BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pustakawan Maut Langgar Tiang

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
26.05.2019 - Sabak Bernam, Seorang pegawai perpustakaan awam daerah ini maut selepas motosikal ditunggangi terbabas lalu merempuh tiang telefon di Kampung Banting di sini hari ini.

Harun Mohamad, 57, beralamat Jalan Besar Pekan Sungai Haji Dorani meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dalam kejadian pukul 11 pagi itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Sungai Tengar dari Sungai Haji Dorani dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y100.

"Bagaimanapun, mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang telefon.

"Mangsa kemudian telah terperosok bersama motosikal pada rimbunan pokok pisang dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah untuk bedah disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

image.jpg


Berita asal http://www.kosmo.com.my/negara/pustakawan-maut-langgar-tiang-telefon-1.907703
 
Back
Top
Log in Register