakses.
“Apabila kami memulakan perjalanan ini, kami percaya rakyat Malaysia dapat menikmati teknologi canggih di rumah mereka tanpa perlu dibatasi oleh kos pemilikan semata-mata, sebaliknya disokong oleh perkhidmatan dan penjagaan yang berterusan.
“Pencapaian ini membuktikan pendekatan tersebut tepat dan memberi inspirasi kepada kami untuk terus melangkah lebih jauh,” katanya pada majlis pelancaran LG Subscribe Brand Store terbaharu syarikat itu di sini hari ini.
Beliau berkata rangkaian itu kini merangkumi 58 lokasi di Lembah Klang, 29 di kawasan Utara, 23 di kawasan Selatan, 15 di Sabah dan Sarawak serta lima di seluruh Pantai Timur, menjadikan LG Subscribe memiliki rangkaian pelan sewa-beli peralatan pintar rumah berjenama paling meluas di Malaysia.
Setiap kedai dilengkapi dengan Zon Perkhidmatan Penyelenggaraan khusus yang membolehkan pelanggan mengetahui tentang penjagaan selepas jualan, penggantian penapis dan servis penyelenggaraan, selain petugas kedai turut melaksanakan inisiatif penglibatan digital termasuk sesi TikTok Live semasa waktu kurang sibuk untuk melengkapkan pengalaman pelanggan di kedai.
Bersempena dengan pembukaan cawangan baharu itu, LG melancarkan Filter Drop Campaign iaitu program yang menggalakkan pelanggan pelan sewa-beli untuk menghantar penapis terpakai mereka ke LG Subscribe Brand Store untuk dilupuskan secara bertanggungjawab.
Pelanggan yang menyertai program itu akan menerima hadiah percuma sebagai sebahagian pelaksanaan inisiatif itu yang bertujuan mengurangkan pelupusan sisa yang tidak betul sambil menyokong amalan selepas jualan yang lebih mampan.