BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15: Balasubramaniam minta PAS peruntuk 6 kerusi Parlimen, 12 DUN kepada DHPP

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
PRU15: Balasubramaniam minta PAS peruntuk 6 kerusi Parlimen, 12 DUN kepada DHPP

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Senator N Balasubramaniam. - NSTP/ROSELAN AB MALEK

JERANTUT: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memohon pimpinan parti memberi laluan wakil penyokong dalam kalangan bukan Islam itu bertanding atas tiket PAS di tiga kerusi Parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua DHPP, Senator N Balasubramaniam, berkata hasrat itu selari dengan semangat setiakawan sayap itu dengan PAS kerana DHPP menjadi tulang belakang perjuangan dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti sejak PRU14 lalu.

"Pada PRU14, PAS memberi laluan kepada calon DHPP bertanding tiga kerusi Parlimen dan 18 DUN. Untuk PRU15, kami juga memohon bertanding tiga Parlimen, tapi 12 DUN sahaja berikutan Johor dan Melaka sudah mengadakan pilihan raya negeri sebelum ini.

"Bagaimanapun, DHPP menyerahkan kepada PAS Pusat untuk menentukan kawasan mana boleh diletakkan calon sayap ini. Kami tetap yakin dan percaya dengan keikhlasan pemimpin PAS yang selama ini menjadi 'sahabat' akrab kami yang terdiri pelbagai kaum," katanya.

Menurutnya, sehingga kini, seramai 62,768 ahli DHPP seluruh negara memberikan sokongan penuh kepada perjuangan PAS untuk memastikan kemenangan parti di setiap kawasan yang ditandingi pada PRU15 nanti.

"Jika diberikan peluang bertanding atas tiket PAS, kami juga akan berusaha memenangi sekurang-kurangnya satu kawasan Parlimen dan beberapa DUN berasaskan peningkatan sokongan ahli serta bantuan daripada PAS sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Balasubramianiam berkata, DHPP berhasrat meletakkan calonnya sekali lagi untuk bertanding satu kawasan Parlimen dan satu kerusi DUN di Pahang pada PRU15.

"Kita akan berunding dengan PAS Pusat dan Pahang untuk meletakkan calon berkenaan, termasuk di tempat lain. Namun terserah kepada pucuk pimpinan PAS untuk buat keputusan nanti," katanya.

Pada PRU14, Balasubramaniam bertanding atas tiket PAS di Parlimen Bentong dalam pertembungan tiga penjuru dengan calon DAP, Wong Tack dan wakil Barisan Naisonal (BN), Datuk Seri Liow Tiong Lain, namun memperoleh undi terendah.

Seorang lagi ahli DHPP, Kumar Silambaram bertanding di DUN Tanah Rata, juga tewas apabila hanya mampu memperoleh 600 undi berbanding calon DAP, Chiong Yoke Kong yang mendapat 8,821 undi dan calon MCA, Leong Tak Man yang meraih 5,232 undi.

Balasubramaniam yang juga Ketua DHPP Pahang dan Jerantut menyifatkan perancangan PAS untuk meletakkan calon dalam kalangan ahli sayap itu sekali lagi pada PRU15 sebagai satu penghormatan dan semangat setiakawan.

"Kita bersedia menggalas tanggungjawab seperti pada PRU14 lalu jika ahli kami diberi peluang bertanding PRU15. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang perbincangan atau pengesahan mengenai perkara itu daripada pimpinan PAS," katanya.
 
susah sebb nk kena bahagi dgn bersatu..
kalu pas single, bole la ada peluang..
skrg da ada PN, maka calon pun makin ramai..
 
ada 62,768 ahli seluruh negara..

62768 / 222 mp = 282.3 ahli setiap mp

wow king maker hahahahahahha
 
Bala sokong pas
Mati kapir masuk neraka jugak
Adakah konsep syurga neraka bagi agama lain sama dgn ajaran Islam?

Kalau dia x beriman dgn Islam, dia x perlu gusar dgn balasan syurga dan neraka menurut Islam. Cukup dia mendokong ideologi politik yg dia selesa di dunia.
 
Back
Top
Log in Register