BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pusat tahfiz tutup, tenaga pengajar terpaksa jadi pemandu e-hailing

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266

Pusat tahfiz tutup, tenaga pengajar terpaksa jadi pemandu e-hailing​

02 September 2021

1189548.jpg

Ada madrasah tahfiz swasta yang terpaksa ditutup apabila tidak dapat menampung kos pengoperasian sejak PKP. Gambar kecil: Amirul Fadzly

MELAKA - Beberapa madrasah tahfiz swasta di negeri ini turut terkesan dan terpaksa mengambil tindakan penutupan apabila tidak dapat menampung kos pengoperasian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Melaka (PINTA Melaka), Amirul Fadzly Jamil berkata, berdasarkan maklumat yang diterima setakat Ogos lalu, tiga pusat tahfiz di daerah Alor Gajah dan dua di daerah Melaka Tengah terpaksa ditutup kerana tidak dapat bertahan akibat kekangan kewangan.

Menurutnya, kira-kira 70 hingga 80 peratus sumber kewangan utama adalah yuran pelajar tahfiz manakala 20 hingga 30 peratus hasil infak sama ada orang ramai mahupun orang perseorangan.

Katanya, terdapat madrasah masih dalam proses untuk berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) namun kerana masalah pertukaran status tanah dan juga keselamatan menyebabkan pendaftaran itu tertangguh.

“Setakat Ogos, tak sampai sepuluh madrasah yang terpaksa ditutup sepenuhnya namun apa yang membimbangkan jumlah itu mungkin akan meningkat sekiranya institusi itu masih tidak dibenarkan beroperasi.

“Kerana tiada sumber kewangan yang stabil, maka ada tenaga pengajar terpaksa ikhtiar sendiri termasuk menjadi penghantar makanan dan pemandu e-hailing untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Amirul Fadzly berkata, lebih membimbangkan pembelajaran secara dalam talian yang dilaksanakan hanya 20 peratus berkesan.

Menurutnya, terdapat juga pelajar hilang minat untuk belajar tahfiz kerana telah lama tidak membaca al-Quran dan sebagainya selain ketidakselesaan ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Kita juga terima rungutan ibu bapa apabila anak-anak yang PdPR punya adik-beradik ramai kerana tidak semua pelajar tahfiz berkemampuan,” katanya.

Amirul Fadzly berkata, pihaknya merayu Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Ketua Menteri dan MAIM agar membenarkan madrasah tahfiz di negeri ini beroperasi semula dengan pematuhan SOP yang ketat demi kelangsungan tenaga pengajar serta kewangan institusi itu.

Bantuan prihatin

Sementara itu di Kuantan, Kerajaan negeri Pahang membantu guru maahad tahfiz dan pondok di negeri ini melalui pemberian Bantuan Prihatin Pahang (BPP).

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, bantuan itu diperkenalkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi membantu rakyat negeri ini yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, punca pendapatan semua pihak termasuk maahad tahfiz dan pondok persendirian terjejas memandangkan ketika ini mereka tidak dibenarkan beroperasi secara bersemuka.

“Kebanyakan tenaga pengajar di sekolah pondok dan tahfiz persendirian mengharapkan sesi belajar berjalan seperti biasa untuk mendapat elaun, jadi bila tidak dapat beroperasi, mereka tidak ada sumber pendapatan,” katanya.

Syed Ibrahim berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai penutupan maahad tahfiz dan pondok setakat ini.

Sebaliknya, Syed Ibrahim berkata, kebanyakan maahad tahfiz dan pondok di Pahang tidak dibenarkan beroperasi disebabkan masalah Covid-19 bukannya akibat krisis kewangan.

“Kita perlu ingat bahawa kebanyakan sekolah pondok atau tahfiz adalah milik individu dan bukanlah diuruskan kerajaan Pahang, jadi kalau mereka tidak mampu dari segi kewangan, kita tidak boleh memberikan bantuan.

“Tapi kalau mereka (pemilik sekolah pondok dan tahfiz) berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), jadi mudahlah untuk kita pantau operasi mereka,” ujar beliau.

Masalah ni bukan masalah pusat tahfiz je, masalah semua sekolah swasta sebab gaji atau perbelanjaan sekolah harap yuran pelajar.......... Harap ada penyelesaian pada masalah macam ni.
 
cuba buat mengajaq online….
Aku Tanya guru tahfiz yg kat area sini, ada juga buat online tapi bila buat online cuma dlm 10% je pelajar, dan bila online depa charge yuran 20-30% je......... Tu yg boleh cover expenses
 
Aku respect guru2 sekolah tahfiz ni gaji bukan byk walaupun ada yg balik dari luar negara.............. Tapi depa boleh stay walaupun sekarang ni gaji tak sampai separuh
 
IMG_20210902_231852.jpg
.............
 
.................
IMG_20210902_232849.jpg
 
PH kalau matematik mmg fail sbb tu senang sgt kene tipu. Salah titik perpuluhan.. Tak tipu Bukan PH la

100 juta utk bantuan

Sementara itu, Mujahid berkata pada masa ini terdapat 205 institusi pondok, 1,026 sekolah tahfiz dan 1,880 sekolah agama negeri, rakyat, swasta dan persekutuan dalam data pihaknya.

satu sekolah agama dapat RM 32,144.00

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ma-rakyat-pondok-terima-peruntukan-RM100-juta

bantuan sekolah cina persendirian :

Dalam posting tersebut, Khairy turut berkongsi gambar Majlis Penyampaian Peruntukan 2019 Kepada Kolej Universiti New Era dan Sekolah Menengah Persendirian Cina yang dihadiri Gyan Eng dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.
Pada 6 Januari lalu, Nie Ching menyatakan, kementeriannya akan menyerahkan geran berjumlah RM12 juta kepada 60 buah sekolah persendirian Cina seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.

1 sekolah cina persendrian dapat 200k bantuan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...apat-peruntukkan-walau-tiada-dalam-Bajet-2019.

sbb tu biol sgt e-wallet 30 ringget nobita bagi kene triggered bantuan tak ikhlas nak bagi. hahahaha
 
Back
Top
Log in Register