BTC USD 86,692.7 Gold USD 4,343.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

puasa hari arafah

y ambe dgr dr guru harun din dan kuliah ustaz halim 13 oktober baru ni, sesiapa y berpuasa pd hari arafah d ampunkan dosanya selama dua tahun..tp bab ganjaran sesiapa y mengingatkan pd org lain tu, tu x d jumpa lg dlm mana2 hadis....wallahuallam...
 
insyallah esok bole la posa......

12038867_885980028160324_8746943789954689885_o.jpg


12036968_883445131747147_8797693084827051600_n.jpg
 
Kepada yg nak berpuasa tu..jgn lupa bersahur...n selamat menjalankan puasa sunat Arafah
 
sebenarnya 1 zulhijah sudah boleh stat puasa.
kalau malas sangat puasa arafah satu hari sudah ok dari tak buat langsung.
tahun ni best sebab hari arafah malaysia sama dengan arafah saudi. tak ada la berbalah macam tahun lepas.
 
Jom puasa sunat hari ‘Arafah

Kelebihan puasa sunat hari ‘Arafah

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

“Puasa hari ‘Arafah, aku berharap kepada Allah supaya Dia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga setahun sesudahnya.”

(Sunan al-Tirmizi, no. 680, hadis hasan)

 
IMG_20220708_161722_570.jpg

PUASA ARAFAH

Daripada Abu Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, Apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah :
“Puasa pada hari tersebut (Hari Arafah) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”

Tarikh puasa sunat Arafah di Malaysia adalah pada 9 Julai bersamaan 9 Zulhijjah 1443H

Jangan lupa untuk berpuasa Arafah esok.
 

Puasa sunat Arafah Sabtu 9 Julai 2022​





Zulhijjah adalah bulan umat Islam menunaikan ibadat haji menunaikan rukun Islam kelima yang mana Aidiladha menjadi perayaannya - Foto hiasan
Zulhijjah adalah bulan umat Islam menunaikan ibadat haji menunaikan rukun Islam kelima yang mana Aidiladha menjadi perayaannya - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Sabtu 9 Julai bersamaan 9 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan, berkata masyarakat tidak perlu berpuasa mengikut kalendar Arab Saudi yang menetapkan 9 Zulhijjah iaitu Jumaat dengan sambutan Aidiladha sehari lebih awal, pada Sabtu depan.

"Memandangkan kita raya (Aidiladha) pada Ahad, 10 Julai sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, maka digalakkan puasa sunat Tarwiyyah (hari kelapan Zulhijjah) pada Jumaat dan puasa sunat Arafah pada Sabtu," katanya kepada BH.

Jamali mengulas kekeliruan sebilangan umat Islam mengenai tarikh puasa sunat Arafah sama ada perlu mengikut kalendar setempat atau kalendar Arab Saudi.



Jelasnya, bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari seperti Malaysia dan lain-lain, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.

"Negara kita yang terletak kira-kira 7,000 kilometer dari Arab Saudi mempunyai 'matla' (zon terbit matahari dan bulan) yang berbeza dan mempunyai kaedah falak yang jelas serta diperakui oleh ulama falak dalam menentukan tarikh penting dalam Islam," katanya.

Beliau juga berkata, setiap permasalahan yang timbul termasuk berkaitan penetapan tarikh puasa sunat Arafah dan sambutan Aidiladha diterangkan oleh ulama menerusi kitab mereka.

Mengenai penetapan puasa sunat Arafah, beliau memberitahu, terdapat dua pandangan mengenai ketetapan itu.

"Di Malaysia, kita mengikut pendapat kedua oleh Mazhab As-Syafie dan juga sebahagian ulama Malikiyyah seperti Ibnu Abdil, iaitu puasa sunat Arafah mengikut perkiraan melihat anak bulan Zulhijjah pada sesuatu negeri (iaitu tanggal 9 Zulhijjah itu sendiri)," katanya.

 

#1058 Puasa Hari Arafah Berdasarkan Hari Arafah di Makkah atau di Malaysia​


Posted on July 7, 2022 by DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Soalan


Assalamulaikum w.b.t. Kita dituntut untuk melakukan puasa hari Arafah sebagaimana fadhilat yang terdapat padanya, tetapi pada tahun ini berlakunya perbezaan tarikh hari arafah di Makkah dan juga di Malaysia. Oleh itu, hari yang mana satu yang perlu kita ikuti untuk mengambil fadhilat puasa hari Arafah? Mohon pencerahan


Jawapan

 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Arafah

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji

2.Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas

3.Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'Arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'Asyura` sama seperti puasa setahun. (Musnad Ahmad No: 21568)

4.Rasulullah SAW dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji, namun boleh sahaja untuk berpuasa.

سُئِلَ ابْنُ عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ مِنْ ابْنِ عُمَر

Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya. (HR Tirmizi No: 682) Status: Isnad Sahih

Marilah kita mengambil kesempatan untuk melaksanakan puasa sunat hari Arafah pada Rabu ini 28hb Jun 2023 bagi kita di Malaysia. Ayuh ingatkan ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan kita untuk merebut peluang yang hanya datang setahun sekali. Tahun depan belum tentu kita menemuinya.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

26hb Jun 2023
07hb Zulhijjah 1444H
 
Back
Top
Log in Register