BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sabah Sasar Jana 1,200 MW Tenaga Boleh Baharu Menjelang 2030

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Sabah Sasar Jana 1,200 MW Tenaga Boleh Baharu Menjelang 2030​

a780c2da660b39aff5c759670c1b24d26a5d9ab39e103

Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman Datuk Seri Hajiji Noor ketika menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Bangunan DUN Sabah hari ini.

Sabah menyasarkan kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu meningkat hampir empat kali ganda daripada 307 megawatt (MW) ketika ini kepada kira-kira 1,200 MW menjelang 2030, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata peningkatan itu dijangka membolehkan tenaga boleh baharu merangkumi kira-kira 37 peratus daripada keseluruhan campuran kapasiti penjanaan elektrik negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri menetapkan hala tuju berkenaan menerusi pelaksanaan inisiatif strategik di bawah Pelan Induk Tenaga Negeri, Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040 (SE-RAMP 2040).

“Fokus Kerajaan Negeri adalah meningkatkan pembangunan kapasiti Tenaga Boleh Baharu secara berperingkat melalui penambahan kapasiti sumber solar berskala besar, hidroelektrik, tenaga angin, biojisim berserta teknologi penyimpanan tenaga bagi memastikan kestabilan sistem grid untuk memitigasikan isu intermittency tenaga boleh baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (BN-Sook) juga juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengenai hala tuju kerajaan negeri dalam meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu.

Hajiji berkata antara projek strategik yang sedang dan akan dilaksanakan ialah projek solar berskala besar berjumlah 450 MW, merangkumi 200 MW yang kini dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap antara penghujung tahun ini hingga awal 2027.

Beliau berkata tambahan kapasiti solar sebanyak 250 MW sedang melalui proses bidaan dan disasarkan siap pada 2028, manakala projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri berkapasiti 200 MW/400 MW jam dijangka siap pada tahun sama.

Selain itu, projek penjanaan tenaga angin berkapasiti 100 MW dijangka siap pada 2029, manakala Projek Hidroelektrik Upper Padas berkapasiti 187 MW dan Projek Hidroelektrik Oriole Padas berkapasiti 162 MW dijadualkan siap pada 2030.

“Selanjutnya, Kerajaan Negeri yakin sasaran 50 peratus pada tahun 2035 dapat dicapai melalui projek Tenaga Boleh Baharu yang telah dikenal pasti sambil memastikan bekalan elektrik Sabah kekal mencukupi, stabil dan berdaya harap serta mampu milik selaras dengan aspirasi peralihan tenaga negeri,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register