BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prudential unit bagus x??

Jangan fikir insuran sebagai simpanan & jangan pula fikir simpanan sebagai perlindungan melainkan nilai simpanan anda melebihi keperluan perlindungan.
Sekiranya anda memikirkan insuran sebagai simpanan anda akan merasakan nilai simpanan anda mungkin kurang banyak daripada nilai bayaran anda..
tetapi anda perlu fikir perlindungan itu penting bagi menjamin wang simpanan anda selamat... tidak kira sama ada insuran am, insuran hayat & insuran kesihatan..

Begitu juga sekiranya untuk anak-anak... jangan fikir insuran sebagai education plan..
kalau betul-betul nak jadikan sebagai education plan..lakukan simpanan (solid investment) dalam syarikat insuran pun ada sever (yang akaun simpanan bukan akaun perlindungan) dan lindungi tabiat menyimpan kita tu...
agar syarikat insuran terus menyimpan untuk anak kita sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap kita..

betol2
nk melabur blei masuk asb
secure sikit
 

pasal setiap program ,konfirm ada risiko....

Saya sokong apa yang tuan tulis.

Sebab tu kita cuba merancang untuk meminimumkan risiko...risiko yang terlibat..tiada yang tiada risiko..

1)akaun simpanan - tidak memperolehi pulangan bila bank bankrap (tetapi memperolehi nilai simpanan sahaja yang terjamin).
2)amanah saham termasuk asb - tiada jaminan pada segalanya.
3) saham koperasi - tiada jaminan sekiranya koperasi tersebut bankrap (termasuklah dengan bank rakyat yang mampu bagi 15-20% setahun)
4) insuran - tiada jaminan sekiranya syarikat insuran tu bankrap (masa tu tak guna walaupun ada polisi bernilai 1 billion sekali pun)
5) Saham - tiada jaminan indek akan terus naik sahaja
6)Hidup sekali pun tiada jaminan - kita boleh tolong besarkan anak-anak samapai diorang berjaya.

Dalam kehidupan ini bila tiada jaminan (itu namanya risiko) even ada jaminan sekalipun belum tentu jaminan tu betul... jaminan yang pasti adalah :-

1) Yang hidup pasti mati
2) Yang muda pasti tua (itupun tak jamin-sempat ttua tak?)

Jadi perancangan untuk memperolehi yang terbaik itu adalah amat-amat diperlukan... Ikutla apa yang terbaik untuk diri sendiri..itu yang kita piley...:D
Mungkin yang pasti sekiranya kita membantu seseorang..insyaAllah ada yang akan membantu kita semasa kita susah..:-?
Bila kita memberi kesenangan kepada seseorang...insyaAllah kesenangan juga yang akan kita perolehi....
Tetapi kalau kita melakukan penganiyaan terhadap seseorang..tak mustahil suatu hari kita juga akan dianiaya..#:-S#:-S
 
ader fund islamic baru... dana ekuiti dinasti..
 
Back
Top
Log in Register