afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,224
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,224
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PAS pertahan semua kerusi, Hadi sifatkan SG4 ‘negeri pangkalan’
Presiden PAS Hadi Awang, berkata Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis (SG4) sebagai ‘negeri pangkalan’ mesti terus dikekalkan penguasaannya.
Presiden PAS Hadi Awang, berkata negeri tersebut mesti terus dikekalkan penguasaannya oleh parti itu.
“Setiap kerusi DUN dan Parlimen yang telah dimenangi pada PRU15 wajib dipertahankan, manakala Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis (SG4) sebagai ‘negeri pangkalan’ mesti terus dikekalkan penguasaannya,
“…diperkukuh pentadbirannya serta dilaksanakan agenda Islam mengikut bidang kuasa negeri,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).
Beliau berkata, pencapaian kerajaan negeri juga perlu disampaikan kepada rakyat dan pengundi menerusi mesej yang jelas serta pantas.
Hadi berkata, PAS bersyukur dengan kejayaan melahirkan ‘anak sulung’ parti itu di Sabah, selain menambah bilangan kerusi dan memperluas pengaruh di Negeri Sembilan.
“Keutamaan PAS ialah mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua,” katanya.
Dalam pada itu, Hadi berkata PAS menyasarkan Pahang, Perak, dan Selangor sebagai negeri yang akan menyumbang kepada kemenangan parti itu pada pilihan raya akan datang.
“Kemenangan seterusnya akan disumbangkan oleh Pahang, Perak, dan Selangor, sekali gus memperkukuh kerusi PAS dan PN di peringkat Parlimen, di samping melonjakkan pencapaian di Melaka yang akan menghadapi PRN tidak lama lagi,” katanya.
Satukan Melayu-Islam dan bukan Islam
Katanya, bagi memenuhi prasyarat kemenangan menuju PRU16, Hadi mengarahkan seluruh jentera wajib mengambil langkah politik berhikmah menyatukan Melayu-Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem sebagai sebuah masyarakat majmuk di Malaysia.
“PAS berpegang pada Islam dan tidak pernah mengkhianati sesiapa dalam mana-mana perjanjian. PAS berjanji dengan hukum Islam dan membatalkan janji juga dengan hukum Islam.
“Pada masa sama, perpaduan ummah tidak bererti menafikan hak masyarakat bukan Islam.Usaha memperkukuh perpaduan umat hendaklah berjalan bersama jaminan keadilan kepada masyarakat bukan Islam dan penghormatan kepada kebebasan beragama dalam kerangka Perlembagaan.”
