BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersatu bertembung PAS, Wawasan di 8 kerusi

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Bersatu bertembung PAS, Wawasan di 8 kerusi​

64ac9162-tun-faisal-sanjeevan-hanifah-abu-baker-megat-d-shahriman-zaharudin-tile-170726.jpg

Tun Faisal Ismail Aziz, R Sri Sanjeevan, dan Mohamad Hanifah Abu Baker dan Megat D Shahriman Zaharudin antara calon Bersatu untuk PRN Negeri Sembilan.

Menurut senarai calon yang diumumkan, Bersatu akan bersaing dengan PAS di Serting, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang.

Bersatu juga akan bersaing dengan Parti Wawasan Negara di Klawang, Sikamat, Mambau dan Gemas.

Kelihatan Bersatu tidak akan bertembung dengan Gerakan mahupun Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

Bersatu meletakkan harapan kepada Tun Faisal Ismail Aziz di Sikamat, R Sri Sanjeevan di Jeram Padang, dan Mohamad Hanifah Abu Baker di Labu.

Turut diumumkan bekas presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Megat D Shahriman Zaharudin, bagi Seri Menanti.

Bersatu melangkah ke pilihan raya dengan lambang sendiri.

Dalam pada itu, FMT diberitahu oleh Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P Ramasamy, bahawa dua ahlinya bertanding atas tiket Bersatu, iaitu N Sarawanan (Mambau) dan R Mahendran (Seremban Jaya).

Negeri Sembilan akan ke peti undi pada 1 Ogos.

Berikut senarai penuh calon:
 
Back
Top
Log in Register