BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pukul anak tiri hingga mati hanya kerana terjatuhkan sabun

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
3487702.webp

Wanita yang memukul anaknya sehingga maut itu ditahan dan mengaku melakukan jenayah tersebut.

PHNOM PENH - Perbuatan seorang wanita di Kemboja yang memukul anak tirinya hingga maut akhirnya terbongkar.

Suspek berusia 24 tahun itu naik angin hanya kerana mangsa yang berumur dua tahun terjatuhkan sabun secara tidak sengaja.

Menurut laporan media, dia menendang dan menolak tubuh kecil budak lelaki tersebut ke dinding.

"Wanita itu turut mencubit dan memukul tubuhnya beberapa kali hingga lembik.

"Dia mula panik setelah melihat wajah anak tirinya menjadi pucat dan segera membawanya ke hospital berhampiran tetapi doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia," menurut laporan itu.

Bagi menghapuskan bukti perbuatan jenayahnya, wanita itu membawa jasad budak tersebut ke sebuah kuil untuk upacara kremasi (pembakaran).

"Dia mendesak ketua biara untuk menyegerakan adat tersebut.

"Ketua biara itu yang berasa curiga bertindak melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa," jelas laporan berkenaan lagi.

Wanita itu kemudiannya ditahan dan mengaku melakukan jenayah itu.

Hasil bedah siasat pula mendapati kematian mangsa berpunca daripada buah pinggangnya pecah. - Agensi

 
Bile sifat amarah menguasai...
Hilang semua pertimbangan & perikemanusiaan....
 
Back
Top
Log in Register