BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15: Kerusi yg dipertanding oleh Pas

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
1667098766989.png


PAS sahkan Abdul Hadi akan pertahan Marang

Diterbitkan: Oct 30, 2022 7:00 AM

Dikemaskini: 8:15 AM



PAS mengesahkan presidennya Abdul Hadi Awang akan mempertahan kerusi Parlimen Marang pada PRU15.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

"Saya tidak tahu pun desas-desus yang mengatakan dia tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini.
"Saya boleh mengesahkan di sini bahawa dia akan pertahankan kerusinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu, semalam.




Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Abdul Hadi tidak akan bertanding pada PRU15.
Pada PRU14, Abdul Hadi menang di Parlimen Marang dengan meraih 53,749 undi menewaskan dua pencabarnya daripada BN dan PKR.
-Bernama
 
N Balasubramaniam berkata hasrat itu selari dengan semangat setiakawan sayap itu dengan PAS kerana DHPP menjadi tulang belakang perjuangan parti.

PRU15: DHPP minta PAS peruntukan 3 Parlimen, 12 DUN, kata Balasubramaniam​





October 30, 2022 1:10 PM


4_BALASUBRAMANIAM_KETUA_DHPP_FMT_06092022.jpg


Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam bertanding di Parlimen Bentong pada PRU14.

JERANTUT: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) meminta diberikan tiga kerusi Parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada sayap parti itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bulan depan.

Pada PRU lalu, DHPP diberikan tiga kerusi Parlimen dan 18 DUN.

Ketuanya, N Balasubramaniam, berkata hasrat itu selari dengan semangat setiakawan sayap itu dengan PAS kerana DHPP menjadi tulang belakang perjuangan dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti sejak PRU14 lalu.

“Permintaan kami memadai memandangkan Johor dan Melaka sudah mengadakan pilihan raya negeri sebelum ini.




“Terserah pada PAS Pusat untuk menentukan kawasan mana boleh diletakkan calon sayap ini. Kami tetap yakin dan percaya dengan keikhlasan pemimpin PAS yang selama ini menjadi ‘sahabat’ akrab kami yang terdiri pelbagai kaum,” katanya menurut Berita Harian.
Balasubramaniam berkata, sehingga kini seramai 62,768 ahli DHPP seluruh negara memberikan sokongan penuh kepada perjuangan PAS untuk memastikan kemenangan parti di setiap kawasan yang ditandingi pada PRU15 nanti.

“Jika diberikan peluang bertanding atas tiket PAS, kami juga akan berusaha memenangi sekurang-kurangnya satu kawasan Parlimen dan beberapa DUN berasaskan peningkatan sokongan ahli serta bantuan daripada PAS sendiri,” katanya.

Balasubramianiam juga berhasrat mahu meletakkan calonnya sekali lagi untuk bertanding satu kerusi Parlimen dan DUN di Pahang pada PRU15.

“Kita akan berunding dengan PAS Pusat dan Pahang untuk meletakkan calon berkenaan, termasuk di tempat lain. Namun terserah kepada pucuk pimpinan PAS untuk buat keputusan nanti,” katanya.

Pada PRU14, Balasubramaniam bertanding atas tiket PAS di Parlimen Bentong dalam pertembungan tiga penjuru dengan calon DAP, Wong Tack dan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Liow Tiong Lain, namun memperoleh undi terendah.

Seorang lagi ahli DHPP, Kumar Silambaram bertanding di DUN Tanah Rata, juga tewas apabila hanya mampu memperoleh 600 undi berbanding calon DAP, Chiong Yoke Kong yang mendapat 8,821 undi dan calon MCA, Leong Tak Man yang meraih 5,232 undi.

Balasubramaniam yang juga Ketua DHPP Pahang dan Jerantut menyifatkan perancangan PAS untuk meletakkan calon dalam kalangan ahli sayap itu sekali lagi pada PRU15 sebagai satu penghormatan dan semangat setiakawan.

“Kita bersedia menggalas tanggungjawab seperti pada PRU14 lalu jika ahli kami diberi peluang bertanding PRU15. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang perbincangan atau pengesahan mengenai perkara itu daripada pimpinan PAS,” katanya.
 
Setiausaha agung PAS itu berkata, semua 17 Ahli Parlimennya berkhidmat dengan baik, tetapi ada yang digugurkan untuk memberi peluang kepada muka baharu.

Ada penyandang kerusi Parlimen akan digugurkan, kata Takiyuddin​





October 31, 2022 3:47 PM


TAKIYUDDIN_HASSAN_MP_PAS_KOTA_BHARU_KELANTAN_MENTERI_JPM_FMT_20052020-5.jpg


Takiyuddin Hassan berkata, penyandang yang tidak dicalonkan semula untuk PRU15 sudah diberitahu lebih awal dan mereka menerima dengan hati terbuka.

PETALING JAYA: PAS berkata, terdapat penyandang kerusi Parlimen yang tidak dicalonkan semula untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15), apabila senarai calonnya untuk lebih 60 kerusi diumumkan Rabu ini.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, penyandang yang tidak dicalonkan semula itu sudah diberitahu lebih awal dan mereka menerima dengan hati terbuka.

PAS kini menyandang 17 kerusi Parlimen.

“Bukan mereka tak bagus, kesemua 17 Ahli Parlimen PAS berkhidmat dengan baik, tapi kita mahu beri peluang kepada muka baharu, itu perkara biasa dalam parti,” kata menteri tenaga dan sumber asli sementara itu dipetik Bernama dalam sebuah majlis di Putrajaya.




Takiyuddin yang mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Bharu berkata, beliau percaya tidak ada penyandang yang merajuk atau bertindak di luar batasan, jika tidak dicalonkan semula.

“Dalam PAS kita berebut, bukan berebut kerusi, tapi berebut nak berundur (daripada bertanding).”
 
IMG-20221102-WA0003.jpg

1. Kuala Nerus: Ustaz Hisyamuddin Abd Karim

2. Besut: Dato' Sri Shamsuri Mukhtar

3. Kuala Terengganu: Haji Amzad

4. Setiu: Ustaz Shaari Zulkarnain

5. Marang: Ayah Chik

6. Hulu Terengganu: Rosol Wahid

7. Kemaman: Hanafiah Mat

8. Dungun: Ustaz Wan Hassan

#Rumours
 
Back
Top
Log in Register