BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukuman Mati Bekas Cef Dikekalkan Kerana Bunuh Anak Tiri Berusia Empat Tahun

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Hukuman Mati Bekas Cef Dikekalkan Kerana Bunuh Anak Tiri Berusia Empat Tahun​

8cbb47a1572ceed486fa1e9e5c446c3267791d2f8f4d5


Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap seorang bekas cef atas kesalahan membunuh anak tiri lelakinya berusia empat tahun pada 2015.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak rayuan terakhir Mohd Sazly Zamry terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

Rhodzariah ketika menyampaikan keputusan sebulat suara berkata perbuatan perayu (Mohd Sazly) membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang tidak berdosa adalah suatu perbuatan amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau berkata antara bukti yang turut memberatkan hukuman terhadap perayu ialah keterangan pakar patologi yang tidak dipertikaikan bahawa mangsa mengalami 29 kecederaan luaran pada badan dan kepala, yang tidak mungkin dilakukan oleh orang lain selain perayu.

“Kekejaman dilakukan terhadap mangsa yang tidak berdaya dan tidak berdosa itu sukar diterima akal serta sama sekali tidak boleh dimaafkan, amat keji dan zalim, sehingga bukan sahaja mengejutkan nurani kehakiman, malah turut menggugat hati nurani masyarakat secara keseluruhannya,” kata beliau.

Rhodzariah berkata hukuman mati adalah satu-satunya hukuman yang wajar dan setimpal dengan jenayah dilakukan Mohd Sazly, 49.

Terdahulu, beliau berkata sabitan terhadap Mohd Sazly adalah kukuh kerana pihak pendakwaan telah mengemukakan bukti keadaan yang kuat bagi membuktikan kesalahannya melampaui keraguan munasabah.

Rhodzariah berkata pada waktu kejadian, Mohd Sazly merupakan satu-satunya individu yang menjaga mangsa selama dua minggu ketika isterinya keluar bekerja, dan sepanjang tempoh itu mangsa sering menjadi sasaran penderaan secara lisan dan fizikal.

Beliau seterusnya berkata Mohd Sazly turut meminta bantuan jiran untuk membuang mayat kanak-kanak itu, dengan mendakwa mangsa telah dilanggar dalam satu kemalangan oleh seorang rakannya yang enggan dinamakan.

 
Back
Top
Log in Register