BTC USD 81,085.5 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Celik Desa Platform Perkukuh Penguasaan 3M Murid Di Perlis

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
14,434
Joined
Jun 13, 2023
Messages
14,434
Reaction score
291
Points
146

Program Celik Desa Platform Perkukuh Penguasaan 3M Murid Di Perlis​

86aceec6046f46a38ca60572698e45106ad31c7a4bf95

ba491a31e67706edf55ad2917eb6a8f36ad31c8e47d3a

1b89ca826924f658e80c8752f8e1bd836ad31cab0130e


Pelaksanaan Program Celik Desa anjuran Pertubuhan Cinta Bangsa dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis menjadi platform memperkukuh penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid di negeri ini khususnya bagi mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik.

Penaung pertubuhan itu Prof Adjung Dr Khairul Anam Che Mentri berkata program yang bermula Ogos lepas itu melibatkan lima sekolah di kawasan Chuping dekat sini selain komuniti Siam di negeri itu susulan maklum balas penduduk kampung mengenai keperluan membantu murid yang masih menghadapi kesukaran menguasai kemahiran asas berkenaan.

“Lima sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Keteri, SK Batu Bertangkup, SK Panggas, SK Felda Chuping dan SK Guar Nangka. Setiap lokasi melibatkan hingga 25 murid dengan keutamaan kepada murid Tahap Dua, menerusi sesi pembelajaran secara bergilir yang memfokuskan bahasa Melayu dan Matematik,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata program itu dilaksanakan hasil perbincangan dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri berdasarkan maklumat dan data yang diperoleh bagi mengenal pasti murid yang memerlukan bantuan tambahan.

Khairul Anam berkata program di sekolah kini memasuki minggu kesembilan manakala pelaksanaan dalam kalangan komuniti Siam Kampung Guar Nangka bermula sedikit lewat dan disasarkan berlangsung selama lima bulan bagi memastikan murid terus mendapat bimbingan termasuk ketika cuti sekolah.

“Pendekatan pembelajaran lebih santai dan menyeronokkan turut diterapkan bagi menarik minat murid dengan kerjasama tenaga pengajar yang sanggup meluangkan masa pada hujung minggu untuk membantu mereka,” katanya.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Perlis Mohd Nazri Baharin pula berkata program berkenaan merupakan usaha kerjasama yang bermanfaat dalam meningkatkan penguasaan literasi dan numerasi murid khususnya dalam kalangan komuniti Siam di Guar Nangka.

Beliau berkata penguasaan bahasa Melayu yang baik penting bagi memastikan murid daripada pelbagai latar belakang dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Sementara itu, S.Sujatha, 37, berkata program itu memberi peluang kepada anak-anaknya mendapatkan bimbingan pembelajaran tambahan serta mengeratkan hubungan sesama murid dan tenaga pengajar.

 
Back
Top
Log in Register