BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesawat terbalik, seorang cedera

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Pesawat terbalik, seorang cedera​

pesawat-ragam-1.jpeg

SEBUAH pesawat terbalik di Lapangan Terbang Rocky Mountain kelmarin. - North Metro Fire

BROOMFIELD, COLORADO – Seorang individu cedera selepas pesawat ringan yang dinaikinya tergelincir dari landasan sebuah lapangan terbang di negeri Colorado, lapor portal berita 9News.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Rocky Mountain kelmarin.

Kru jabatan bomba North Metro Fire bergegas ke lapangan terbang selepas menerima laporan mengenai pesawat terbabas dari landasan sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan).

Setibanya di tempat kejadian, mereka menemukan sebuah pesawat enjin tunggal terbalik di kawasan rumput.

“Tiada asap atau api, manakala dua orang  yang berada di dalam pesawat  berjaya keluar tanpa bantuan.

“Seorang dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” kata North Metro Fire. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register