BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesawat langgar tiang elektrik, terbalik di tempat letak kereta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
pesawat-langgar-tiang-elektrik.jpeg

Pasukan bomba memeriksa bangkai pesawat ringan yang terhempas di sebuah tempat letak kenderaan di negeri California. - KTLA

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang juruterbang cedera selepas pesawat ringan dikendalikannya melanggar tiang elektrik sebelum terbalik di sebuah tempat letak kenderaan di negeri California, lapor portal berita NBC Los Angeles.

Kejadian berlaku di kedai Alat Ganti Kenderaan O’Reilly, bandar San Fernando Valley, baru-baru ini.

Rakaman video kejadian dikongsi di media sosial menunjukkan orang awam cuba mengeluarkan juturerbang yang terperangkap di dalam kokpit dengan mengangkat bangkai pesawat.

Seorang anggota paramedik berkata, mangsa berada di luar pesawat selepas mereka tiba dan dia dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Juruterbang berusia dalam lingkungan 70-an itu merupakan satu-satunya orang di dalam pesawat jenis Cessna 172S Skyhawk 2007.

Ia dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Lapangan Terbang Whiteman sebelum terhempas, demikian menurut pihak berkuasa.

Nahas itu turut mencetuskan gangguan bekalan elektrik di kawasan sekitar lokasi kejadian akibat kabel putus. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register