BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumlah Kedai Rakan Niaga SARA Meningkat Kepada 9,200 Premis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
ad36ae44d19df0b9158bd2826c85059768b41ab295b1f

KUALA TERENGGANU, 31 Ogos -- Warga Terengganu memanfaatkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 dengan membeli barangan keperluan harian semasa tinjauan di Mydin Kuala Terengganu hari ini.

Bantuan SARA sebanyak RM100 secara sekali beri kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas mula disalurkan melalui MyKad bermula hari ini, memberi manfaat kepada 22 juta rakyat dengan peruntukan RM2 bilion.

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jumlah kedai rakan niaga bagi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada 9,200 premis di seluruh negara setakat semalam (23 Nov), berbanding 700 premis pada 2024.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata angka itu merangkumi pelbagai kategori premis termasuk pasar raya, kedai runcit, kedai koperasi dan pasar mini di kawasan bandar, luar bandar serta pedalaman, sekali gus memastikan lebih ramai penerima mendapat akses mudah kepada bantuan SARA.

Beliau berkata setakat ini, lebih 5.3 juta penerima SARA telah menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan di premis berdaftar, mencerminkan kadar penggunaan hampir 99 peratus dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM4 bilion.

Lim berkata bagi mempermudah capaian terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman, pelaksanaan program SARA di lapangan turut digabungkan dengan program Jualan Rahmah.

“Melalui pendekatan ini, penerima bukan sahaja mendapat harga barangan yang lebih murah, malah boleh membeli keperluan asas menggunakan MyKad di premis rakan niaga SARA yang kebanyakannya terdiri daripada kedai runcit persendirian,” katanya pada sesi kamar khas Dewan Rakyat hari ini.

Lim menjawab soalan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) mengenai langkah kementerian bagi memastikan manfaat program itu turut dinikmati peruncit kecil di kawasan kampung.

Mengulas lanjut, beliau berkata penetapan premis rakan niaga SARA mengambil kira bilangan penerima di sesuatu kawasan termasuk penetapan jarak sekurang-kurangnya 10 kilometer bagi memastikan akses yang munasabah.

Pada masa sama, Lim berkata sesi libat urus bersama persatuan dan agensi berkaitan turut dijalankan bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada kedai runcit persendirian serta kedai korporat.

Mengenai syarat kelayakan rakan niaga SARA, beliau berkata premis perlu berdaftar dan berlesen secara sah, bersedia menerima bayaran menggunakan MyKad, memastikan stok barangan SARA mencukupi dan dilabel dengan kemas serta mematuhi aturan pembayaran ditetapkan.

 
Back
Top
Log in Register