combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) dan Institut Sukan Negara (ISN) telah menjalinkan kerjasama strategik bagi memperkukuh penjagaan dan pemulihan atlet, dengan tumpuan kepada rawatan khusus, penjagaan pembedahan, rehabilitasi serta sokongan untuk atlet negara dan ahli profesional sukan untuk kembali ke sukan dengan selamat.
Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) dan Institut Sukan Negara (ISN) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi merasmikan kerjasama strategik, yang bertujuan memperkukuh penjagaan kesihatan atlet dan ahli profesional sukan melalui penjagaan lebih lancar, selaras dan khusus.
Dalam satu kenyataan, SMCV memaklumkan bahawa MoU itu mencerminkan komitmen bersama kedua-dua institusi untuk menyokong atlet dan petugas ISN.
Kerjasama itu juga merangkumi keperluan perubatan menyeluruh, yang memberikan penekanan khusus kepada intervensi pembedahan, rehabilitasi dan pemulihan pascapembedahan untuk memastikan mereka dapat kembali bersukan dengan selamat.
“Teras utama kerjasama ini adalah matlamat bersama untuk menyediakan pengalaman penjagaan kesihatan yang holistik kepada atlet serta petugas ISN, dan memastikan mereka mendapat akses kepada rawatan, rehabilitasi dan sokongan pemulihan yang diperlukan pada masa yang tepat.
“Ia turut mewujudkan satu rangka kerja bagi kerjasama klinikal yang lebih erat, rujukan dua hala serta perkongsian ilmu yang berterusan antara doktor pakar SMCV dan pasukan sains sukan serta perubatan ISN,” menurut kenyataan itu.
Majlis MoU itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMCV Puan Susan Cheow dan Pengarah Perubatan merangkap Pakar Perunding Perubatan Kecemasan di SMCV Dr Wee Tong Ming, delegasi Pakar Perunding Bedah Ortopedik dan Trauma SMCV, iaitu Dr Chang Kok Chun serta Dr Ng Swee Soon, dan Dr Yuen Jin Chuan yang juga Pakar Bedah Artroplasti
Turut hadir ialah Pakar Bedah Sukan SMCV Dr Aminudin Mohamed Shamsudin dan Dr Raymond Yeak Dieu Kiat, serta Pakar Perunding Dermatologi Datin Dr Nur Ashikin Ahmad.
Mewakili ISN ialah CEO ISN Dr Vellapandian Ponnusamy, Pengarah Bahagian Sains Sukan Dr Mohamad Fajar Mohamed Kasim, Ketua Jabatan Penjagaan Sukan Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim, Ketua Jabatan Perubatan Sukan Dr Amir Azwan Bin Azman, Ketua Jabatan Rehabilitasi Muhd Noorfaizalazrul Muhammad Azalai, dan Ketua Pusat Pengurusan Perubatan Sukan Nor Azian Khalid @ Abd Malek.
Menurut SMCV, atlet dan petugas ISN yang layak akan mendapat manfaat, termasuk rawatan pesakit luar dan kemasukan ke hospital, pemulihan pascapembedahan, perkhidmatan radiologi seperti ujian MRI, imbasan CT dan sinar-X, penjagaan ortopedik bagi masalah tulang, kecederaan sukan, sendi dan otot, serta perkhidmatan dermatologi untuk penyakit kulit yang berkaitan sukan.
Pusat Perubatan Sunway Velocity, ISN Meterai Kerjasama Perkukuh Penjagaan Dan Pemulihan Atlet
SMCV, ISN, kerjasama strategik, atlet, penjagaan,