combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pulau Pinang Mampu Capai Sasaran 10 Peratus Tenaga Boleh Baharu Menjelang 2030 - Chow
Kredit: FB - Chow Kon Yeow
Pulau Pinang berada dalam landasan yang tepat dalam pelaksanaan peralihan tenaga boleh baharunya, dengan tenaga bersih itu kini menyumbang kira-kira enam peratus daripada campuran tenaga negeri.
Oleh itu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri yakin dapat meningkatkan penggunaan dalam tenaga boleh baharu sebanyak 10 peratus menjelang 2030 di bawah Rangka Kerja Tenaga Pulau Pinang, selain meningkatkan kecekapan tenaga sebanyak 25 peratus menjelang 2030.
“Kami yakin dapat mencapai sasaran 10 peratus yang ditetapkan, dan apabila ia berjaya dicapai, kami akan menetapkan sasaran yang lebih tinggi bagi memacu peralihan tenaga bersih kami,” katanya ketika melancarkan Fasa 2 Projek Pemasangan Solar di Renesas Semiconductor (Malaysia) Sdn Bhd (Renesas) di sini hari ini.
Beliau berkata projek tenaga boleh baharu yang melibatkan pemain industri itu penting dalam menyokong agenda kemampanan negeri, sambil menambah bahawa pemasangan solar Renesas tersebut menunjukkan bagaimana perniagaan boleh memperkukuh daya saing sambil menyumbang kepada kemampanan alam sekitar.
Projek itu melibatkan pemasangan panel solar di tempat meletak kereta yang dijangka menjana elektrik boleh baharu bagi operasi harian syarikat itu, sambil mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak kira-kira 720 tan setahun, sekali gus menyokong komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) syarikat serta matlamat iklim negeri.
Chow berkata langkah Renesas itu akan meningkatkan kecekapan tenaga, mengurangkan kos operasi dan mewujudkan nilai jangka panjang bagi perniagaan, di samping mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab utama bagi pembuatan yang mampan dan industri bernilai tinggi.
Katanya, kerajaan negeri akan terus menyokong pihak industri dalam menerapkan amalan pembuatan yang mampan menerusi Program Industri Hijau Pulau Pinang (PGIP), dengan inisiatif Pemboleh Transformasi Hadapan Industri Lestari dan Holistik (SHIFT Enable).
Inisiatif itu menyediakan akses kepada Dana Mitigasi Iklim (CM) untuk membantu syarikat, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bagi memperkukuh amalan ESG dan menambah baik pengurusan karbon.
“Projek oleh Renesas hari ini merupakan contoh terbaik mengenai bagaimana industri boleh membantu menyokong agenda kemampanan negeri.