BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesawat langgar tiang lampu, lori sebelum mendarat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
3510302.webp

Detik cemas yang dirakamkan kamera papan pemuka lori yang dirempuh pesawat tersebut. Foto Agensi

NEW YORK - Sebuah pesawat United Airlines yang membawa 231 penumpang dan kru terselamat daripada bencana besar pada Ahad ketika mahu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty.

Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memaklumkan Boeing 767 itu mendarat dengan selamat selepas tiba dari Venice, Itali.

Siasatan awal oleh Polis Negeri New Jersey mendapati tayar pendaratan dan bahagian bawah pesawat telah melanggar tiang serta lori di lebuh raya berkenaan.

"Tiada penumpang dilaporkan cedera, namun pemandu lori penghantaran dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," menurut pihak berkuasa.

Lori milik H&S Bakery yang terlibat kejadian itu tidak mengalami kerosakan besar selepas tayar pesawat komersial tersebut menghentam tingkap pemandu.

United Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan keselamatan penerbangan yang menyeluruh akan dilancarkan terhadap insiden tersebut dan kru penerbangan mereka telah digantung tugas sebagai sebahagian daripada prosedur ditetapkan. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register